Alhamdulillah, dah hampir nak masuk minggu ke-3 berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni. So far, aku masih dapat berpuasa penuh walaupun kebelakangan ni diserang batuk yang kadang kala tu menguji iman dan pendirian diri. Cewah.

Berbalik kepada tujuan asal, haritu aku ada berborak dengan orang ramai pasal bulan Ramadhan, puasa dan sahur. Sehinggalah ada seorang ni mengeluarkan statement yang berbunyi cenggini lah lebih kurangnya:-

Dalam bulan puasa ni, akan ada satu hari yang kita tak terbangun sahur... Confirm ada, at least satu hari yang  mana kita terlepas bersahur.

Sebagai respon, aku dengan yakinnya menjawab:-

Hahaha, nasib baik saya ni tak kena lagi macam tu.


Nak dijadikan cerita, the next morning. EXACTLY the next morning, aku konon-kononnya nak bangun sahur lah kan, memandangkan alarm kat henfon aku tu dah memekak-mekak. Only to find out that it's already 6.45 am. Subuh pun dah nak habis dah oiiiii!!!

Ambik kau! 

Aku rasa, aku dapat 'payment' cash semacam ni dek kerana aku dengan yakinnya 'gelak' dan memberikan statement yang tak boleh blah tu lah. Huhu. Pengajaran...

By the way, aku ni selagi ada daya, akan cuba untuk bangun sahur, walaupun sekadar meneguk segelas air masak. Bukan apa, bagi aku, kalau nak menahan lapar tu masih boleh digagahkan lagi, InsyaAllah... tapi kalau bab-bab dahaga and haus ni, haaa.. mula lah nak terbayangkan sirap limau, sirap laici, ribena laici, bandung ais lah.... kadang-kadang tu ubat batuk yang aku simpan dalam peti ais tu pun nampak sedap...

Huhu. Jadi, aku nak tanya korang, pernah tak at least sehari dalam bulan puasa ni korang terlepas bersahur?




NUke

Sambungan daripada entry lepas. :)




Lepas dapat tahu yang aku menang (lagi), then kali ni aku tekad untuk ke Kuching, Sarawak. Sebabnya, peluang macam ni bukannya datang selalu. Dan aku bersyukur sebab boleh dikatakan bertuah juga lah kerana dapat peluang macam ni dua kali! Dua kali! Walaupun kali pertama (tahun lepas) tu, aku tak pergi dan tiket tu burn macam tu saja. Huhu.


To cut it short, aku immediately called Along and minta tolong dia book kan tiket flight. After much hours surveying, the only cheap-and-affordable flight ticket to Kuching is from Malaysia Airlines. Of course, they are the sponsor for RWMF2013 anyway; which cost me RM330.00 KUL-KCH return ticket. Yeay!

Lepas tu baru apply cuti. Nasib baik la approved! Haha.

28 June 2013
Flight ke Kuching jam 1005, so memandangkan dah sampai airport awal, aku gi makan breakfast kat KFC then baru boarding. Dalam flight, diberi makanan lagi - Nasi Lemak with Shrimp Sambal; bak kata Pramugara MAS itu. Sampai Kuching jam 1200 noon. Lepak McDonald's makan sundae then solat jamak qasar Zuhur dan Asar (memandangkan aku ni musafir, cewah) sekali. Then baru gi hotel.


Petang, keluar hotel pergi pusing-pusing town sekejap. Masuk Muzium Cina. Then naik bas shuttle ke Kampung Budaya di Santubong, untuk menebus tiket RWMF2013 yang aku menang tu. Aku ajak member aku sekali la pergi sana. Hu ha hu ha hu ha. Layan jugak RWMF 2013 ni sebenarnya. Persembahan dari kumpulan Malaysia, Rythm in Bronze tu basically memang mengujakan. I did not know that Gamelan can be so AWESOME! Gamelan, ya! Gamelan! Gamelan Kontemporari agaknya. It was hell of fun.


Midnight, we went to Medan selera near Kubah Ria to have our Mi Kolok, among the signature dish of Sarawak.

29 June 2013
Another friend (lives in Kuching) offered himself to bring us jalan-jalan sekitar bandar Kuching. So, we went to Kuching Waterfront and Main Bazaar; we crossed streets in order to get ourselves to the Museums. There's a lot of museums... Art Museum, Anthropology Museum, and there's another one I couldn't remember.


Before that, we went to Old Court House. Lepas tu, pergi Tugu Pahlawan, where we went for a sit sekejap menghilangkan penat. We also went to Plaza Merdeka (a shopping mall) and Textile Museum, and Post Office Building.


