Harga minyak tidak naik – Najib
Oleh Yulpisman Asli


KUALA LUMPUR 25 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal andaian harga minyak akan dinaikkan selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

“Tak, bukan semestinya harga minyak akan naik,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Manifesto BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Pelancaran manifesto itu dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, mengulas pelancaran manifesto itu, Najib berkata, ia merupakan ikrar BN dalam menentukan landasan hala tuju negara secara spesifik pada masa akan datang.
Beliau berkata, manifesto itu bukan slogan atau cakap-cakap politik, sebaliknya mengandungi banyak pengisian yang substantif bagi membangunkan negara dan rakyat.

“Saya percaya dokumen ini sesuatu yang boleh dipegang sebagai pengukur kejayaan kita dan juga landasan hala tuju kita pada masa depan,’’ ujarnya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, manifesto itu boleh digunakan oleh rakyat untuk menilai pencapaian kerajaan BN sejak empat tahun lalu.

‘‘Kita sebenarnya telah memperincikan pencapaian kita dalam sektor dan bidang tertentu secara spesifik. Boleh dikatakan inilah Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan BN selama empat tahun.

‘‘Jadi, rakyat dapat menilai apakah yang telah kita lakukan dan ke arah mana kerajaan BN akan membawa rakyat Malaysia,’’ tambah Najib...
______________________________________________
Kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 78sen (RM2.70 seliter harga baru)..dan memberi rebet mengikut cc kenderaan..tp apakah bezanya???
cube renungkan
1. Motor bawah 250cc dapat rm150 setahun means rm12.5 sebulan
2. Kereta bawah 2000cc dapat rm625 setahun means rm52.08.
3. tp adakah anda mengisi minyak motor rm 12.5 sebulan dan kereta rm52.08???
4. klo ye pon adakah duet ini dapat membantu anda???dulu anda isi rm12.5 anda dapat 6.5 liter tp sekarang hanya
4.6 liter???dan xkn anda hanya guna 4.6 liter sebulan????
apakah maknenye kita terpakse menanggong kenaikan ini walaupun sebenarya negara kita adalah pengeluar minyak????
Pak Lah oh Pak Lah.....anda adalah PM yang paling banyak menaikkan harga minyak...anda layak digelar BAPA KENAIKAN HARGA MALAYSIA...
________________________________________________
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

Malaysia RM2.70

Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81

Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.
Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.
Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.
Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen? Bukan kah jauh bezanya? Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.
Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.
Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan...
sape yg dapat manfaat??

p/s: taken from bulletin on friendster.


NUke

0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.