Naskah Dendam nukilan Affifudin Omar dinilai sebagai sebuah karya berat yang berlatarbelakangkan 'sesuatu situasi' di Malaysia. Yang mana, ada ketikanya, pembaca akan berasa akan kisah yang disampaikan ini sebetulnya berlaku, ataupun sekadar fiksyen...?
Dalam Dendam, penulis berjaya menghuraikan kekesalan Khalil Gibran, seorang billionaire yang sebelum ini mempunyai banyak 'cable' dan kroni dalam bidang politik dan jenayah bagi memperkasakan kuasanya. Namun, di sebalik penyesalan yang ditonjolkan pada separuh kedua nukilan ini, sudah tentu, para pembaca diperkenalkan dengan Khalil Gibran yang lampau - seorang anggota keselamatan yang cenderung menggunakan kekerasan bagi mendapatkan sesuatu yang diingini.
Pun begitu, semua yang menjadikan dirinya ketika itu adalah disebabkan perasaan dendam yang sudah lama tertanam dalam benak hatinya.
Ringkasnya, Dendam ini disimpulkan dalam ayat dibawah:
Too good to be true, too bad, it's just a fiction.
For me, this is by far, the most realistic story among Buku Fixi's novels.
Judul: Dendam
Penulis: Affifudin Omar
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2011
Skor: Wajib Beli, Wajib Baca
p/s: Picture is courtesy of Buku Fixi
NUke
dalam topik : buku
Few months back, I bought a pair of shoes. Ferrari shoes. lol. It helps me walk faster than usual, though. either it is damn real, or it's just me perasan konon-konon jalan laju. To cut it short, habis jugak lah duit beratus-ratus ringgit. Haha!
By the way, one day, I decided to wear that new shoes, and went to Pesta Buku Antarabangsa at PWTC, KL with my friend. And to make a story (Nak dijadikan cerita), I wore a pair of short socks yang betul2 cover my ankle, just nice, dengan kasut tu. But, apparently, hujung kasut di bahagian belakang tu eventually bergesel-gesel dengan kaki, lalu menyebabkan kemelecetan.
Sakit, tahu tak? Tapi, sebab keluar dengan kawan perempuan, so, cover la jugak kemachoan tu sekali-sekala. sampailah kesakitan itu tak terbendung lagi. Lalu, aku mengambil keputusan untuk singgah di Vitacare di The Mall, untuk membeli plaster Hansplas (somethg mcm tu lah namanya).
Tapi, memandangkan aku tak pakai plaster tu kat tangan, aku rasa mcm awkward pulak kalau namanya dipanggil Hansplas... mungkin lebih afdhal dipanggil Legplus.
Dan, kejadian ini telah menimbulkan persoalan yang first time aku dengar... oleh si kawan aku tu:-
"You tak gigit kasut you dulu ke, haritu?"
Like, seriously, GIGIT? Siapa kat dunia ni yang gigit kasut?
"Oh, itu petua orang dulu-dulu rasanya. Bila beli kasut baru, kena gigit sikit hujung kasut tu... sebabnya tak nak bagi kasut tu 'gigit' tuannya semula... That's what orang dulu-dulu kata lah...", she explained.
seriously, korang pernah dengar tak pasal Petua dan Pantang Larang sebegini??
NUke
dalam topik : pantang larang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.