I was browsing through some folders, then I got distracted by this photo folder which contains photos (obviously) that were taken when I was in Negara Brunei Darussalam.
Well, I kind of miss my friends there.
I kind of miss 'ambuyat', even though I can't finish it.
I kind of miss the traffic jam which equivalent to 5 cars stuck in a controlled-by-traffic-light junctions.
I miss Brunei.
And I miss their young people, who will salam-and-bring their pipi to your hand; as to show their respects to the elderly person.
NUke
The problem with Malaysian hawkers or peniaga makanan is that they don't really have 'small change'; and mengharapkan pelanggan mereka bagi 'exact amount' bila membuat pembayaran.
Okay. Aku pergi beli nasi ayam hari Ahad lepas. Harganya RM4.50 saja pun. Aku hulur not RM10.
"Takde duit kecik ke?"
Dalam hati berkata:
"Dik, takkanlah duit RM10 pun kau takde tukar...?"
Penyelesaian; aku terpaksa pergi beli air neslo berharga RM2.20 kat kedai lain dulu, untuk mendapatkan small change.
...and pay exact amount or RM4.50 kat kedai nasik ayam tu tadi.
Lain lah kalau aku hulur not RM100 ke ape....
What the...?
NUke
dalam topik : malaysia
That's it! Juara Lagu ke-27 akhirnya milik Yunalis Zarai menerusi lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Terukir Di Bintang. Seperti yang dijangka, lagu ni memang ada kelainannya tersendiri - mengingatkan kita kepada karyanya 'Dan Sebenarnya', yang pernah dinobatkan sebagai Naib Juara pada AJL24 yang lalu.
Sayangnya, Yuna tidak dapat menyanyikan sendiri lagunya itu namun, digantikan oleh 'team' Aizat & the Pahlawan; yang dirasa berjaya membawa lagu itu dengan baik (tanpa perlu berlebih-lebihan). Kekuatan Terukir Di Bintang sebenarnya terletak pada melodinya yang tersendiri (berbanding dengan karya-karya finalis lain) dan juga vokal. AJL27 kali ini telah betul-betul mengiktiraf karya yang terbaik sepanjang setahun yang lalu. Lagu ini adalah lagu klasik yang berdimensi baru.
Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan) pula memang dah dijangka berada dalam Top3 AJL27 sebab liriknya yang sangat bermakna, lantaran dan lanjutan lagu ini merupakan 'tribute' kepada seniman negara yang sudah pergi meninggalkan kita. Kalau nak dilihat kepada lagu-lagu rock yang bertanding malam tadi,, Idola is way better and in its own class.
Again, Hafiz membuktikan vokalnya adalah 'sesuatu' dengan kemenangan kali ketiga berturut-turut (selepas Nokhtah Cinta dan Awan Nano) menerusi lagu Ku Akui. Kemenangan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai ini juga mengingatkan kita kepada kemenangan tak dijangka Nokhtah Cinta pada AJL25 yang lalu - juga di tempat ketiga.
Persembahan Black dan RJ menerusi Teman Pengganti memang superb! Simply awesome! Grammy-standard! Aku tiada pertikaian dan bersetuju jika rakyat Malaysia mengundi lagu ini untuk memenangi persembahan terbaik! Sayangnya, lagu ini tidak tersenarai dalam Top3, kan?
Secara keseluruhan; AJL27 betul-betul menempatkan karya terbaik 2012 pada posisi yang betul. Dan apa yang dapat disimpulkan di sini, lagu yang pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) tidak semestinya terbaik di pentas AJL.
Juara Lagu : Terukir Di Bintang (Aizat & the Pahlawan / Yuna / Yuna)
Naib Juara : Idola (Azlan & the Typewriter / Audi Mok / Azlan)
Ketiga : Ku Akui (Hafiz / Ajai / Ajai)
Vokal Terbaik : Ku Akui (Hafiz)
Persembahan Terbaik : Teman Pengganti (Black ft. RJ)
Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya karya Yuna diiktiraf sebagai Juara Lagu. Tahniah Yuna!
"Sayangku jangan kau persoalkan siapa Juara Lagu;
Terukir di bintang tak mungkin hilang trofi emas itu..."
NUke
dalam topik : award, juara lagu, muzik
Okay. Gejala twitter ni memang semakin parah. Baru-baru ni aku bermain unmention dengan seorang blogger terkemuka Malaysia. Tahun lepas blog beliau menang anugerah. Gila tu... Nak tau siapa? Kena tunggu di akhir entry.
Okay, korang boleh je scroll down..kalau dah tak reti nak bersabar. Babi!
Blogger yang dimaksudkan ini merupakan seorang jejaka yang sangat gemar menangkap gambar. Dan beliau juga gemar mengemaskini blog dengan gambar-gambar yang cukup mengujakan. Walaupun tiada gambar2 berunsurkan kelucahan melampau, namun bagi mereka yang meminati seni visual fotografi, boleh klimaks juga sekali dua. Basah sana sini.
...sebab berpeluh jantan. Kagum dengan hasil karya beliau.
Unmention antara kami bermula dengan seorang kenalan twitter kami yang secara tiba-tiba mempromosikan blog kami di kalangan pengikuit twitternya. Lalu kami menerima beberapa followers baru (tapi blogger popular macam jejaka itu surely lagi ramai follower requests). Tak macam aku, si blogger kecil-kecilan.
Okay. Dari situ bermulalah unmention kami. Masing-masing menafikan kepopularan dan ke-otai-an kami. Padahal jejaka blogger tu memang otai dan popular. sibuk nak kaitkan dengan aku pulak.
Dah la Ren! JanggelTrekker! Rain! Ko lagi popular dan otai lah! Entry ni untuk ko dan pengikut twitter kita tu! Thanks for being such a nice blog & twitter followers!
Hahaha!
NUke
Penat lah. Asal masuk tahun baru je, sure nak kena ada azam baru. Okay, fine!
Azam tahun baru aku kali ni adalah untuk tidak mempunyai azam tahun baru!
Korang lak?
NUke
dalam topik : personal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.



