Pada suatu ketika engkau adalah junior.
Dan dia adalah senior.
Engkau patuh dan akur segala arahannya.
Hormat; yang tidak pasti nilai ikhlasnya.

Pada suatu masa, engkau menjadi senior
Seniormu menjadi alumni
Tiada lagi arahan untuk diakur
Hormat? Tidak pasti.

Bekas seniormu datang menjenguk
Engkau menolak untuk membantu
Memalukan dirinya di depan juniormu
Angkuhkah kamu?



Kini bertahun sudah berlalu
Sesalkah dirimu?



: diolah berdasarkan kisah benar seseorang.

NUke

Ingat tak, dulu-dulu (in reference to zaman tiada handphone lagi) kita selalu berborak-borak dengan keluarga kita. Borak-borak dengan adik-beradik yang lain. Borak-borak dengan ibu dan ayah kita. Borak-borak dengan kawan-kawan kita... Ingat tak?

Best bukan?

Dulu-dulu, bila kawan datang rumah ajak main bola (bola tu dapat sebab main tikam-tikam stickers) atau badminton atau konda-kondi atau bola chap...semuanya rasa seronok; sebab masing-masing mengeluarkan 'suara' ketika berkomunikasi. Cewah. Ayat macam nak buat testis thesis.

But now, bila teknologi semakin menguasai donia... aku seolah-olah merindui semua kenangan dulu. Aku jumpa kawan, tapi kurang bersembang. Aku bertanya khabar... tapi dalam bentuk 'teks' dan aksara. Aku wish happy birthday kat dorang... tapi menerusi media sosial yang mujur ada reminder.

Dan aku duduk bersebelahan. Kami duduk saling bersebelahan.


Tetapi mata liar memandang skrin telefon yang semakin canggih.



Communication.


At its best.











I miss the real conversation.


NUke


Obses.

Ada orang sangat obses dengan orang lain, for example, pelakon, for example, Aaron Aziz, for example, Aaron Aziz pakai baju Reject Shop, for example, warna biru.

Obsesi: Baharudin (watak fiksyen) bergegas ke kedai Reject Shop untuk membeli baju warna biru yang dipakai oleh pelakon kegemarannya, Aaron Aziz.




Obsesi boleh mendatangkan kebaikan kepada sesetengah pihak. Dalam kes ini, pihak yang paling untung adalah Reject Shop; sebab penjualan baju biru meningkat (mungkin melebihi 300%) berbanding kebiasaannya.

Obsesi juga boleh mendatangkan kerugian kepada sesetengah pihak. Dalam kes ini, pihak yang rugi adalah Baharudin tu tadi; sebab baju biru tu barangkali bukan satu keperluan pun untuk dia. Ended up, dia mungkin hanya pakai sekali je.



Setiap orang ada obsesinya tersendiri. Aku sebenarnya dah lupa aku obses dengan apa. Rasanya, sebelum ni, aku obses dengan blogging. Tapi lately macam dah slow sikit.



Ada orang obses dengan penyangkut baju. Kalau nampak je, mula la tangan tu gatal2 nak amik, lepas tu pukul-pukul orang!


Oh.
Obses tak sama dengan Obesiti.


p/s: Oh, btw, J kirim salam.

NUke

AMARAN: Entry ini berpotensi untuk di-per-debat-kan. Baca atas risiko sendiri.



Cewah! Siap ada warning kot! Apa-apa pun, ruangan Lelaki kali ini nak membincangkan tentang persepsi aku terhadap perkahwinan. Maklumlah, sejak kebelakangan ni ramai pulak kawan-kawan yang berjaya mendirikan rumah tangga, makanya aku tertarik untuk mengetengahkan isu ni.

Lelaki dan Perkahwinan.

Bagi aku, perkara kahwin ni normal lah untuk dibincangkan. Baik di peringkat kawan2, keluarga dan rakan sepenjawat. No big deal. Cumanya bila ada elemen-elemen mendesak tu, akan menyebabkan yang ditanya tu menjadi tidak selesa.

Lately, banyak juga aku terbaca pasal isu kahwin ni. Especially isu kahwin lambat. Haaa... Ada certain kes tu membincangkan pasal Perempuan sekarang yang suka kahwin lambat. And in some cases, ada ke-pelik-kan bila sang Lelaki pulak yang cenderung untuk kahwin lambat.

