Expression aku: Heh!
Kalau bercakap pasal kereta, rata-rata bersetuju dengan menyatakan 'Lelaki' lebih berminat dengan topik ini. Ya. Lelaki mampu berbicara tentang kereta ni berjam-jam lamanya berbanding wanita. Pun begitu, ada juga di kalangan wanita yang obsesi nya terhadap kereta ni melampaui golongan lelaki.
Aku? Moderate. Tidak terlalu obses. Tidak terlalu teruja.
Sebab once aku dah decide on my own favourite car, aku dah susah nak meng-consider pilihan2 lain.
Back to the main topic; pengetahuan lelaki terhadap kereta ni kadang kala menyebabkan kaum wanita cenderung untuk 'mempergunakan' lelaki bila saja ada masalah melibatkan kereta berlaku. Kalau enjin tak leh start; mula lah gelabah.. mencari si boyfriend / suami / anak-anak lelaki untuk mintak tolong. Padahal masalah itu mungkin simple saja. Sama juga dengan insiden tayar pancit. Yada yada yada.
Expectation terhadap lelaki (berkenaan isu kereta ni) sangat tinggi. Menggunung tingginya.
So, lelaki. On the other side; have to know lots of thing about kereta. Enjin. Wayar itu, wayar ini. Minyak hitam. Tayar spare. Even pam angin dalam tayar. Tak leh main tibai je brape pressure angin yang nak dipam tu. Kalau tanya (kebanyakan) wanita tentang hal-hal kereta ni... selalunya jawapan yang diberi:-
Alah! Saya perempuan.. takpe. Awak tu lelaki. Awak kena tau...
Haha!
Dan expectation menggunung oleh wanita ini kadang kala menyebabkan seseorang lelaki itu kelihatan 'cool' dan bergaya.
Heh.
NUke
dalam topik : lelaki
No. Bukan kisah sedih sebab kawan aku mati.
Just an ordinary entry; to say and express my thank you to a colleague of mine; which his last day bersama-sama kami pada hari ini. Tiba-tiba, aku rasa sangat jahat dan kejam kepada dia! Hahaha.
Mula-mula dia masuk; dia memang macam seorang yang naif. Tak tahu apape. Blur. Ye lah. He was in the property line; tiba-tiba kena handle and buat event. 180 degree lari bidang tu. Sama macam aku dulu. But yet, aku kagum dengan semangat enthuathism (ah sudah, tak reti nak eja) yang ditunjukkan itu.
Macam-macam dia kena tegur. Macam-macam dia kena marah. Daripada bos. Dan juga aku. Sebab aku marah kepada dia ialah:-
"Bos akan marah aku dulu bila things go wrong."
Keji bukan? But. I know I can handle that. Eventually, banyak dah kerja-kerja 'damage control' yang aku pernah buat selama ni.
Back to this colleague of mine. He was so hardworking and hard for us to hear a 'NO' when we requested or instructed him to do any single task. Dia sangat penyabar.
Dan pernah sekali kakinya sakit akibat cedera main futsal; menyebabkan dia jalan terhenjut-henjut selama hampir 2 minggu. Lalu aku memberikannya nickname 'OKU'.
Ku Faiz nama pendeknya. Kini menjadi OKU.
Jahat bukan?
Faiz! All the best to you! Thank you for the time, laugh, lawak-lawak bodoh dan sengal; dan juga kerja-kerja yang telah kau siapkan. Yang mana banyak daripadanya memudahkan kerja-kerja kami. We do hope that you will have a better future in the new-working place. Looking forward to work together with you again; somewhere, someday in the future.
Last but not least; you will always be remembered by us..... as our very own OKU.
Haha! Farewell buddy!
NUke
dalam topik : kerjaya
Aku selalu online. Most of my time in that 24-hours; kebanyakkannya diluangkan denagn aktiviti on-line. Termasuk kerja, riadah, dan berblogging. But yet, I still have time to ask my other siblings on what they're up to. That includes my younger sis yang sekarang ni tengah cuti semester.
She once asked me to create a FB account for her; in which I turned her request down.
