Hari ni, aku mengambil satu langkah baru dalam perjalanan karier aku. Bekerja di tempat baru. Alhamdulillah, first day aku kat tempat baru tu berjalan lancar. And ramai juga yg bertanya, "So, how's your 1st day?". Dan jawapan aku, "Macam biasa saja.". Sebab hari pertama, aku pun takdelah nak expect lebih2. For sure lah ada sesi suai kenal, introduce sana-sini.
Macam budak baru pindah sekolah. Bezanya, sekarang ni aku masuk kat tempat kerja baru. So, kena pandai communicate sikit la. Mana2 yang aku tak tahu, aku tanya je.
So far, aku masih dalam proses mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Ye lah, kat tempat baru ni, staff nya agak ramai and banyak jugak departments; compared dengan tempat kerja lama.
Dan perkara yang betul2 buatkan aku rasa macam 'hek el leh' kat tempat baru ni... Nak keluar masuk office kena swap magnetic card! Jakun lak! hahaha!
Barulah ada suasana office!
Oktober 25, 2010. Kerja ke-2.
NUke
dalam topik : kerjaya
Siri 6
Keadaan di dalam ruang makan kafeteria itu sangat sesak. Sesak dengan pelajar lelaki yang rancak bersembang, dan juga sesak dengan pelajar lelaki yang beratur untuk memesan makanan. Dalam kesesakan itu, Xyryll dengan mudah mengecam Asyraf yang sudahpun duduk di satu sudut kiri kafe, sedikit jauh daripada kesesakan di ruang tengah.
"Sorry lambat.", sapa Xyryll, lalu melabuhkan punggung ke bangku bersebelahan dengan Asyraf.
--
8.44 malam. Masing-masing sudah selesai menjamu selera, menikmati makan malam. Dan kini sedang asyik menikmati teh o' limau yang semakin tawar dek kerana ais yang semakin mencair. Dan ketika itulah Xyryll mengambil peluang untuk bertanya dan berbual seperkara yang sedikit serius bersama Asyraf.
"Sayang... You ada kawan nama Meor tak?"
Matanya tak berkelip memandang raut wajah Asyraf. Menantikan jawapan yang bakal dikeluarkan dari baris bibir yang nipis. Sedikit air diteguk menerusi penyedut minuman.
"Ada. Classmate."
"Mana awak kenal dia?"
"Oh. Tadi pergi bilik member, nak ambil buku. Si Meor tu tegur... Boleh pulak dia tanya pasal awak."
"Ha?"
"Tak kisah lah. The point is... saya taulah yang dia tu kawan awak."
"Dia kacau awak ke?"
"Nope."
"Awak suka dia ke?"
"Hish... ke situ pulak."
"Eleh..."
Asyraf kembali menghadap gelasnya yang semakin kurang air di dalamnya. Manakala Xyryll memandang ke kanan, melemparkan senyuman entah kepada sesiapa. Sedikt tawa kecil kedengaran. Dan itu menyebabkan Asyraf yang duduk disebelahnya berpaling ke arahnya. Badan Xyryll disiku oleh Asyraf. Segera dia bangun dan mengajak Xyryll berlalu dan pergi ke tempat lain.
--
Berpelukan. Bercumbu. Bergomol. Kesemua itu menjadikan Meor dan Xyryll berpeluh-peluh. Baju kemeja yang dipakai masing-masing untuk ke kuliah itu segera ditanggalkan, menampakkan matang tubuh Xyryll yang berkilat, akan tetapi meninggalkan Meor bersinglet putih. Ruang tandas yang terletak sedikit jauh daripada laluan pelajar lain itu dikuasai mereka. Beg-beg galas mereka dibiarkan di atas permukaan singki sambil mulut masih bertaut menikmati setiap cumbuan.
Sehinggalah pintu itu diketuk sedikit kuat oleh sesorang. Xyryll termangu. Dan sedikit panik. Dan serentak itu, dia tersedar daripada lamunan panjang. Dirinya tersedar. Dan dia masih di meja, menghadap buku Kimia. Tidak berbaju. Di dalam bilik tidurnya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam.", balas Asyraf, segera membuka pintu biliknya. Kelihatan Meor yang bersinglet putih dan berseluar pendek tersengih di muka pintu. Ingin bertemu Asyraf untuk membincangkan tugasan matematik. Dibawa sekali buku Xyryll yang dipinjam Hazieq dan dihulurkan kepada Xyryll.
"Oh. Kenalkan! My roomie, Xyryll"
"Xyryll. Ni classmate aku. Meor."
"Korang dah berjumpa tadi kan...?"
Asyraf mendahului Meor ke meja belajarnya, meninggalkan Meor dan Xyryll di belakangnya. Peluang itu diambil Meor untuk berjabat tangan dengan Xyryll. Dan peluang itu juga diambil oleh Meor untuk mengenyitkan mata kirinya kepada lelaki tidak berbaju itu.
Dan Xyryll membalas kenyitan itu dengan melepaskan jabat tangannya, dan tersenyum.
--Bersambung...
# Komen dan beri pandangan anda berkenaan siri KAC2 ini. Komen yang menarik akan disiarkan pada pengakhiran siri KAC2. Terima kasih.
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 2, novel
Ingat tak jingle tu? Dalam iklan milo dulu-dulu ada jingle ni:
"Minum Milo, Anda Jadi Sihat... Dan KUAT!!"
Tak ingat? Never mind.
