Sedar tak sedar, setahun sudah pun berlalu sejak aku siarkan 'Bungkusan Tahunan 2012'. Dan dalam setahun itulah, macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku. Perkara yang membuatkan aku senang, susah, suka, duka, amarah dan gelora. Lol. GELORA! (gelora nafsu ke apa...)
Header blog yang baru! |
Walau apa pun yang telah berlaku, aku rasa aku telah berjaya mengahadapinya dengan tabah...kot. Otherwise, aku dah tak ada di sini, mengarang satu lagi entry yang entah kan dibaca ataupun tidak oleh kalian di luar sana.
Bermula dengan pengiktirafan oleh blogger Awie Omar (sekali lagi), yang telah menamakan blog NUke Rude ini sebagai 'Blog of the Year' 2012 dalam 'Anugerah Ekstravaganza' beliau. Hahah. Budget anugerah secara besar-besaran lah kan... aku takde hal. Orang nak iktiraf, aku terima. Nak kutuk, aku makan dalam. Hahahaha. Terima kasih encik Awie, by the way. Awal tahun 2013 sebenarnya menyaksikan kepergian seorang insan yang sangat rapat dengan aku; Opah. Beliau sempat lagi membelikan aku hadiah harijadi yang tertangguh untuk diberikan sejak tahun 2002. Cuma selepas 11 tahun, baru aku dapat 'menebus' kembali hadiah itu. Opah kini dah pergi menemuiNya, si Pencipta. "Bestlah Opah... dapat jumpa Atuk!" - adalah ungkapan yang aku bisikkan pada telinga arwah Opah sewaktu mengucupnya untuk kali terakhir.
On the bright side of my life; 2013 juga menyaksikan aku berjaya memiliki harta pertama aku yakni - Motosikal. Yezza! Mac 2013, aku habis bayar duit motor, sekali gus menjadikannya milik aku sepenuhnya. Harta kedua aku yakni sang kereta masih belum habis dibayar... so, takleh nak bergembira sangat lah, kan? Besides, in term of career, tahun ini aku banyak travel; basically untuk attend kursus dan seminar. Well, sambil menyelam, minum air. Alang-alang dah berjalan tu, sempat juga lah beli fridge magnet utk dijadikan souvenirs. Hehe.
Aku juga banyak travel dalam Malaysia untuk tujuan peribadi sepanjang tahun ni. Termasuklah jadi pengapit untuk majlis kahwin kawan ofis kat Kelantan dan Baling, Kedah. Humaakaaiiih. Jauh noo.. Agak-agak kalau si kawan aku tu tak datang time aku kahwin nanti.. memang aku ugut untuk putus sahabat! Other than that, aku travel to Sarawak (sebab nak tengok Rainforest World Music Festival 2013) dan Kota Kinabalu, Sabah (sebab nk lari sekejap dari kesibukan office, dan terjumpa 'Nemo' yang comel).
LUCK. Year of LUCK. Untuk aku.
Sebab aku...banyak juga lah menang peraduan itu ini... mostly tiket konsert. Alhamdulillah, aku menang tiket Rainforest World Music Festival 2013; dan tiket konsert Linkin Park Live in Kuala Lumpur 2013. Ada juga menang tiket wayang dan tiket utk tengok live Jazz performance, tapi aku tak sempat sangat nak book program. So.. burn. Dan yang paling 'bertuah', aku berjaya mendapatkan 2 BlackBerry (Z30 + Z10) pada harga RM780+ on the launching day. Haha. Celcom buat promo.. siap dapat 2 tix konsert Alicia Keys, Headphone (value RM300+) plus Alicia Keys punyer album. Ok lah kan?
In terms of social life, aku akhirnya terjebak dengan IG. Lol. Dah 2013 baru nak ada IG. Lambat kan?
Personal life? Ayah aku kena 'serangan' kanser sekali lagi tahun ini, sejak ia dikesan pertama kali pada penghujung 2010. So, family members sekali lagi diuji dengan ujian daripadaNya. Dan untuk pertama kalinya, aku kena 'Panic Attack' - menyebabkan aku 2 hari berulang alik ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.
Apa?
Kahwin? Entah. Dah malas nak beria-ia mencari. Biar bakal si isteri datang sendiri mencari aku. Okay?
Oh, 'kerjaya' blog aku memuncak pada 2013 apabila blog ini di-feature-kan dalam Utusan Melayu pada 22 Jun 2013. Yeay! :P
Apa-apa pun, 2013 merupakan tahun yang baik bagi aku dan aku harapkan 2014 akan beri lebih banyak peluang aku untuk memperluaskan pandangan dan minda dengan mengunjung ke tempat-tempat orang; baik di dalam or luar negara.
Orang yang paling hampir itulah yang menggembirakan hati!
Selamat tahun baru kepada semua pembaca setia blog ini.
NUke
6 Comments:
-
- Afir said...
December 30, 2013 at 10:26 AMcongrats..tahun 2013 yg cemerlang!!!moga 2014 menjanjikan yang terbaik untuk ko!- SMK PENGKALAN HULU said...
December 30, 2013 at 10:53 AMHappy new year for you my friend..- ..nOWa.. said...
December 30, 2013 at 11:31 AMtanak komen, nak like jer. rupanya sini bukan FB.- Ren said...
December 30, 2013 at 6:41 PMAlhamdulillah semakin popular.- aefitbentuah said...
June 20, 2014 at 12:05 PMpowernya dapat masuk paper..... tahniah- Umar Kadir said...
July 14, 2014 at 7:16 PMRajinnya dia buat list sampai 100
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.