Pernah tak tau terfikir.
Suatu hari nanti apa yang akan terjadi.
Bila kau dikejutkan,
dengan berita yang tidak bernyawa.
Berita tidak bernyawa itu,
membawa maksud duka.
Duka yang dalamnya tak mungkin ada gembira.
Nada yang pasrah dan amarah.
Kenapa? - Kau mula bertanya.
Bagaimana?- Kau terus bertanya.
Mustahil. - Penafian yang tidak realistik.
Tipu - Penafian suatu bukan mistik.
Bila tiba engkau terpaksa menggadai semua.
Gadaikan saja semua perkara.
Tapi tak bermakna kau perlu menggadai maruah.
Sebab nyawa itu bukannya murah.
Tebalkan muka
Muka tebal bertanya
Sebab inilah masanya
Sebelum sesal menebalkan jiwa
Ayah.
Susah payah kami,
Takkan sama susah payah Ayah,
Yang selama ini membesarkan kami.
Dan aku menggadai semuanya,
Imej, harta dan jiwa segala,
Demi ayah - punca nyawa dan kelahiran aku di dunia
(Selain ibu, sudah tentu).
Andai kata bila aku menoleh sejenak
Dan ketika itu Engkau -Yang Maha Esa mengambilnya
Satu pintaku kepadaMu
Izinkan aku mengucup dahinya
Ketika Ayahku masih bernyawa.
Sayang Ayah,
NUke
3 Comments:
-
- Faizal Sulaiman said...
October 19, 2013 at 12:08 PMmoga ayah ko sihat2 hendaknya- boyoteen said...
October 20, 2013 at 11:07 AMBe strong...- boyoteen said...
October 20, 2013 at 11:08 AMBe strong...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.