Aku kaget melihat 'binatang' itu kat atas lantai dapur. Hasrat aku untuk minum air terbantut seketika... dengan perlahan, aku mengundur, dan menjerit berseorangan mencari sesuatu...
"ridsect mana?!!"
"Ridsect!!!"
"Mana ridsect!!??"
Lantas mata terpandang akan tin berisi aerosol itu di satu penjuru bilik. Ku rentap, dan goncang, untuk memastikan yang tin silinder itu masih berisi. Setelah dipastikan, maka aku segera ke dapur dan tanpa lengah, menyembur terus ke arah 'binatang' itu.
Yang peliknya, memang 'binatang' tu tak bergerak dan memberikan sebarang reaksi. Menambahkan keyakinan aku yang ianya sudahpun bergelar Arwah.
Tapi, lama-lama aku jadi lebih pelik. Aku perhati betul2 pada 'binatang' tu.
Bermati-matian aku ingatkan ianya adalah LIPAS... akan tetapi, ianya hanyalah sebiji KURMA yang terjatuh dari meja makan.
Gila tak terkejut.. ada rupa macam lipas kot. Ataupun mungkin
imaginasi aku terlalu hebat waktu kecik-kecik dulu.
Ya, peristiwa ini berlaku pada Ramadhan dahulu kala... time aku kecil2 dulu.
NUke
dalam topik : life
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
p/s asik nak makan nasik jer walaupun x dpt everyday.
wahh.. kenyataan ko tu sangat hebat! hahhaha :D
Janggel:
haha. dulu2, aku tak makan kurma bro.. sebab rupanya pelik.. takut.
Ri:
haha. saya cuma bertindak defensive. haha.
SkyOne:
haha.. jangan la pikir camtu bro.. ni memang kisah lama. sekarang ni, aku & kurma tu dah jadi kawan karib. hahaha.