Recap: Tahun 2011, blog ini dinamakan sebagai 'Best Variety Blog 2011' oleh blogger Awie Omar (rujuk sini), akan tetapi, aku tak pasti sama ada tahun 2012 ni aku mampu untuk mendapat apa-apa penghargaan lagi. Cewah.
Tapi, itu semua tidak mengapa. sebab niat asal aku ber-blogging, hanyalah sekadar minat cuma. Jauh sekali untuk merebut sebarang anugerah. Tapi, kalau ada yang nak bagi, aku terima saja. Haha!
Anyway, 2012 memberikan SANGAT banyak makna dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi dalam perihal kerjaya dan peribadi aku sendiri. Bermula dengan awal tahun, yang menyaksikan aku bermula sebagai seorang pekerja yang baru. Then, di pertengahan tahun (bulan Jun), aku sekali lagi bertukar profession; kini menjadi sebahagian daripada 1.4 juta kakitangan yang lain. Dan aku semakin selesa dengan profession ini walaupun ada ketikanya sangat meletihkan. Stress tu jangan dikira lah. Cuti pun kadang-kadang rasa macam tak cuti. But after all, aku rasa selesa.
Financial wise, masih dalam par yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Aku masih lagi mencari baki untuk memulakan simpanan demi masa depan. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara dan impian telah berjaya aku tunaikan hasil daripada wang ringgit gaji yang aku perolehi selama ni.
Soal peribadi, tak banyak songeh kot. Cuma ada beberapa ketika, aku diganggu oleh mimpi-mimpi yang misteri dan penuh persoalan macam yang aku ceritakan dalam entry ?. Aku anggap itu adalah mimpi yang paling menakutkan bagi aku sepanjang tahun ni.
Blogging: aku telah berjaya menyempurnakan trilogi Ku Ampunkan Cintamu dengan terhasilnya koleksi siri KAC yang ketiga pada bulan Mac lepas. KAC3 pada aku adalah satu karya spontan, tetapi digarap teliti dari segi penyusunan plot dan penghuraian watak; supaya kelihatan lebih teratur. This is by far, my favourite novel-blog, compared to my previous works lah. Just my own thoughts.
One thing, aku dah berada dalam dunia blogging selama 10 tahun. 2003 - 2012. Dan tahun ke-4 menggunakan platform blogspot. Terima kasih semua pembaca, bekas pembaca, dan bakal pembaca blog ini.
Minat membaca aku pun semakin menebal pada tahun 2012; menyaksikan aku buat pertama kalinya membeli naskah Fixi aku yang pertama - Kasino. Kemudiannya berjangkit pula kepada Hilang, Murtad, Dendam dan lain-lain.
Dan mungkin tahun 2012 ini juga adalah tahun yang paling sedikit aku sentuh dalam bab cinta. Let it be that way, I am comfortable with that.
Kesimpulannya, 2012 telah menjadikan aku lebih paranoid. Aku lebih berhati-hati dan sangsi... bukan dengan sesiapa pun, tetapi diri sendiri. Sehinggakan aku berjaya mewujudkan 'Chong' sebagai pengganti diri.
Hahaha. Okay, itu bodoh.
Oh ya! tahun 2012 juga merupakan tahun 'bertuah' aku. Banyak sangat contest yang berjaya dimenangi. antara yang paling diingati adalah menang tiket konsert Simple Plan, menang dari peraduan di era.fm.
Bersabar. Dan kelak kau akan peroleh apa yang kau harapkan.
Salam tahun baru buat semua pembaca.
NUke
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Ini adalah entri khas buat anda.
Selamat Tahun Baru 2013 :)
huuu.. huiyo.. terima kasih sebab bagi 3 'penghargaan' kpd saya tahun ni! :D
selamat tahun baru bro!
Janggel:
alhamdulillah. terima kasih juga kpd kamu sebab menjadi pengikut blog yang paling setia untuk tahun ni! ;)