Reference as RedMummy keluar paper, dan generates income up to thousands has somehow opened the public eyes on the power of blogging as 'mesin side-incomes'. Hence, makin ramai orang nak create blog as if semuanya akan berjaya mencipta nama dan kejayaan as RedMummy, aka Kak Red.

Well, itu semua sedikit sebanyak maklumat dan dialog yang aku dengar tatkala ada beberapa orang eager dan bersemangat utk ada blog sendiri. But, the main problemo is whether or not you know how to create one?

Maintaining them (as regular updates) is another Question that should follow the first one lah kan?

So, dengan berbekalkan ilmu yang tak berapa banyak ni, aku berkongsi cara aku dan perspektif aku tentang bagaimana nak mewujudkan 1 laman yang digembar-gemburkan sebagai 'popular' pada zaman skang ni! - BLOG.



Tips #1 : Know the purpose of Blogging.
Senang. Kalau kita dah tau apa tujuan kita berblogging, maka garis panduan itu dah kelihatan. Jadi, kita hanya perlu follow saja. Ada org, create blog as personal site, ada yang suka crita pasal makan, ada yang mixed - more into diaries & lifestyle, like mine.

Tips #2 : Choosing a Name
Kalau boleh, janganlah kerap tukar nama blog. Sebab tu, sebelum mendaftar nama blog, better difikirkan sebaiknya. Kalau blog tu crita pasal makanan, jadi lebih baik nama blog tu pun ada sikit related dengan makanan. Contohnya: "...A Drop-Out Chef!" mungkin nama blog yg sesuai utk someone yg suka invent resepi baru, eventhough dia tak abis belajar kursus memasak sewaktu kat kolej dulu. Itu cuma contoh saja ya. Nama yang dipilih, sebaiknya ringkas dan mudah diingati. So, kalau ada visitor yang datang for the 1st time, if they'd love to come again, senang nak ingat nama blognya. Kan? Korang suka ke kalau nama blog ni xoxosphisticatedguyinthehellyeahfuncityoxox.blogspot.com ? Pening nak baca, nak menaip website blog tu, apatah lagi. Ended up, yang datang blog korang hanyalah korang sendiri dan juga spammers.

Tips #3 : Layout & Design
Meletakkan widget dengan terlalu banyak boleh menyebabkan blog lambat loading, justeru menjauhkan pembaca daripada datang menyinggah. Layout yang tidak balance juga boleh menyebabkan sakit mata. Kalau boleh diarlah seimbang - penulisan & gambar. Kalau blog penuh dengan tulisan saja, boleh pening juga, dah macam baca buku teks! Pilih layout yang sederhana. Tak payah kot nak guna banyak2 sangat borders, partition, or custom cursors. Tapi kalau nak juga, biarlah bersederhana.

Tips #4 : Announcement!
Melainkan anda mahu menjadikan blog itu terlalu peribadi dan hanya org2 tertentu saja yang boleh membacanya, maka abaikan tips ini.

Hebahkan kepada orang ramai akan kelahiran blog anda! Singgah dan jadilah ahli laman-laman komuniti bloggers. Sebab kebanyakkan laman2 ni ada 'direktori' ahli-ahli kelab. So, why not? Blog anda takkan jadi famous dengan sekali klik. (Melainkan anda seorang artis, ataupun memang dah popular dalam alam realiti). So, feel the pain a little bit, gain the popularity with your own effort & writings! That's supposed to be the right way!

Tips #5 : Regular Updates & Catchy Headlines!
Rajin-rajinkan update blog! itu diperlukan bila anda baru berkecimpung dalam dunia blogging! Ni, kalau awal2 lagi dah 'sekejap ada, sekejap tiada'... camne? Tajuk entry perlu catchy & menarik. Kalu boleh selitkan perkataan2 yang ikonik! Contohnya "Kemalangan Ngeri Di Jalan Kuching", "Teori Kentut", "Menang Proton Saga" "Aku Merana Tidur Dengan Jeans Levi's". Nampak macam poyo, tapi ini adalah trick untuk menarik pembaca yang meng-Google information. Hence, contributes to traffic!

Hm, mungkin banyak lagi tips2 yang boleh dicari kat blog lain. Tapi, secara peribadi, itu saja yang aku boleh fikirkan dan kongsi bersama-sama mereka yang baru nak buat blog ni. Takpa, jangan pentingkan komen sangat. Tak semudah itu kita nak dapatkan loyal readers. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berblogging, blog ni dah mencatat rekod peribadi dengan 561 streak entry dengan komen. :)

NUke

5 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    headline yg catcy.ko expert merekakannya:)hehehe
    Ren said...
    tips yang sangat2 berguna.
    NUke_Rude said...
    Hidney:
    wahh! dah ada blog baru. i assume ianya blog gambar2 kan? satgi saya pi jenguk! :D

    faizalsulaiman:
    hahaha. adakah itu satu pujian atau perli? anyway. yeah, mungkin itu suatu kekuatan! hahaha

    Janggel:
    terima kasih sebab membaca :)
    Joey said...
    tolong buat header utk aku bleh??

    matila....


    p/s if you can beat them.. join them :P
    NUke_Rude said...
    joey:
    wah! rasa tercabar bila ada org minta aku buatkan header! ahahahahahaha!!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.