Asing.

Bertubuh sederhana.
Tidak terlalu gempal.
Tidak juga terlalu kurus.
Tidak terlalu berotot.
Tidak juga terlalu ber-boyot.

Rambutnya pula halus.
Rambutnya halus.
Sungguhpun dinipiskan di kedua-dua bahagian tepi
Yang di hadapan pula dibiarkan sedikit panjang,
ditarik ke tepi.
Sisi kanan atau kiri;
Yang itu tidak pasti.

Bermata kuyu.
Redup.
Semua itu sangat jelas.
Sementelah tiada penghalang kaca mata yang menghalang.
Warna apa matanya itu;
Yang itu juga tidak pasti.

Persis wajah seorang personaliti terkenal di negara ini.
Mungkin aku saja yang beranggapan begitu.
Mungkin juga kenalannya yang lain bersetuju.

Mimpi apakah itu?
Berjumpa siapa dan di mana?
Yang itu juga tidak pasti.

Berbual Asing dengan petah.
Kadang kala letih, ter-kuap menekup mulut.
Kadang tertutup rapat baris gigi ketinga menyengih.
Gembira suka, tawa humor.

Namun, semua dalam tanggapan yang diciptakan diri sendiri itu,
Indah sekali.

Dan aku tidak akan meminta lebih daripada apa yang lain,
Melainkan kehadiran Asing di dalam mimpi;
Sekali lagi.


Asing.
Barangkali aku perlukan teman berbual bicara.
Barangkali ini petanda aku mengalami tekanan, mungkin?



NUke

5 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    jangan jadi makhluk asing

    *berbicaralah pada siapa yg sudi*
    bukankosong said...
    hati2 dengan tekanan

    jgn smpai usia dimamahnya
    Ri said...
    nuke, u okay?
    pls be okay..
    Joey said...
    i have a problem juga to talk to someone, especially certain type of people.
    NUke_Rude said...
    all:
    kadang2 kita rasa sangat best, sehinggakan bila berada dalam mimpi, kita tak mahu terjaga.

    am i sane? or insane?

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.