Situasi:

Jamal sedang memakan bersama-sama keluarganya dan mertua di kampung Rahmat Changkat Sulaiman. Dia tidak sedar bahawa dia sedang makan menggunakan dua lapis pinggan sehinggalah ditegur oleh ibu mertuanya yang garang...

"Aikh, Jamal! Kome ni dah gataii sangat ke nak kahwin dua? Bini kome tu baru je beranok oi. Kome jangan nak cari paseii..."

Jamal terkelu. Tak pasti apa yang dimaksudkan oleh mertuanya itu.

Penjelasan:

Tahukah anda, orang-orang terdahulu sebelum kita mendakwa adalah tidak baik untuk seseorang itu untuk menjamah makanan dengan pinggan berlapis. Atau bahasa mudahnya, makan guna dua pinggan (atau lebih) bertindih. Ini karena, dakwa mereka perbuatan tersebut seolah-olah 'mahu makan lebihh' a.k.a 'mahu kahwin lebihh', dan perkara ini acapkali mendatangkan kegusaran kepada kaum wanita, terutamanya ibu-ibu mertua. Jika mahu difikirkan logik akal, apa kaitannya makan guna 2 pinggan bertindih dengan kahwin dua?

Wallahu'alam. Aku tak tahu apa kaitannya.

Tapi yang nyata, perlakuan sebegitu memang nampak tak elok dan tak sopan pada pandangan mata kasar. Mungkin orang dulu2 takut pinggan bawah tu pecah or retak or sumbing... maklumlah, dulu-dulu mana ada pinggan polisterin or plastik ni, semuanya seramik! Siap ada corak bunga merah lagi kat tepi!

Atas dasar itu, mereka berkemungkinan mengeluarkan dalil dan hujah bagi membanteras penggunaan pinggan secara bertindih semasa menikmati hidangan! Cewah!

Korang pernah dengar tak pasal pantang larang ni? Ke aku sorang je?



pic: Google.

NUke

0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.