Untuk slot lelaki kali ni, aku nak membincangkan tentang apa yang berlaku pada lelaki bila mereka bangun tidur. Basically, apa yang nak dibincangkan ni sebenarnya perkara-perkara yang normal je dalam kehidupan lelaki ini. Tak tahu lah kot-kot korang rasa benda ni tak normal. Kalau tak, boleh lah bagi pendapat masing-masing ya! Oh, by the way, sorry dah lama tak update blog, sebab lately agak sibuk sikit dengan kursus, and for me to edit pictures not using my desktop is something yang unusual and not so comfortable. :) Nevertheless, enjoy reading!
#1 : Lelaki & Messy
Most of the guys memang ada sikit perangai bersepah; termasuklah dengan keadaan katilnya. Aku pun ada sikit bad 'attitude' ni. Usually, atas katil akan ada baju / boxer tidur yang masih belum dipakai or yang akan dipakai, some books and cellphones. Tu tak termasuk lagi dengan wayar2 charger yang berselirat kat tepi bantal. Dan bila keadaan ni dibiarkan sampailah waktu bangun tidur, usually..keadaannya makin teruk dan lebh bersepah. Kadang2 tu, position bantal dan selimut pun dah tak tahu kat mana; and macamana boleh terselit celah katil, atas lantai or even kat bawah katil. Lasak sangat gamaknya.
#2 : Always Smart & Handsome
Cuba amik selfie sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Then tengok rupa korang. Jangan tipu, please! Hahaha. Aku ada terbaca satu article kat website mana entah (lupa!), menurut 'pengkaji2' Eropah ni, usually most guys akan kekal kelihatan segak dan hensem even bila mereka baru bangun tidur. Something yang bertentangan dengan kebanyakan kaum Hawa. Haa... sejauh mana kebenarannya itu, aku tak pasti. Cubalah korang tengok sendiri selfie korang sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Or to be fair, suruh kawan korang yg judge sendiri. Aha, this thing somehow reminds me of an old-people saying, "kalau nak tahu orang tu cantik/hensem ke tidak, kena tengok rupa dia waktu tidur / selepas bangun pagi" katanya itulah kecantikan semulajadinya...
Arwah Opah aku pun pernah cakap pasal benda ni dulu.
#3 : Testosterone & Morningwood
Basically, as a normal thing for guy, be it before sleep or after, tahap hormon kelelakian kitorang ni selalunya memang berada pada tahap tinggi. Therefore, faham-faham je lah. Please take note ya, especially girls yang mcm naif sgt tu, perkara ni memang normal ya dalam kalangan kaum Adam. So, kalau kat kampung, tengok sedara mara lelaki yang tidur besepah2 kat ruang tamu tu nti mengalami gejala 'terpacak di pagi hari' or morningwood tu.. anggap je lah rezeki. Jangan pergi tegur lak. Malu kang!
So guys, macamana? Setuju? Ada apapa lagi nak add-on?
Girls? Any comments?
NUke
dalam topik : lelaki
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.