We had our lunch at Tumis Restaurant, where I had my Manok (Ayam) Bakar set. It comes with white rice and vegies though! In which kebanyakkan sayur tu aku tak habiskan pun! Haha! Nyaman! Bak kata orang Sarawak.


Petang, we crossed the Sarawak River naik bot tumpang (RM0.50 per person per trip) to get to another side of Kuching, and spend some times buying Kek Lapis Sarawak; another Sarawak signature dish. Then, hujan lebat and then stop. And we crossed back to the main city of Kuching and went to the Main Bazaar again to shop souvenirs and had our tea break. Nyaman!


Senja tu, aku naik River Cruise (promotion: RM19/adult) for 1 hour cruise; where we 'captured' some awesome panoramas and view of some fishermen and fish mongers on their boats. On the night, we crossed the river again to have our Ayam Penyet and my friend bought Terubuk Masin.




Almost midnight, we walked through Kuching's own Chinatown and photographed ourselves at two Cat Statue(s) before heading back to hotel.


30 June 2013
My friend (again) voluntarily brought us pusing-pusing town, this one for Laksa Sarawak. At first we went to a stall nearby the hotel but the hawker dah lama tak berniaga since dia jatuh sakit the previous week. Then, we went to Satok; and had our laksa Sarawak as breakfast there. Nyaman!!



Around 1030, we went back to the hotel and packed up everything; as my flight to KL was scheduled at 1245 noon. So, yeah. It's a goodbye then.


Lepas ni tak tahu bila lagi nak datang Kuching :(



Appreciation:
J
Malaysia Airlines
Along
Pjoy
Ri
Shah
My housemate

and everyone who involved in this trip.



NUke

Itu hari, dengan tidak semena-mena, aku pergi ke Sarawak, Bumi Kenyalang. Specifically, ke Kuching lah. Not the entire Sarawak. Okay, maybe aku patut tukar tajuk entry ni kepada Kuching; instead of Sarawak.

Tapi, sebelum tu, aku nak tanya: aku ada bagitahu ke yang aku menang contest?

Haaa.. Alhamdulillah lah. Bulan lepas, aku dapat tahu yang aku menang satu contest kat Twitter ni. Anjuran Malaysia Airlines (MAS); bersempena dengan Rainforest World Music Festival 2013 (RWMF2013). sebab banyak sangat soalan yang diorang bagi sepanjang tempoh contest tu, aku pun tak sure aku jawab betul untuk soalan yang mana satu. Tapi, cut it shirt, aku menang lah.

Nota: Ini adalah kemenangan kali kedua bersama MAS. Tahun lepas menang tiket Jazz Festival 2012 (juga bertempat di Kuching, Sarawak) tapi aku takleh pergi sebab terlalu last minute.

So, macam tu lah intronya; dan punca-punca penerbanganku ke Kuching sarawak; juga menggunakan penerbangan MAS. Cewah.


Ni gambar tiket balik ke KL.


Tu baru part 1.

Sambungannya nanti aku bubuh banyak gambar (kalau rajin la).



NUke

Sambungan versi pertama. Klik sini untuk membaca.





Bila aku diajukan soalan "Bila kau nak kahwin?", seringkali jawapanku berbeda-beda bergantung kepada si pengaju soalan. Jika yang bertanya adalah seorang:-

Makcik / Pakcik:
Jawapan aku: Insyaallah, bila dah sampai masanya, kahwinlah saya.

Kawan biasa (bujang):
Jawapan aku: Lepas kau kahwin.

Kawan biasa (tak bujang):
Jawapan aku: Tengoklah macamana...

Kawan rapat:
Jawapan aku: Hahaha! Ko carikan lah pasangan untuk aku! Takpun, kau kahwin je lah dengan aku.

Strangers:
Jawapan aku: Hehehe. Itu lah... (lalu ku berlalu pergi).




Bukan tidak mahu berkahwin, apatah lagi menimang cahaya mata. Tapi, mungkin perasaan gerun dengan perkahwinan itu terlalu kuat kot. Sebab nya, secara peribadi, aku ni agak perfectionist. Semuanya kalau boleh nak sempurna. Termasuklah perkahwinan. Dan barangkali itu menyebabkan aku takut jika perkahwinan yang akan dibina itu retak dan musnah. Meninggalkan aku seorang diri.



Bukan fobia. cuma khuatir dan risau.





Penakut barangkali.









NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.