Alhamdulillah, satu lagi event dah selesai. Kali ni agak mencabar sebab event tu 4 hari, and start hari Isnin lak. Kalo event tu start hari Isnin, maknanya itu memerlukan satu pengorbanan. Knapa? Sebab hari Ahad sebelum tu pun terpaksa lah juga bekerja. Haih! Hari ni menandakan diriku sudah bekerja selama 12 hari berturut-turut!!

Hm, usually lepas habis event, aku suka lepak kejap dkat shopping centre berdekatan. Takdelah lepak lama2, cuma skadar satu round saja. Ended up, terbeli lah satu benda untuk diri sendri. Tak kisah lah apape. Baju, CD or just a dozen of doughnut. Maybe nak treat diri sendri kot. Ye ah, since few months back struggling dgn preparation and paper works. Tu belum cita pasal kerenah delegates during on-site. Macam2 hal la. Tak jumpa hall A, lepas tu comment pasal food yang tak mnepati citarasa la. Macam2 ar.

Trained by experiences, aku pun terpaksalah mendengar je apape yg diorg menceceh. Sambil2, kna cepat berfikir utk carik solution yang tepat. Sebab bila customer bertanya, diorang takkan mahu dengar jawapan "Err... I Don't Know lah... Sorry!".

Pikir. Digest segala macam pro and cons. Explain dan cari penyelesaian utk sgala pmasalahan tu.

Dan oh!! Kena senyum!

Ada sorang customer sembang2 ngan aku haritu. "Nak involve and kerja dalam service line ni nak kena pikir habis2an. Bukannye mcam dalam drama kat TV, nampak glamour saja...". Betul!

Anyway, surprisingly lepas habis event semalam, aku lepak mkn mlm ngan bos dan sorg lagi colleague, before we all finally went home. Takde pulak aku nak beli apape. Mungkin tak sabar tunggu 31 Julai kot. Sebab apa??







NUke

Satu, EED stands is a short form for 'An Event Executive's Diary'.

Insyallah, awal bulan Ogos nanti, genaplah setahun aku berada dalam industri Event ni. Sedar tak sedar, and dalam diam-diam, hampir setahun berlalu. Banyak jugak perkara baru yang aku belajar; mostly customer-related  processes la. Sebab dalam bidang service ni, kita punya PR skills kena la mantap, and also, kena la updated dgn current issues, so bila customer sembang2 time event, takde lah macam org bodo je tak tau apape.

--



"KLCC satu. One-way ya..."
"2 Ringgit, patploh sen."

Naik ke platform Terminal PUTRA, after aku pergi adjust rambut kat toilet. Tengok jam kat handphone. 6.15am.

Menguap. Sumbat telinga dengan earphone, pasang lagu. Tunggu tren. Sambil2 tu, tag 'Organizer' aku selitkan kat dalam poket kemeja G2000 warna perang. Satu tag yang mana sangat penting ketika menguruskan event. Bila kau ada tag 'Organizer' atau 'Secretariat', itu bermakna kau memiliki 'full-access' pada sesuatu event. So, losing your 'organizer' tag in the middle of the journey and crowd, memang sesuatu yang sangat bahaya dan menakutkan.

6.55am. KLCC.
Plan nak singgah Rotiboy, tapi roti macam tak masak lagi. Jalan kaki ke KLConvex. Sangkut tag pada leher. Berjalan laju melepasi orang ramai dan security guard. Masuk dalam bilik sekretariat, breakfast dan dengar briefing daripada Manager. Lepas tu, semua ke workstation macam yang dah ditetapkan.

10.00 malam.
Satu butang kemeja dibuka. Membenarkan udara malam di Taman KLCC untuk menyejukkan dan mengeringkan peluh. Selesai satu hari. Ada 2 hari lagi menanti, dengan rutin yang sama. Apa yang ada di fikiran cumalah mandi dan tidur. Sebelum menanti hari esok.

--
Menguruskan event di Kuala Lumpur memang mencabar.
Seriously.


NUke

Beberapa hari lepas, aku ada satu argument yang cambest gak la dengan akak aku. Semuanya pasal sikap ingin tahu dan willingness to learn new thing berkenaan engine, minyak hitam, et cetera yang related to kereta. Bukan ape, sebab haritu akak aku suruh lah aku temankan dia pergi satu bengkel kereta ni. Sebab bateri kereta dia sudah out. I mean, adh tak bole pakai la. Memang dah tahap kena tukar baru.

So, lepas saja brader kedai tu tuka semuanya, kitorang pun bincang la pasal hal2 kereta ni. And aku mcm tak berapa setuju dgn statement akak aku ni yang kata somethg like this la, "Lelaki ni memang kena amik tahu pasal bab-bab kreta ni."

Oh. Husband dia time tu, kena keja luar bandar. Outstation.

