Alhamdulillah, dah hampir nak masuk minggu ke-3 berpuasa di bulan Ramadhan tahun ni. So far, aku masih dapat berpuasa penuh walaupun kebelakangan ni diserang batuk yang kadang kala tu menguji iman dan pendirian diri. Cewah.

Berbalik kepada tujuan asal, haritu aku ada berborak dengan orang ramai pasal bulan Ramadhan, puasa dan sahur. Sehinggalah ada seorang ni mengeluarkan statement yang berbunyi cenggini lah lebih kurangnya:-

Dalam bulan puasa ni, akan ada satu hari yang kita tak terbangun sahur... Confirm ada, at least satu hari yang  mana kita terlepas bersahur.

Sebagai respon, aku dengan yakinnya menjawab:-

Hahaha, nasib baik saya ni tak kena lagi macam tu.


Nak dijadikan cerita, the next morning. EXACTLY the next morning, aku konon-kononnya nak bangun sahur lah kan, memandangkan alarm kat henfon aku tu dah memekak-mekak. Only to find out that it's already 6.45 am. Subuh pun dah nak habis dah oiiiii!!!

Ambik kau! 

Aku rasa, aku dapat 'payment' cash semacam ni dek kerana aku dengan yakinnya 'gelak' dan memberikan statement yang tak boleh blah tu lah. Huhu. Pengajaran...

By the way, aku ni selagi ada daya, akan cuba untuk bangun sahur, walaupun sekadar meneguk segelas air masak. Bukan apa, bagi aku, kalau nak menahan lapar tu masih boleh digagahkan lagi, InsyaAllah... tapi kalau bab-bab dahaga and haus ni, haaa.. mula lah nak terbayangkan sirap limau, sirap laici, ribena laici, bandung ais lah.... kadang-kadang tu ubat batuk yang aku simpan dalam peti ais tu pun nampak sedap...

Huhu. Jadi, aku nak tanya korang, pernah tak at least sehari dalam bulan puasa ni korang terlepas bersahur?




NUke

4 Comments:

  1. Aqim Razali said...
    ha, hari ini baru aku tak terbangun sahur, walaupun hari-hari bangun ada gak hari yang tak terbangun sahur. :)
    AeMcSketch said...
    no komen. xnk terkene jugk cm awak. hahaha
    sayhalajis said...
    hai mr.nuke do u mind promoting this vid as it'll affect my carrymarks for a subject that im taking this year. i know that u have a twitter account n thousands of followers so i hope u r willing to help. do watch n share it :)

    http://www.youtube.com/watch?v=zm4sSf0dCmg
    NUke_Rude said...
    Aqim:
    hahaha. best lah sahur! :D

    Puteri:
    kan? selalunya memang mcm tu! bila komen yg bukan2, tup2 the next day terus kena kat diri sendiri. :D

    sayhalajis:
    Thank you. I've already watched the video and yeah, it's quite impressive. keep it up!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.