That's it! Juara Lagu ke-27 akhirnya milik Yunalis Zarai menerusi lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Terukir Di Bintang. Seperti yang dijangka, lagu ni memang ada kelainannya tersendiri - mengingatkan kita kepada karyanya 'Dan Sebenarnya', yang pernah dinobatkan sebagai Naib Juara pada AJL24 yang lalu.
Sayangnya, Yuna tidak dapat menyanyikan sendiri lagunya itu namun, digantikan oleh 'team' Aizat & the Pahlawan; yang dirasa berjaya membawa lagu itu dengan baik (tanpa perlu berlebih-lebihan). Kekuatan Terukir Di Bintang sebenarnya terletak pada melodinya yang tersendiri (berbanding dengan karya-karya finalis lain) dan juga vokal. AJL27 kali ini telah betul-betul mengiktiraf karya yang terbaik sepanjang setahun yang lalu. Lagu ini adalah lagu klasik yang berdimensi baru.
Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan) pula memang dah dijangka berada dalam Top3 AJL27 sebab liriknya yang sangat bermakna, lantaran dan lanjutan lagu ini merupakan 'tribute' kepada seniman negara yang sudah pergi meninggalkan kita. Kalau nak dilihat kepada lagu-lagu rock yang bertanding malam tadi,, Idola is way better and in its own class.
Again, Hafiz membuktikan vokalnya adalah 'sesuatu' dengan kemenangan kali ketiga berturut-turut (selepas Nokhtah Cinta dan Awan Nano) menerusi lagu Ku Akui. Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai ini juga mengingatkan kita kepada kemenangan tak dijangka Nokhtah Cinta pada AJL25 yang lalu - juga di tempat ketiga.
Persembahan Black dan RJ menerusi Teman Pengganti memang superb! Simply awesome! Grammy-standard! Aku tiada pertikaian dan bersetuju jika rakyat Malaysia mengundi lagu ini untuk memenangi persembahan terbaik! Sayangnya, lagu ini tidak tersenarai dalam Top3, kan?
Secara keseluruhan; AJL27 betul-betul menempatkan karya terbaik 2012 pada posisi yang betul. Dan apa yang dapat disimpulkan di sini, lagu yang pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak semestinya terbaik di pentas AJL.
Juara Lagu : Terukir Di Bintang (Aizat & the Pahlawan / Yuna / Yuna)
Naib Juara : Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
Ketiga : Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
Vokal Terbaik : Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik : Teman Pengganti (Black ft. RJ)
Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya karya Yuna diiktiraf sebagai Juara Lagu. Tahniah Yuna!
"Sayangku jangan kau persoalkan siapa Juara Lagu;
Terukir di bintang tak mungkin hilang trofi emas itu..."
NUke
dalam topik : award, juara lagu, muzik
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
malah siap berpuisi :p
ni mmg betul2 kipassusahmati
well...since 27 years AJL awarded best song in the country...only ONCE they got the same decision as AIM's Best Song which is our legendary Siti Nurhaliza's Jerat Percintaan...
Other than this, everyear AIM and AJL awarded different song as their highest appreciation.
Sometimes AJL got the wrong ones, and sometimes the deserved ones....AIM also get the ups and downs
enough said, this 27th AJL is....the BEST....i mean in production, in songs selection, music arrangement, props, hosts, staging and many more
the artiste also put their best effort....i didnt mean the previous ones is lame...but after the eras of Siti, M. Nasir, Misha, Anuar, Ziana and etc...AJL kinda 'melepaskan batuk di tangga'....
salute AJL & TV3