Saban tahun, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza akan menghasilkan karya baharu bagi memenuhi kehendak peminatnya di serata nusantara. Terdahulu, album studionya, Fragmen (2014) dan album rakaman secara langsung, Unplugged (2015) telah pun diiktiraf sebagai Album Terbaik pada AIM21 dan AIM22, sekaligus menambahkan lagi beban tanggungjawab beliau untuk sentiasa menghasilkan karya yang terbaik selepas ini.
SIMETRISITI
Siti Nurhaliza
2017
Dibuka dengan trek "Bersandar Cinta", pendengar akan hanyut dengan keindahan susunan muzik yang boleh dikatakan cemerlang yang terdapat dalam karya ini. Perasaan yang serupa boleh dirasakan dalam "Ikrar Cinta". Album ini penuh dengan lagu balada yang begitu sinonim dengan jenama 'Siti Nurhaliza', di mana kekuatan lagu-lagu ini adalah pada kelunakan vokal beliau. Tidak berniat untuk menafikan keindahan sebarang karya dalam album ini, tetapi majoriti lagu yang dimuatkan dalam SimetriSiti kedengaran seperti "just another collection of ballads/pop songs". Berbeza auranya, tidak seperti album 'Fragmen' yang penuh dengan eksperimental elemen muzik baharu.
Kolaborasi SN dengan Judika dalam "Kisah Ku Inginkan" juga dirasakan tidak mencapai tahap 'ummph' yang diharapkan dan sukar menarik minat pendengar pada kali pertama. Seperti sesuatu yang kurang, tidak seperti 'Seluruh Cinta' (menampilkan Cakra Khan) terdahulu. Ditambah pula kolaborasi dengan Faizal Tahir (Dirgahayu) yang boleh dikatakan masih segar, tentunya bukan sesuatu yang mudah bagi SN untuk menandingi 'masterpiece' tersebut. Manakala lagu-lagu seperti "Manis Terindah", "Hiasi Duniaku" dan "Kau Takdirku" pula akan terus menambah lambakan koleksi lagu balada SN, seperti lagu-lagunya sedia ada. Walau bagaimanapun, jika diberi pilihan, lagu "Hiasi Duniaku" adalah yang terbaik untuk diketengahkan sebagai salah satu single pada masa akan datang; dek kerana keunikannya yang berbeza (in a good way) dari segi kualiti rakaman dan susun atur muzik.
"Penghiburku" (menampilkan Joe Flizzow) akan memaksa pendengar untuk mengimbau era 'Dua Dunia' (lagu duet bersama Too Phat). Karya ini seharusnya dipuji kerana melodinya yang rancak, dibantu dengan lirik yang mudah difahami (selain usaha SN menghargai peminatnya yang sentiasa menyokong karier muzik selama ini). Kualiti rakaman lagu ini tidak boleh dinafikan, namun, terdapat sedikit kesamaan di antara lagu ini dengan style muzik Ed Sheeran, khususnya dari segi vibe dan susunan muzik (gitar).
Lagu "Tak Perlu Ragu" adalah karya seni yang sangat 'comel' dalam album ini - sesuai untuk diketengahkan sebagai salah satu single. Ianya secara bersahaja akan menunjukkan sisi 'ceria' seorang penyanyi terunggul Malaysia ini. Manakala on the other side, "Aku Bukan Malaikat" menonjolkan sisi paling gelap dalam SimetriSiti.
Highlight album terbaru ini adalah single pertamanya, "Segala Perasaan", yang dinilai lengkap dan sempurna dari komposisi susunan muzik, lirik, vokal dan melodi. Outro yang sengaja 'dilewatkan' itu seolah-olah berjaya memberikan impak kepada pendengar yang awalnya menjangkakan lagu tersebut sudah tamat pada ulangan korus yang terakhir. Dalam trek ini, kekuatan vokal SN benar-benar dicabar oleh bait-bait lirik dan saling berlawan dengan elemen muzik yang besar (grand). Sayangnya, lagu ciptaan komposer Indonesia ini, tidak akan menerima pencalonan Lagu Pop Terbaik pada AIM yang akan datang.
SimetriSiti dinilai sebagai sebuah album yang (dirasakan dihasilkan secara tergesa-gesa bagi mengekalkan kelangsungan era Fragmen) mementingkan kualiti, berbanding pemilihan lagu mengikut pasaran semasa. Ianya mengingatkan kita kepada 'Hadiah Daripada Hati', di mana SN berdepan dengan kritikan kerana album tersebut dirasakan tidak mampu menandingi 'Transkripsi' (Album Terbaik AIM14). Sungguhpun begitu, kekuatan 'SimetriSiti' terletak pada kualiti rakaman yang disifatkan sangat baik dan juga elemen muzik skala besar (terima kasih kepada Orkestra Kebangsaan Bulgaria yang memainkan peranan besar). SitiZoners akan menggemari album ini dengan serta-merta, namun, banyak masa diperlukan oleh pendengar neutral untuk menerima buah tangan terbaru Siti Nurhaliza kali ini.
Album ini mungkin akan mengungguli kategori Rakaman Album Terbaik, tetapi sukar untuk dinobatkan sebagai Album Terbaik pada AIM23.
Album ini mungkin akan mengungguli kategori Rakaman Album Terbaik, tetapi sukar untuk dinobatkan sebagai Album Terbaik pada AIM23.
Verdict: 3/5
NUke
dalam topik : muzik
3 Comments:
-
- Ren said...
May 19, 2017 at 9:27 AMtiba2 semalam terngiang2 lagu segala perasaan.... demmmmm- Siti Nurhayati Dollah said...
June 20, 2017 at 2:58 PMTak sempat menghayati lagi lagu lagu. Nanti nak try dengar balik- Anonymous said...
February 8, 2018 at 8:15 AMPaling sengit dalam kategori vokal terbaik ni.. Saya berdoa Dayang vokal terbaik, album terbaik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.