Aku membesar dalam zaman 'konda-kondi', polis sentri (kemudian, aku dapat tahu nama permainan ni yang sebenar adalah "police and thieves"), congkak, sep tiang da sewaktu dengannya. Dulu-dulu, dalam rumah pun boleh main macam-macam. Dah besar pun boleh main macam-macam jugak dalam rumah.
Opah aku ada mesin jahit lama. dia selalu menjahit perca-perca kain untuk dijadikan something. Kiranya, Opah aku tu ada kuasa menukarkan perca kain menjadi sesuatu yang berguna lah.
So, bila opah guna mesin untuk jahit, aku selalu teman dia, duduk tepi. kagum.
Maunya tak kagum, aku rasa mesin jahit tu adalah satu ciptaan purba yang sangat menakjubkan pada waktu tu! Dengan menggunakan mesin jahit, seluar trek aku yang koyak di celah kangkang sebab punai terlalu besar dapat dibetulkan semula.
But, of course, di sebabkan mata opah yang tak berapa nak cerah, aku selalu la menjadi mangsa untuk masukkan benang dalam jarum bila benang tu terputus ke apa.
Rasa macam engineer.
Tapi, yang paling best bila opah bagi peluang untuk me-minyak-kan mesin jahit dia. Takde minyak lain yang dia akan pakai selain minyak Singer.
Singer. Menawan keluarga bahagia.
pic credit to A Fabric Case.
NUke
dalam topik : family
1 Comment:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kagum jugak bile org pandai guna mesen jahit yang bermotor tu... laju tak terkawal kalau tak mahir.