Apparently, NUke is back; and hopefully, he's back for good lah.
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca... (sambil mengelap habuk dan sawang yang telah lama dibiarkan sejak Ogos 2014). Diharapkan kesemua pembaca yang terdiri daripada warga blogger famous, twitter famous, IG famous, silent readers, marhaen2.. dan adik2 sekolah menengah harian dan asrama penuh; berada dalam keadaan yang baik2 saja.
Tak lupa juga kepada kenalan2 baru dan lama yang ter-accidentally klik laman blog ni ya.
Actually, banyak benda nak diceritakan dalam blog ni, akan tetapi kekangan masa dan material menjadikan sang penulis 'mengabaikan' laman ini untuk tempoh masa yang lama. tapi, usah lah kalian bimbang, kerana encik NUke sudah kembali 'aktif' dalam dunia blogger... chewah.
Sikit tak banyak, saya mahu kongsikan apa yang telah terjadi sepanjang ketiadaan saya kebelakangan ini:-
#1 : Kursus 7 Bulan
Sedia maklum, sang penulis telah menghentikan aktiviti penulisan blog bagi memberikan fokus dan tumpuan penuh kepada Kursus yang mengambil masa selama 7 bulan bermula pada bulan Februari lepas. But still, I managed to post few entries untuk pembaca sekalian. Mungkin ramai yang tertanya2, kursus apakah itu? Usah bimbang, ianya bukanlah kursus pra-perkahwinan, kursus perkahwinan, mahupun kursus MLM... tetapi, kursus yang perlu dihadiri bagi pengesahan jawatan & perkhidmatan. :)
#2 : Kehilangan Sebahagian Jiwa
Sedia maklum juga, ayahanda penulis telah pun kembali menemui-Nya pada Jun lalu, beberapa minggu sebelum Ramadan. Saya dengan rasa rendah dirinya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian yang mendoakan kesejahteraan ayahanda saya selama ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat handai yang banyak membantu dari segi bantuan kewangan, motivasi, keperluan ubatan, sokongan moral, sahabat2 yang sudi menemani saya dalam perjalanan pulang ke rumah yang mengambil masa kira2 5 jam, kawan2 yang sudi bertanya khabar, dan kawan2 yang cuba menceriakan saya sesudah itu. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik kalian.
#3 : Menang Peraduan (lagi?)
Tahun ni, tak banyak sangat join peraduan, akan tetapi adalah juga menang. Paling saya ingat, menang peraduan BlackBerry, lalu dapat bertemu dengan penyanyi / komposer / penulis lirik / pemenang Juara Lagu iaitu AIZAT. Yeay! Nanti saya share more stories on this topic ya!
#4 : 'Sado'?
Awal tahun je saya berjaya menaikkan berat badan dengan banyaknya. Lepas attend kursus 7 bulan tu, ada lah moment sekejap untuk acah2 sado. Lepas tu, kurus balik sebab banyak pergerakan semasa kerja serta pengurusan stress yang mcm kelam kabut sikit. Yet, saya tak sado pun sebenarnya. Jangan tertipu sangat dengan gambar2 kat twidder and IG tu. Saya bukanlah macam Falliq si YouTuber Kekar itu. Keh keh keh.
#5 : Masih Bujang
The subtopic speaks itself. I am not yet ready for commitment; if you wonder.
More to come. Stay tune,
NUke
dalam topik : blog
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
jemput ke blog saya