Sambungan versi pertama. Klik sini untuk membaca.





Bila aku diajukan soalan "Bila kau nak kahwin?", seringkali jawapanku berbeda-beda bergantung kepada si pengaju soalan. Jika yang bertanya adalah seorang:-

Makcik / Pakcik:
Jawapan aku: Insyaallah, bila dah sampai masanya, kahwinlah saya.

Kawan biasa (bujang):
Jawapan aku: Lepas kau kahwin.

Kawan biasa (tak bujang):
Jawapan aku: Tengoklah macamana...

Kawan rapat:
Jawapan aku: Hahaha! Ko carikan lah pasangan untuk aku! Takpun, kau kahwin je lah dengan aku.

Strangers:
Jawapan aku: Hehehe. Itu lah... (lalu ku berlalu pergi).




Bukan tidak mahu berkahwin, apatah lagi menimang cahaya mata. Tapi, mungkin perasaan gerun dengan perkahwinan itu terlalu kuat kot. Sebab nya, secara peribadi, aku ni agak perfectionist. Semuanya kalau boleh nak sempurna. Termasuklah perkahwinan. Dan barangkali itu menyebabkan aku takut jika perkahwinan yang akan dibina itu retak dan musnah. Meninggalkan aku seorang diri.



Bukan fobia. cuma khuatir dan risau.





Penakut barangkali.









NUke

4 Comments:

  1. cipan said...
    seriously bleh jd stress klo p mna pn org asyik tnya bila nk kwin??sabar jela...
    Ri said...
    for me, the answer is simply something i must keep to myself...
    NUke_Rude said...
    cipan:
    yeap yeap. betul!

    Ri:
    apa? apa?
    addin said...
    ada orang dia takut dgn institusi perkahwinan ni disebabkan pengalaman dia. macam aku sendiri. aku takut nak kahwin sbb aku taknak suami aku buat aku macam ayah aku buat kiterang. aku fikir apa jadi pada anak anak aku nti kalau bapak dorang dah berpaling tadah. sblom kawin mmg macam janjinya. tp dah beranak pinak hancur lebur.....

Post a Comment



Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.