Remember on last entry? I did mention about my near-death experience. well, this is the story.

(AMARAN: Kandungan cerita tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai darah rendah. Lol(s))





17 tahun lampau. 1996.
Haritu merupakan hari terakhir kami sekeluarga berada di Cameron Highlands, Pahang. Setelah semua barang diletakkan dalam van Nissan bernombor plat WBM6723, kami sekeluarga mengambil tempat duduk masing-masing. Ayah memandu laju. Sebab turun bukit, so laju lah jugak. After all, time aku kecik-kecik dulu, aku rasa ayah bawak kereta memang laju.. padahal kadang-kadang tu 60 km/j je pun.

Anyway, aku ingat lagi, ketika tu, trafik tak berapa nak bagus sebab ada minor landslide kat Cameron Highlands, Pahang. Aku ingat lagi moment di mana van ayah lalu di atas jalan, yang tebingnya masih sedang 'meruntuh'. Of course, kenderaan yang lalu di situ di-guide oleh bomba, polis, dan a few pekerja JKR.

Minor landslide je pun. 

setelah perjalanan yang dirasakan seperti 5 jam lamanya itu berlalu, akhirnya ibu dan ayah mengambil keputusan untuk 'pitstop' kejap di Lata Iskandar.

Plannya, macam nak main kat gigi gigi air je. Tapi... dah namanya pun budak2... setelah memujuk rayu ibu dan ayah, maka kami adik-beradik dibenarkan untuk mandi di sungai / air terjun tu. Gumbira! Gumbira!

"Abang tak nak mandi?", tanya ibuku yang ketika itu sudah bertudung sementelah balik dari menunaikan Haji.

"Tak mahu lah.", balas ayahku yang kurus, tapi berketak-ketak juga tubuhnya. Rasanya, time tu dia buka baju je kot, ambil angin bukit. Maklumlah, sejuk kat Cameron Highlands, Pahang.

"Ayah. Tak dalam ke kat situ?" tanya aku memandang ayah yang mencangkung di batu di hadapanku.

"Tak." Ringkas.

"kalau kat sini?" tanya ku sambil tangan kiri menunjukkan kawasan di sebelah kiriku.

"Cubalah pergi." kata ayahku seakan-akan berbisik. Seolahnya, itu hanyalah rancangan kami berdua. Hanya ayah yang memberikan kebenaran kepada aku seorang.

Perlahan-lahan, aku melangkah ke kawasan itu.. sambil tangan memegang batu licin berhampiran ayahku.

"Ceplup."

Aku hilang. Magik.






Angah cakap dia nampak aku terkapai-kapai.

'Keceburrr...'
Dek kerana panik dan takut akan aku lemas, ayah terus terjun ke dalam air... tanpa menukar seluar... tanpa mengeluarkan walletnya yang berisi ratusan wang ringgit dan kad kredit emas Citibank ketika itu. Dan oh! kunci van sekali.

Sekali rentap, aku kembali ke permukaan air. Dan segera diangkat oleh ibuku yang kerisauan.

To cut it short, on the way balik haritu, aku seolah-olah dimarahi oleh adik-beradik yang lain kerana cuai dan 'menggatal-gatal' nak mandi kat tempat dalam. semuanya seolah-olah memberikan ejekan 'padan muka' pada aku... strett tepat kat muka!

Ayah yang selalunya akan naik hantu bila insiden2 macamni terjadi, sebaliknya hanya diam membisu. Sehinggalah semuanya selamat tiba di rumah di KL.

Sekitar 2008 (rasanya).
Aku menceritakan situasi sebenar ini kepada adik beradik ku yang lain. Dan respon mereka...

"Patutlah ayah tak marah kau....! Dia yang suruh pergi situ rupanya!"



Ayah. I still love you.


pic credit: Cameron Highlands Info

NUke

3 Comments:

  1. Sky0ne said...
    Seram jugak baca kisah ni malam2. Haha
    Ren said...
    Syukur masih bernyawa.
    NUke_Rude said...
    skyone:
    haa.. seram x? seram x? hahaha

    Janggel:
    alhamdulillah, syukur...

    Hidney:
    kan? kasih ayah tu yg mahal tu.. tsk tsk

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.