So, I did some askings di kalangan my friends, and some family members about this issue.

Is it okay for a woman to kahwin lambat?
Rata-rata respon yang aku terima adalah: NO. Penjelasan yang dorang beri selalunya berhubung kait dengan kesihatan lah.

Perempuan ni elok kalau dapat first baby before umur 30.
- Angah.

Hish! Perempuan yang nak kahwin lambatni, janganlah! Nanti takde orang nak.
- Anonymous.

Better kahwin awal sebab ovum masih fresh!!
- Another Hamba Allah.

So, basically jawapan yg diterima tu turut dipengaruhi oleh stigma masyarakat. Pada mereka, wanita yang kahwin lambat ni sebenarnya 'tak laku', and maybe terlalu mementingkan kejayaan hidup. But, whatever it is, ajal dan maut serta jodoh itu adalah urusan Yang Maha Esa.

Okay, bagaimana pulak dengan sang Lelaki? Is it okay untuk kahwin lambat?

Basically, aku terima mixed review on this issue. Ada some friends yang pertikaikan kenapa ada lelaki yang sanggup kahwin lambat, sedangkan perkahwinan itu nikmat. I don't really know whether the 'nikmat' that they said means betul2 kenikmatan, atau seks. (No offense). But here are some answers that I got from my guy friends about marriage & late-marriage:-

Rugi siapa kahwin lambat. Sedap kot!
- Rakan Baik.

Okay je. Rileks lah dulu. Nak kumpul duit. Nak beli rumah dulu. Takkan nak bagi bini makan pasir?
- Hamba Allah (termasuk aku)

Depends. Kena plan betul-betul.
- Rakan Sepenjawat.

Tak kisah lah apa jua alasan anda, tetapi seperkara yang aku pernah diingatkan ialah; Jangan Terlalu Merancang sebab kesudahannya adalah Kehendak Yang Maha Esa. Sorang kawan pernah cerita kat aku, he's married anyway, katanya:-

Awal-awal dulu, aku memang merancang dalam bab-bab nak berkahwin ni. Kononnya nak mengumpul harta dulu. Rumah, duit. Bila dah stable baru nak kahwin. But, tup! tup! tak sempat nak mengumpul, dah kahwin. At first aku ingatkan aku akan gagal melunaskan tanggungjawab fitrah kepada isteri. Tapi, Allah tu Maha Kaya. Marriage is a good thing. Lebih-lebih lagi kalau kau ikhlas dalam melaksanakannya dan melakukan semua itu hanya kerna Allah. Pintu rezeki tu banyak. Alhamdulillah, lepas kahwin, aku dikurniakan lebih banyak rezeki. Perkahwinan mengajar aku mengurus kewangan, kehidupan, dan emosi.

Of course, lepas dia berhujah macam tu, dia mengajukan soalan susulan: "Bila kau nak kahwin?"


Jawapan aku?

--Bersambung...


NUke

Sejak-sejak bertukar persekitaran ni, maka hobi pun tiba-tiba saja bertukar.

Sejak penghujung tahun lepas, aku ter-perasan yang aku dah ada hobi baru; as to isi masa lapang and membazirkan wang. Tapi takpe, sebab hobi baru ni aku tafsirkan dapat membawa kepada kebaikan, terutamanya tang kesihatan lah. Cewah.

To cut it short, lately aku suka berenang. Tau berenang? Ala, macam ikan tu.. berenang.

Tapi takde lah terer macam orang lain. 'Berenang' tu pun sekadar short distance and aku rasa semua orang boleh buat kot.

dan memandangkan aku hanyalah berenang di public pool, maka adab pemakaian kenalah jaga. No underwear, no boxer, no shorts and no bermuda. Just swimming trunk, tights or swimming suit. Peewit!

Sambil swim, sambil cuci mata?

No No No. Salah tu. sambil swim, sambil jimat air kat rumah. Lepas-lepas ni, kalau nak mandi, pergi je swimming pool. Hahaha.




p/s: agak2 dengan hobi baru ni, boleh wakil Malaysia ke Olimpik ke tak, eh?

pic credit: Google.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.