Aku pun bidas la balik. Saying that things that related to car maintenance ni semua bukan letak pada bahu laki saja. In this case, both laki and perempuan kena tahu tak banyak sikit, pasal maintenance kereta. Mungkin, kalau dah tahu setakat benda basic tu pun, dah kira okay lah. To be honest, aku ni takdelah expert bebenor pasal bab2 keta ni. Tapi, still tau la kalo tetiba nk kena tuka tayar ke, pressure angin dalam tayar, check air, dan beberapa hal2 minor la.

Sebab, pada aku la, selain daripada ilmu yg berguna, knowledge pasal hal2 camni jugak barangkali leh mnyelamatkan diri. Or, maybe boleh menyelamatkan wang ringgit drpd melabur and ter-spent pada bnda yg tak sepatutnya.

Biasalah, kalo keta da masuk bengkel, tokey kedai sure akan 'advise' utk tukar banyak benda. kekadang tu benda yg tak sepatutnya tuka or belum masa utk tuka lagi pun, diorang suruh tukar. Bisnes is bisnes.

Back to the argument. Yang membuatkan aku membidas tu bukan ape, sebab beliau terus mention pasal tanggungjawab utk tahu pasal hal2 ini diletakkan pada sebelah pihak saja.

Aku takdelah terlalu 'sexist' Hahah. Cuma mahu memberi pendapat saja.

Right now, in this current living world, bab2 pngetahuan kereta ni, memang semua orang patut amik tahu. Tak kira la laki ke perempuan. For guys, maybe it will menambahkan point masculinity. hahaha.

Just some quick points:-
  • Kalau x pasti berapa pressure angin yg patut dipam dalam tayar, sila refer pada bhgn dalam tepi pintu driver. usually, information pressure angin dlm tayar, diletakkan di situ.
  • Kebanyakan stereng juga boleh di-lock dgn memusing ke kanan sehingga terdengar bunyik 'click'.
  • Pastikan radio / CD Player, air-cond, dan lampu dimatikan sebelum enjin dihidupkan. Pakcik bengkel tu cakap, "supaya bateri tahan lama".
  • Guna fungsi nyahkabus utk menghilangkan kekaburan dan kabus kat cermin belakang ketika hujan.

NUke


Aku tak puas hati...









Korang rasa la kan, ade ke watak Pokemon yang ada Kuasa Kentut?


p/s: Image courtesy of Google.

NUke

Well, selain bergelar blogger, aku sering mencabar diri dgn mlakukan penulisan ringkas dan beberapa perkara yg memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang lain. Maka, dengan itu, terhasillah 2 buah siri (setakat inilah), yakni 'Ku Ampunkan Cintamu', dan 'Pe'us', yang mana merupakan kesinambungan daripada siri yang pertama. Kalau korang nk tau sama ada akan ade lagi penulisan yang seterusnya, aku tak berani nak cakap. Sebab aku masih dalam usaha untuk mengalihkan fokus penceritaan aku daripada tema cinta kepada sesuatu yang lain.

Yes. Kau orang boleh kata aku ni 'jiwang'. harap je muka ganas, tapi tup tup, last year dapat tau yang lagu 'Selamat Ulang Tahun Sayang' berada pada kedudukan #6 senarai 100 lagu yang paling banyak aku dgr pada tahun 2009. Sekali sekala jiwang... tak salah rasanya. (Back-up diri sendiri).

But yet, sometimes aku suka bermain dengan photoshop and photoscape. Most of the time, aku suka main dengan alphabet. Bukannya aku tak suka main dengan color or graphic, but aku lebih cenderung utk bermain dengan huruf. Kombinasi huruf2 yang kemudiannya menjadik logo.

Normallah. Kadang2 tu, yang buat aku bersemanta tu sebab ada permintaan dan galakan daripada kawan2. Thanks to all of you. For this case, and tonight, aku menggunakan sampel MOFA.

Volunteer nya aku utk saja create a trademark for my friend. I think he deserved it. Now, let's see how does it develop.

1st draft selalunya dan jarang2 akan menjadi perfect. But dari situ la aku dapat inspirasi. A logo should be a simple and meaningful. And not so messy.

When it comes to 2nd draft, aku cuba bermain dengan kombinasi warna. dan pemilihan huruf yang betul. But then, aku kna dapatkan jugak feedback si bakal pemilik trademark / logo itu. Jika dapat 'green light', maka proses men-develop dan kreativiti akn diteruskan.



Semuanya utk mencari kesesuaian karakter si pemilik dan kesesuaian logo yang bakal digunakan pada mana2 background.

Developing the logo.



Ended up, satu persepakatan dicapai. Warna2 yang digunakan melambangkan keperibadian si pemilik. Dalam masa yang sama, tagline itu perlu tepat. Dan hasilnya ialah ini...




Aku takdelah pakar dalam designing ni. Tapi, so far, ini antara logo or individual trademark yang terbaik pernah aku create. Simple je. Barangkali ada yang boleh buat jauh lebih baik daripada aku ni. And kalau ada sapa2 yang mahu berkongsi ilmu pasal penciptaan logo, aku alu2kan. sebab aku pun nak tahu in deep dalam designing ni.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.