>:(
Entry emo tak perlu ada gambar. Nanti jadi lawak.
Dah 30 Jun.
Bermakna dah separuh 2010 meninggalkan kita. Setakat hari ini, aku bersyukur pada Tuhan sebab masih ada yang sudi menggaji aku sebagai kuli pekerja. Walaupun gaji tidak sebanyak mana. Alhamdulillah, syukur. Dan oh, hari ini, aku menolong sang Ibu mempromote kuih lapis Sarawak yang dijualnya. Alhamdulillah, walaupun x semuanya terjual, tapi dapat la meringankan juga beg kertas yang aku angkut sedari pagi tu. Terima kasih kawan2 sebab membeli. Terutamanya my colleague, Ms. L yang duduk dihadapan aku. Lain kali beli lagi ok? Besaaaar punya!
Anyway, senja tadi aku rasa cam dah terderhaka skit kat ibu. Bukan apa, maklumlah orang yang dah semakin berusia, kadang2 tu kunci rumah pun dia lupa mana dia letak. Tambah2lak time tu mmg dia nak cepat, sebab nk g rumah makcik aku, so kelam kabut lah dibuatnya. Guna kunci spare aku dlu nak bukak gate, dan ibu pun chaloo pergi ke rumah ibu teh. Then aku lah sorang2 kat dalam rumah tu terkinja2 macam beruk mencari kunci rumah.
Bukan takat dalam kocek suar yang dah direndam dlm mesin tu aku check, sampai bawah tudung saji pun aku tak jumpa. Ceh! Mula lah nak mengamuk2. Sib baik citer korea tak start lagi.
Dalam pada aku hampir meletop dan berputus asa, tak pasal2 aku accidentally hentak meja makan kat ruang tamu. Kan dah jumpa! Kat bawah alas meja rupanya! Kunci jumpa, tangan juga merana sebab tertepuk kunci.
Kesimpulan drpd kisah separuh tahun:-
1. Ibu kini menjual kuih lapis Sarawak. Nak tempah or beli, sila bgtahu aku. Ada yg peket kecil dan besar.
2. Kunci rumah juga boleh terselit di bawah alas meja.
3. Sungguhpun ibu semakin tua, aku sepatutnya lebih menyayangi dia.
4. Aku ni pemarah orangnya.
5. Waalaikumusalam (menjawab kiriman salam daripada sesorang..)
NUke
dalam topik : ibu
"Cantek ah!"
"Pesal?"
"Gaji dah masuk..! hahaha"
"Oh yeah? Cantek ah!!"
"Pesal lak?"
"Bole la ko belanja aku?
"Yeah.. Dream on.."
"Pesal?"
"Nak bayar broadband..."
"Ala. Takkan sampai habis semua gaji kot..?"
"Nak bayar duit repair pc lagi!"
"Aha.. sure ada balance lagi..."
"Nak bayar PTPTN."
"Ala, gaji ko kan besar. Blanje jugak! tak kira..."
"Nak menyara keluarga lagi."
"Fine!"
"Cantek!"
"Pesal?"
"Ko pulak la belanja aku eh?"
"Arrgh..!"
NUke
dalam topik : kerjaya
Teruk dowh. Aku rasa aku dah addict dgn game kat facebook. Hadeii. Camne ni? Camne ni?? Btul kata member aku, kalau dah start main, mesti nak main lagi and lagi... Hm, camne ni? Aku rasa mcm nk isytihar perang je ngan facebook. Okay lah, bukan dengan facebook la, cuma dgn segala macam game yang ada dlm facebook tu.
Woohoo! Disebabkan itulah, aku rasa usage internet aku smakin hari smakin tinggi. Dan sampai je minggu last stiap bulan, data limit pun dah cecah. Ni dah boleh dianggap satu pembaziran. Hanya kerna game, aku hilang penggunaan internet untuk download lagu dan video blue. Ceh!
Download lagu tu ya! Download blue tu, tidak (kot).
Korang rasa kan, apa cara bagi aku untuk memulakan perang dengan game2 dalam facebook tu? Adakah aku patut mengikat tangan di kerusi, bagi mengelakkan untuk terjebak dan menekan butang game itu?
Atau barangkali aku patut mendeletekan account facebook aku, lantas tiada ruang utk aku bermain game?
Atau juga aku tidak harus mencucukkan broadband aku pada pc, so aku tak dapat online, lalu tidak me-login facebook dan bermain game?
Atau tidak perlu bagi aku untuk membuka pc sama sekali, lalu aku akan mati kebosanan di dalam bilik?
Damn! Aku lupa lak yang "Aku takde facebook!".
NUke
dalam topik : life
"Amey! Bangun weh! Bangun!"
Arahan tu membuatkan aku terus terjaga dan mula memerhatikan sekeliling. Aku tak perasan pulak, bila masanya aku tido atas lantai kat ofis lama ibu. Tapi yang pasti, orang yang mengejutkan aku dr tidur tu bukanlah ibu. Tapi A. Kalau tak silap aku la. Ex-classmate aku dulu.
Aku tak tahu knapa, dgn keadaan berdebu tu. Aku tengok, bukan aku berdua saja dengan dia. Tapi ada ramai lagi orang2 lain yang semuanya terpinga-pinga, berlari sana sini. But then, A bgtau aku yang skarang ni giliran aku pulak berjaga. Dan dia jugak cakap yang aku kena blah dr tempat tu cepat. tak tau lak kenapa.
Aku cam confuse gak pasal hal ni. Sebab tak lama lepas tu, aku tengok ade penjaga tempat tu pakai baju biru gelap, mula menarik2 selected people dan mengheret dorang ke tingkat bawah. A pun kena heret. Dalam pada A bergelut dengan orang baju biru tu, aku sempat la jugak hulurkan handphone aku pada dia. Suruh dia simpan, sebab apapehal nanti aku leh call.
Orang2 lain yang tinggal kat stu, semua mcm terkejut. Tak tunggu lama, aku terus carik jln kuar dr tempat tu dan balik rumah. aku sambar telefon ibu dan call hp aku yg skang ni berada dlm tgn A.
"Kau okay ke?"
"Ok je. Tapi kna kurung dalam keranda. Yang lain2 pun sama. Aku rasa, skang ni dorang dah start timbus tanah la.."
Cuak. A kena kurung dlm keranda? Kenapa eh?
--
Dan walaupun ianya cuma mimpi yang aku hadapi pagi tadi, aku tetap tak boleh lupa untuk mengenangkan akan hal itu. Kadang2 aku takut. Kenapa aku takut? Ada 2 sebab.
1. A tu merupakan ex-classmate aku (perempuan), dan dia sudah meninggal dunia.
2. Aku takut sebab aku keliru.
NUke
dalam topik : personal
Sapa kata produk Asia tak bagus? Well, it depends actually. Of kos la kalau ada barang "Made In Chine", aku pun 2 3 kali pikir nak beli. Apatah lagi kalau brgn elektronik. But that's not the issue. Aku nak cakap pasal KOREA. South Korea, of course.
Entah camne la aku leh terpengaruh nak tengok citer drama korea kat 8tv tu. Cis!!

Dan aku tahu siapa punca dan pengaruh yang menjadikan aku sebegini rupa.
Ya. Adik ku.
p/s: walaupun France dah tak proceed top 16, aku ttp bersama dgn France, yang pulang dgn mnaiki kelas ekonomi...
NUke
dalam topik : life
Subscribe to:
Posts (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