Aku bukan lah kejam dan naif sangat. Tak tahu perihal social networking ni semua. Cuma, pada pandangan aku; she's not ready for that. Dan dia pun masih belajar. Ijazah pun takde dalam tangan lagi. Jadi, biarlah dia berkomunikasi dengan kawan2 dia tu melalui medium yang terkawal je. Macam SMS, or call. Or just meet them ramai-ramai. She's in the phase of mengenal erti kebebasan dalam dunia realiti.
Bukan macam FB. Maya.
Dan aku masih tak faham kenapa segelintir family / parents yang amik acuh tak acuh dengan social networking ni towards anak-anak mereka. Umur 10 tahun, dah ada FB; with 1000+ of friends. Aku yang 23 tahun hidup ni pun, yet jumpa macam2 orang / clients pun takdelah sampai nak ber-kawan sampai beribu-ribu. Bila difikirkan semula, logik kah bagi budak umur 10 - 12 tahun ada kawan2 sampai beribu-ribu?
Persoalan di situ.
Kawan online. Itu kata mereka.
Apa benda yang dikongsikan bersama-sama kawan online itu? Budak. Masih mentah. Belajar mengenali dunia. Masih muda. Susah. Tersilap bagi info. Mungkin menjadi mangsa bunuh. Tersilap langkah; barangkali menjadi umpan orang Afrika untuk seludup dadah.
Lagilah kalau perempuan. Kau sanggup memperjudikan orang yang kau sayang; dengan sesuatu yang tidak pasti di luar sana?
Tidak. Bukan aku bertindak kejam. Jauh sekali untuk meragui dan tidak mempercayai. Aku cuma risau. Aku cuma dan cuba menjadi seorang yang 'melindungi'. Aku sendiri pun me-limit-kan masa untuk ber-social networking.
p/s: I don't have facebook.
NUke
It was a peaceful night after the last day of our event in Brunei. Masing-masing bersyukur dan bergembira setelah berjaya menyelesaikan event yang penuh dengan pancaroba itu. Haha. Lepas bergembira dan makan malam; kami pun dengan rasa gembira pun mahu chow ke hotel smula.
And it was then; at the Ground Floor of the shopping mall, aku terserempak dengan Lisa Surihani.
Dia sangat cantik dan berseri. Manis, berselendang putih.
Mungkin dengan keajaiban Garnier.
Heh.
NUke
Anugerah Lagu Terbaik AIM18 ditarik balik!
Dan aku memang penakut...
Itu lah berita yang paling kecoh dan hangat diperkatakan oleh penggemar dan penggiat muzik tanah air buat masa sekarang ni. Sebagai pemerhati dan peminat, aku rasa sangat sedih juga bagi pihak Yuna dan Anuar Zain memandangkan mereka ni ibarat 'tersepit' di tengah-tengah kekecohan ini.
Semuanya gara-gara penganjur AIM18 yang memberikan kemenangan kepada lagu Penakut nyanyian dan gubahan Yuna pada malam penganugerahan 12 November lepas. Difahamkan, pemenang Lagu Terbaik ini sepatutnya dipilih di kalangan pemenang kategori lagu terbaik mengikut genre; tetapi kriteria ini terlepas pandang daripada juruaudit dan set penjurian yang ditugaskan untuk menilai dan memilih lagu terbaik. Menurut artikel yang dibaca dalam Murai; Anuar Zain sendiri berasakan malu untuk berhadapan dengan Yuna, dan pemuzik-pemuzik yang lain akibat insiden ini. Yuna, bagaimanapun redha dan pasrah dengan perkara ini namun meminta penjelasan terperinci daripada pihak penganjur. Lagu Terbaik diberikan kepada Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim, nyanyian Anuar Zain.
Komen aku:
Dalam pada AIM cuba untuk membuktikan 'kematangan' anugerah berprestij ini; mereka barangkali terlepas pandang dan tidak menjangkakan perkara sebegini berlaku. Lebih buruk; persoalan kemenangan Penakut sebelum ini sudahpun diperjelaskan dalam sidang media selepas anugerah berlangsung. Tapi, sekarang, lain pula ceritanya.
Ini tidak adil
Tidak adil baginya
Ini tidak adil
Tidak adil bagiku
-- Penakut; Yuna
NUke
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.



