Semenjak kejayaan Dayang Nurfaizah dalam 3 siri Anugerah Juara Lagu kebelakangan ini, tak salah dikatakan fan base beliau semakin berkembang. Tak salah juga dikatakan penantian dan kesabaran Dayang Nurfaizah selama bergelar anak seni ini akhirnya berbayar. Dan yang paling penting, ianya tidak berhenti setakat itu.
Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah
2017
Kelahiran album terbarunya, 'Dayang Nurfaizah', ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua, termasuklah aku yang baru sahaja bergelar peminat. Bukannya menutup sebelah mata akan setiap usaha beliau sebelum ini, namun aku rasakan ketika inilah kemuncak kerjaya seni DN, di mana beliau akhirnya mampu membuka mata masyarakat sekaligus membuktikan dirinya sebutir permata yang berharga.
Album terbarunya, dengan mudah memikat hati pendengar. Sebab? Senang. Pendengar tahu akan genre DN, dan beliau melantunkan karya-karya (dalam album itu) dengan penghayatan yang sangat baik. Bersesuaian dengan gaya nyanyiannya, lagu seperti "Layarlah Kembali", "Nanti" dan "Takdir" sememangnya berjaya dibawakan dengan baik! Jika diberikan pilihan untuk single seterusnya, saya akan memilih "Layarlah Kembali" atau "Usah Bilang Cinta"- atas 3 sebab iaitu, kualiti vokal, kualiti kekemasan rakaman dan corak bahasa pada liriknya. Namun, sekiranya DN ingin memperluaskan CV muziknya ketika ini, pemilihan lagu "Dia" sebagai single seterusnya dirasakan bakal menjadi taruhan besar. Kerana, tidak selalu kita mendengar DN mendendangkan lagu (truely) pop dan acapkali pembawakan DN menerusi lagu pop (seperti lagu 'Dayang Sayang Kamu') ini diambil peduli secara serius oleh masyarakat. "Dia", adalah highlight dalam album ini. Manakala lagu "Dalam Diam" pula dilihat sebagai pelengkap kepada album ini - sungguhpun dirasakan ada sesuatu yang 'hilang' pada lagu tersebut.
Usah diperjelaskan tentang lagu "Di Pintu Syurga", "Lelaki Teragung" dan "Tak Pernah Menyerah" kerana karya-karya inilah yang membuka laluan dan telinga masyarakat terhadap kualiti yang ada pada DN. Buktinya? Kesemua lagu ini merangkul kemenangan di AJL - selayaknya.
Kerjasama DN dengan komposer Ajai menerusi "Separuh Mati Ku Bercinta" pula merupakan langkah yang sangat bijak. Ajai bertanggungjawab meletakkan nama DN dalam arena seni muzik Malaysia menerusi karya 'Seandainya Masih Ada Cinta' lebih sedekad lalu. Dan kali ini, beliau sekali lagi menggalas tanggungjawab tersebut bagi memastikan nama DN kekal relevan, khususnya ketika masyarakat kini lebih cenderung ke arah muzik yang dibawakan oleh artis baharu seperti Aiman Tino, Khai Bahar dan sebagainya. Lagu "Separuh Mati Ku Bercinta" selayaknya diberikan kepada DN dan sepatutnya dicipta khas hanya untuk DN. It is just meant for her.
No doubt, this album will also be nominated in few categories in the upcoming AIM23. I am hoping for it to be short-listed in Best Album Cover, Best Pop Song, Best Engineered Album, Best Female Vocal as well as Best Album. Another must-have album for local music lovers.
Verdict: 4.5/5
NUke
dalam topik : muzik
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Wkwkwkwkkwkwk