Anyway, aku rasa kebanyakan korang yang lahir pada tahun yg lebih kurang dgn aku, pasti merasa dan melakukan perkara yang sama. Waktu aku tadika and sampai lah habis sekolah kebangsaan, aku ada satu habit dan perangai. Yang mana, aku rasa ianya diperturunkan daripada kakak2 aku, sampailah ke abang aku, dan aku menurunkan perangai itu kepada adik aku yang sorang tu.
Makan MILO.
Selalunya hari Sabtu lah. Sebab tak sekolah, atau lepas habis aktiviti ko-kurikulum, dan sesudah makan tengah hari, adik-beradik aku akan lepak kat ruang tamu untuk layan cerita hindi. Dulu2 kat TV3 ada 'Panggung Sabtu'. Zaman aku skool dlu, pelakun Kajol, Karisma Kapoor, Anil Kapoor, Sanjay Dutt, Aamir Khan, dan segala macam Khan tu semuanya tengah up! Dan yang kongker TV, surelah akak2 aku.
Dan dialah yang memperkenalkan tabiat makan milo tu kat kitorang ni.
Amik cawan, bubuh Milo barang 4 - 5 sudu, lpas tu mngadap TV dan nikmatilah Milo itu. Kalau nak lagi best, tambah susu sikit. Zaman dlu, ibu beli susu F&N. Layan kan saja.
Flashback.
1996. Darjah 2. Sabtu. Lebih kurang 3.15ptg.
Kerusi dapur ditarik rapat ke kabinet yang menempatkan gula, periuk nasi, horlicks, dan tin MILO. Seorang budak lelaki yang hensem dan comel memanjat kerusi itu dengan harapan utuk menikmati Milo. Milo yang dikunyah halus dengan campuran susu F&N sememangnya menjanjikan senyuman manis pada petang yang panas dan bosan itu.
Langkah budak lelaki yang hensem & comel itu tidak dapat didengari dan dikesan oleh sesiapa. Dia merasa gembira dan berhajat untuk menambahkan lagi serbuk Milo ke dalam cawan plastik yang sudah pun dibubuh susu F&N itu. Sehinggalah kedengaran pintu dikuak oleh (arwah) Wan (panggilan kami utk Nenek).
"Eh! Laa... Baik-baik.. nanti jatuh!!"
Budak lelaki yang hensem & comel itu terkejut dan disebabkan itu, cawan yang berisi serbuk Milo itu hampir-hampir terjatuh ke lantai. Matanya bulat memandang Wan. Dan dia tersenyum. Kantoi...!
"Apsal tak bagi tahu Wan.. Nanti Wan buatkan air Milo untuk kau...", Wan dengan selamba neneknya 'merampas' cawan itu lalu memasukkan air panas. Sudu dicapai dan digunakan untuk mengacau minuman tenaga itu.
"Terima kasih Wan...", budak lelaki hensem & kacak itu berlalu perlahan sambil memegang cawan yang berisi air Milo panas itu, dan membawanya ke ruang tamu. Cerita hindustan itu ditonton tanpa sebarang perasaan.
Jauh di suatu sudut di dapur, kedengaran Wan memberi nasihat...
"Lain kali, kalau nak air panas ke apa, bagitau Wan. Biar Wan je yang buatkan. Kang jatuh ke apa, siapa jugak yang susah...?"
Jauh di sudut hati budak lelaki yang hensem & comel itu kecewa kerana niatnya untuk memakan Milo tidak kesampaian.
NUke
dalam topik : makan
Our friendship does not ends here... you know what I mean. I'll always be in touch with you nukerude! Hope you'll do the same. Gonna miss teasing you & gonna miss you a lot!
Good Luck & All the best!! Stay in touch.
Wish you all the best! Take care & keep in touch.
Selamat Maju. Buat apa yg ko mahu, bukan buat apa yg org mahu... - Baru ikhlas keje-
Life is either a daring adventure or nothing... Follow your dreams & pursue them with courage!
Decide what you want. Believe that you can have it. Believe you deserve it & believe it's possible for you.
Wish you have a different & exploring future. Good luck!
Bye2 En. A----.
Make sure we still keep in touch. Di mana jua anda berada, kita tetap bersama... hehehe
All the best in all your future undertakings. Work hard & chill harder :P
If there is a WILL, everything is POSSIBLE!! March forward! All the best in ur future undertaking! Gonna missssss u...
The first step 2 getting the things u want out of life is this. "Decide What You Want".
Esok Lusa Masih Ada...
All the best & take care =)
All the best in yr future undertaking & Best Wishes !
Ha... nanti jangan rindu nak panggil Kak Sue plak ye...he he he... tapi Kak Sue pulak yg rindu nk dengar. Hu hu. Nanti kat tempat kerja baru bleh dpt kawan baru yg best2 lagi okey...
Dearest Nyamuk, Jaga kesihatan and don't spread wabak denggi at your new workplace. Keep in touch ok!!
We'll never forget you... Your sweet smiles will be missed :)
Kini Sudah Tiba Hari Terakhir Anda.. Be Positif !
I tak senang ni. So, no much words for ya. Hope ya understand :-) All the best!!
Best of Luck !
We want you to come back!
Kerja ke-1
(August 03, 2009 - October 18, 2010)
NUke
dalam topik : kerjaya
Masih ingat lagi kisah Satria vs Monster? Kali ni, Monster kembali lagi dengan episod yang baru...
TAMAT
NUke
dalam topik : blog
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

