Mesti korang tak pelik sebab aku jarang update blog. Sebab alasan tipikal yang aku selalu bagi ialah:-

Gaji tak masuk lagi, so tak boleh bayar bil broadband.

Tapi itu dulu. Time hujung-hujung bulan. Walhal, sekarang ni masih lagi di peringkat awal bulan. Jadi, kenapakah aku tidak kerap online justeru mengupdate blog? Ceritanya begini. Awal Februari lalu, aku ada mengalami satu permasalahan dengan mata kanan. Terasa seperti diraba oleh debu-debu dan habuk. Sesekali terasa bagaikan ada bulu mata yang masuk. Jadi, sebagai penyelesaian yang mudah, tentulah aku kerap menggosok-gosok mata. Kadang-kala aku menggunakan Eye-Mo. Kadang-kadang aku pakai Eye-Mo Moist. Jangan tak tahu, ada beza antara kedua-dua produk itu. Eye-Mo Moist lebih mahal daripada Eye-Mo.

Keperitan mata itu berlarutan sehingga ke bulan Mac dan April. So, kawan-kawan office selalu assume yang aku tak cukup tidur atau pun menangis on the way datang kerja. Mungkin menangis terharu sebab bersemangat nak pergi kerja. Tapi itu semua tipu. Mata kanan aku sakit dan pedih. Until a point that bubuh Eye-Mo Moist kat mata pun jadi pedih. Apatah lagi bubuh Eye-Mo yang harganya murah. So, aku stop lah bubuh Eye-Mo.

A friend of mine then secara tak sengaja 'membuka mata hati' aku dengan satu statement.

"Kau asyik mengadap komputer, tak berkelip."

Dan dari situ, aku mula untuk tidak mengadap skrin komputer dengan lama. So, bila sampai di rumah, aku decide untuk jarang2kan diri untuk online. Kalau tak, nanti aku sure tengok blue online sampai tak ingat dunia.

Okay? Best tak cerita aku kali ni?


NUke

7 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    hahahaha

    menangis terharu tu!hahahaha

    ni pun kira update ni:P
    Ri said...
    "Eye-Mo Moist lebih mahal daripada Eye-Mo."

    perkataan 'Moist' tu yang buat mahal tuuu..
    Nak adjust ruang untuk tulisan kat kotak, nak kena tukar warna bagi lain sikit, nak iklan bagi orang tau dua produk tu berbeza- semuanya makan duit weh!!!
    hehe :P
    charco said...
    Thanks to me :D

    p/s: next time tgk muvi kt mid plak nk?
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    haha. tak leh blah. huhuhu.

    Ri:
    yeap. nampak kecil, tapi bnda2 camtu la yg buatkan eye mo tu jadi mahal! ahaha.

    charco:
    haha. yeap! lpas ni tgk cta ape lak?
    charco said...
    Doraemon? hahaha... tgk Karak la plak pasni..
    Joey said...
    owh. No wonder la the question frequency dah kurang. :)
    NUke_Rude said...
    charco:
    hahaha. transformers jgn lupa!!

    joey:
    hahahaha..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.