Tempoh hari, setelah usai kerja, aku dan seorang teman mengambil keputusan untuk singgah ke TESCO dalam perjalanan pulang ke rumah untuk membeli barang dapur. Maklumlah, kami ni memang suka memasak. Okay, pembetulan, aku selalunya suka kacau gulai2 je. haha!

Okay, memandangkan hari hujan, maka kami merajinkan diri untuk mencari parking berbumbung lah. By the way banyak gila kot parking yang kosong kat situ. It is just kebetulan aku illegally masuk parking via wrong way kot... menyebabkan sorang pemandu Vios yang kebetulan 'aim' parking spot yang sama tu memandang aku dengan jelingan yang 'menjengkelkan'. Okay. My bad.

VIOS Putih ini hanyalah sekadar hiasan. Sumber dari Google.

Beliau kemudiannya mengambil spot parking yang lain. Memang banyak gila kot parking yang kosong.

Tak mengapalah. Aku ni... cuma bawak kereta Kelisa kawan aku tu je. Dia bawak Vios. Wife dia ada sekali kot time tu. Then, lepas park kereta VIOS dia tu, aku perasan yang diorang terus je keluar kereta dan laju menuju masuk ke dalam Tesco...

...tanpa menutup lampu kereta VIOS nya itu.

"Ah! Biarkan saja diorang tu. Tadi bukan main lagi menjeling kat kita..."

But deep in my heart, aku mahu memanggil empunya kereta itu dan memberitahunya. Risau juga kan, mana lah tau alih-alih nanti kereta beliau tak boleh nak start semula sebab bateri dah kong.

Aku terjepit. Tersepit. Antara dendam dan detik hati.



NUke

8 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    ko gitau tak?

    saspen la citer ko. berpeluh tau i baca #laptisu. hehehe
    bukankosong said...
    then?

    saje bg suspen

    tp better bgtau, marah jab je, buat baik balas baik tau
    farhana said...
    Ending dia, mesti bagitau kan?
    =)
    NUke_Rude said...
    all:
    endingnya, aku tak bagitau.. walaupun ada moment itu, mereka hanyalah beberapa meter away dari aku di travelator. :S

    aku berasa sangat guilty.
    Ri said...
    we can't all be angels :P
    but you're the nicest devil i've ever known
    ..nOWa.. said...
    oit oit..bagitau jer la, pendendam! hahaha!
    NUke_Rude said...
    Ri:
    hahahah. nice ya? hahaha. thanks,

    nowa:
    haha. it's not my intention to not to tell them. I'd just.. entah. now, i felt guilty. haha.
    iyllienaz said...
    haha..bagus la kau, tapi kan, byk kali dah orang tegur mak aku..
    "kak2, lampu kereta tak tutup"
    bila mak aku pandang je, terus lampu tu tutup sendiri..then, mak aku just cakap "kereta ni memang camni".

    Kadang2 dorang baik nk bg tau, tp yg kesiannya dorang yg malu sebab kete mak aku mmg lepas kunci lampu menyala and padam sendiri after few second..hehe

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.