Aku kaget melihat 'binatang' itu kat atas lantai dapur. Hasrat aku untuk minum air terbantut seketika... dengan perlahan, aku mengundur, dan menjerit berseorangan mencari sesuatu...
"ridsect mana?!!"
"Ridsect!!!"
"Mana ridsect!!??"
Lantas mata terpandang akan tin berisi aerosol itu di satu penjuru bilik. Ku rentap, dan goncang, untuk memastikan yang tin silinder itu masih berisi. Setelah dipastikan, maka aku segera ke dapur dan tanpa lengah, menyembur terus ke arah 'binatang' itu.
Yang peliknya, memang 'binatang' tu tak bergerak dan memberikan sebarang reaksi. Menambahkan keyakinan aku yang ianya sudahpun bergelar Arwah.
Tapi, lama-lama aku jadi lebih pelik. Aku perhati betul2 pada 'binatang' tu.
Bermati-matian aku ingatkan ianya adalah LIPAS... akan tetapi, ianya hanyalah sebiji KURMA yang terjatuh dari meja makan.
Gila tak terkejut.. ada rupa macam lipas kot. Ataupun mungkin
imaginasi aku terlalu hebat waktu kecik-kecik dulu.
Ya, peristiwa ini berlaku pada Ramadhan dahulu kala... time aku kecil2 dulu.
NUke
dalam topik : life
Tak mengapa. Esok hari minggu, bisik hati nurani meracuni minda pemikiran, sebelum mata akhirnya tewas melawan kantuk yang teramat sangat. Ditambah pula dengan kelesuan otot-otot badan yang sedari tadi bekerja keras, bergerak ke sana sini sepanjang hari.
Lena.
Lama lenanya.
Sungguh lama.
Sehinggalah kedengaran alarm yang seawalnya di-set-kan pada Blackberry-nya itu. Alarm kedua menerusi telefon bimbit Sony Ericsson-nya juga menuruti.
"Apahal pulak aku set jam awal gila time hujung-hujung minggu ni...?" Soal minda, meracuni mata untuk ters lelap. Meracuni tangan untuk mengabaikan bingit di awal pagi itu.
Sebelum tersentak dan tersedar dik jeritan nurani dan hati yang dahagakan iman...
"SAHUR!!!!!"
Tak sempat minda nak suntik racun baru... mata terus terjaga!!
Alhamdulillah! Baru jam 5.12 pagi!
Masih sempat untuk bersahur.
Phew.
Selamat menjalani ibadah Puasa.
NUke
Tak semua orang berpendapat yang sama dengan kita. Dan kita perlu menghormati pendapat mereka.
Tetapi jika pendapat & pandangan yang diberikan itu selalunya berunsurkan NEGATIVITI, maka elok untuk kita jauhi.
Bagaimana?
Menjadi SARKASTIK.
Maaf.
NUke
Tempoh hari, setelah usai kerja, aku dan seorang teman mengambil keputusan untuk singgah ke TESCO dalam perjalanan pulang ke rumah untuk membeli barang dapur. Maklumlah, kami ni memang suka memasak. Okay, pembetulan, aku selalunya suka kacau gulai2 je. haha!
Okay, memandangkan hari hujan, maka kami merajinkan diri untuk mencari parking berbumbung lah. By the way banyak gila kot parking yang kosong kat situ. It is just kebetulan aku illegally masuk parking via wrong way kot... menyebabkan sorang pemandu Vios yang kebetulan 'aim' parking spot yang sama tu memandang aku dengan jelingan yang 'menjengkelkan'. Okay. My bad.
VIOS Putih ini hanyalah sekadar hiasan. Sumber dari Google.
Beliau kemudiannya mengambil spot parking yang lain. Memang banyak gila kot parking yang kosong.
Tak mengapalah. Aku ni... cuma bawak kereta Kelisa kawan aku tu je. Dia bawak Vios. Wife dia ada sekali kot time tu. Then, lepas park kereta VIOS dia tu, aku perasan yang diorang terus je keluar kereta dan laju menuju masuk ke dalam Tesco...
...tanpa menutup lampu kereta VIOS nya itu.
"Ah! Biarkan saja diorang tu. Tadi bukan main lagi menjeling kat kita..."
But deep in my heart, aku mahu memanggil empunya kereta itu dan memberitahunya. Risau juga kan, mana lah tau alih-alih nanti kereta beliau tak boleh nak start semula sebab bateri dah kong.
Aku terjepit. Tersepit. Antara dendam dan detik hati.
NUke
dalam topik : life
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.