Sebelum Peti Masuk Mesej menjadi penuh;

Sebelum mention di Twitter pun semakin banyak;

Sebelum gambar-gambar di-tagged di Facebook dengan banyaknya;

Izinkan saya mengucapkan "Salam Ramadhan al-Mubarak" kepada sahabat dan saudara se-Islam.

Moga Ramadhan kali ini memberikan jutaan makna, penghayatan, dan kebaikan kepada kita semua.





NUke

Jangan lupa, ingatkan aku untuk:-

  1. Deactivate BIS
  2. Off Data Transfer
  3. Say Goodbye.

Off. To. Somewhere.

NUke

Hang Tuah.

Hang Tuah.

Hang Tuah...

Hang Tuah......

Hang Tuah.

(Katanya sambil menjulurkan tangan setiap kali menyebut nama pendekar Melayu zaman silam itu).




Terpengaruh dengan iklan Kit Kat yang menampilkan M. Nasir sebagai Hang Tuah.


Perkara ini berlaku sebentar tadi. Perilaku si Faris, anak buah yang semakin jelas kenakalannya.

Gambar ihsan Google.



NUke

Ye lah, kata liberal? Kita kan kena membangun, serasi dengan peredaran masa. Zaman sekarang nak kaya pun senang. Kalau tak jual tanah pusaka, atau masuk MLM dan Skim Cepat Kaya, maka cara lain adalah dengan pergi berjudi.

(I did not say Da Ma Cai, Toto atau kedai nombor ramalan 4D).

Anyway, petang tadi aku berkesempatan untuk menumpangkan seorang kenalan ke Petaling Jaya. Dia ada kerja di sana. Lepas tu, aku dan seorang lagi sahabat, sempat juga duduk-duduk di taman kecil sambil membaca kisah 'Baby' di Harian Metro Ahad. Kebetulan kami duduk menghadap kedai-kedai nombor ramalan di seberang jalan, maka sempat juga lah meninjau keadaan sekeliling.

Unofficial survey bak kata orang puteh.

Rata-rata yang masuk ke kedai nombor ramalan adalah orang bukan Islam. Itu normal. Dan kebanyakkan mereka adalah dari golongan mid-class, dan ada segelintir yang memandu kereta Mercedes dan BMW. Selebihnya, adalah yang naik Proton Saga lama, ataupun bermotorsikal cuma.

Tapi, tak lama lepas tu, kami dikejutkan dengan kelibat seorang Melayu (dalam hal ini, Melayu itu adalah Muslim, seperti yang termaktub dalam perlembagaan) yang masuk ke dalam premis itu. Dia bekerja sebagai tukang hantar makanan. (I did not say McDelivery). Meletakkan motornya di luar, dan mula membeli nombor.

Tak lama lepas itu, kelihatan seorang lelaki India melintas jalan, menuju ke arah taman yang kami singgahi, dia menuju ke arah seorang makcik bertudung yang duduk di bangku batu di belakang kami. Terlihat akan lelaki India itu menyerahkan kertas-kertas nombor ramalan yang dibeli itu kepada makcik itu tadi. Dan lelaki itu berlalu pergi, menyambung tugasnya di stesen minyak, barangkali.

Datang sebuah kereta Mercedes dipandu seorang lelaki (Melayu) lagi. Sahabatnya di sebelah cuma menunggu. Dia menuju ke kedai nombor ramalan 'kuda', sebelum ke kedai nombor '4', dan kemudiannya kembali ke kereta dan berlalu pergi. Menariknya, dia tidak memarkir kereta berhampiran dengan kedai-kedai itu, akan tetapi meletakkan keretanya di kawasan perumahan di seberang jalan.

Hebat kan?

Itu belum lagi kisah pemandu teksi Melayu yang singgah membeli nombor; dan juga si lelaki Melayu yang ber-jersey Arsenal yang turut membeli nombor di 2 kedai itu.

Kalau menang, bagi anak bini makan. Kirim sikit duit kat mak abah di kampung. Lepas tu, simpan dalam Tabung Haji.


NUke



Vlog kali ni, berjudul 'Record'.


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.