Salam.

Asalnya tajuk blog ni lain. Tiba2 datang pulak roomate aku kat belakang ni. Terus aku lost beberapa idea spontan. Oh ya, hikmah daripada tindakannya itu, tiba2 aku dapat idea baru tentang perkara yang ingin dikongsi.

Korang pernah tak rasa rindu kat ibu bapa? Or, at least rasa macam nak dakap je parents korang, especially time korang rasa down gila2?

Bagi aku yang not a family type ni, perkara sebegini agak jarang datang bermain dalam fikiran ni. Tapi, pagi tadi menyaksikan yang aku hampir nak menjerit dalam lab sorang2 and memaculkan ayat ini:

"Ibu... mana ibu ni? Orang nak sangat peluk ibu!"

Bukan lah nak membangga diri. Tapi sebenarnya aku baru sedar yang Parents tu orang yang sangat penting kan? Ya Nuke, penting! Kenapalah kau berat sangat nak mengakui yang kau merindui ibu bapa mu? Kenapa lah sukar untuk kau peluk ibu bapa mu yang semakin tua tu? Kenapalah kau tak mahu ambil kesempatan sementara mereka masih ada ni untuk kau ucapkan rasa sayang mu kepada ibu bapa mu?


Mungkin aku mementingkan kerjaya barangkali? Oh tidak! Aku cukup takut jika apa apa berlaku kepada keluargaku. Takutkah kamu seperti aku? Aku anak lelaki. Besar tanggungjawab yang menantiku. Ya, memang besar.

Aku rindu ibu bapa aku.









Tadi aku lepak-lepak. Merenung masa depan barangkali, ataupun membuang masa yang dikatakan emas oleh orang kebanyakan itu. Apa sajalah. Maaf sahabat. Maaf kan aku kalian. Entry ini lebih kepada mood expression. Barangkali kamu jelik kerana membaca luahan hati yang hina ini? Ya, mungkin ya. Sebab aku lelaki kah?

Apa? Lelaki tidak boleh merindui ibu bapanya kah?

Kejam nya pemikiran mu itu!







NUke

Salam. ini merupakan entry yang ke 100 semenjak aku start blogging menerusi blogger.

Kenapa aku letak silver? kenapa tak gold? Haha, sebabnya aku pun tak pasti sama ada entry yang ke 100 ni mmg membawa gemilau emas ke tak. Pada aku, dengan usia blog yang tak sampai 1 tahun lagi ni, memang terlalu muda bagi aku untuk menyatakan yang blog aku ni dah 'gold' edition. Kalau korang tengok pun, layout blog aku ni pun malap2 silver je kan? Haha.

Edisi ni mungkin panjang. Kalau nak baca, sila. Kalau taknak, xpe. Aku tak paksa.

Bukan senang nak blogging ni. Tak semua orang boleh terus curahkan idea on the spot and on the dot. Sometimes we need to read other peoples' blog to get ideas, and to get to know about what had happened around us.

According to my previous entry, yes i did mad at people yang suka guna phrases yang originally dtg drpada kita sendiri. So, jangan lah berterusan begitu. Kan lebih bermakna kalau kita buat identiti sendiri kan?

Dah 100 perkara dibincangkan (termasuk entry ni) oleh aku. Dan jujur aku katakan yang usaha memeras idea untuk menjadi bacaan umum adalah SUKAR. Aku tak pernah menafikan kepayahan dan kesusahan mana-mana pelajaran kejuruteraan, Islamiah, teknologi komputer, dan juga bahasa. Namun aku tak juga mengatakan bahawa bidang pelajaranku adalah 'Senang'. Masing2 equal. Dan sebagai student yang membesar dan belajar sains semenjak Darjah 5 lagi, aku lali dengan segala istilah saintifik dalam setiap penulisan yang aku utarakan.

Ya, pendapat tidak sama. Perlu dibincangkan. Tapi tidak perlu berlarutan. Cukup setakat kita mencapai kata sepakat. Entry ini tak menafikan mana2 individu, cuma pendapat yang ingin dikongsi bersama.

Benar aku kadang kala agak emosi. Namun, diri kamu itu lebih emosi. Sedarkah kamu bahawa rakan-rakanmu mula menjauhi mu. Tidak lagi ingin bersamamu. Bergelak ketawa dengan jenaka yang hanya 'syok sendiri'.?

Benar perilaku aku itu kadangkala lebih bersifat bongkak dan meninggi diri. Aku hanyalah manusia keji, yang berterusan melakukan dosa. Aku akui salahku itu. Tapi tidak bagimu, kamu elihat langkah dan tindakan mu adalah yang benar dan terbaik, tanpa mempedulikan pendapat sahabatmu yang kadangkala jauh lebih baik daripada kamu. Mengalah lah. Apakah erti membangkitkan budi yang lama, tapi mencari ungkapan kasih atas kerja yang tidak ikhlas?

Ah. Aku mungkin bodoh dalam berbahasa indah. Jauh sekali untuk membidas. Tidak malukah kamu pabila sudu melebihi kuah? Apakah kuah tidak seberapa, besi pun disuap juga? Bukan bidas katamu itu, cuma pendapat saja. Betulkan frasa mu itu ya!

Oh ya, aku menulis hal ini krn mual barangkali...?

Semalam, mungkin hari malang buat sahabatku - Nora. Namun aku mengharapkan hari2nya semakin dilimpahi sinar lembayung-Nya. Aku akui persahabatan antara aku, Nora dan Ferdi semakin rapat dan menjanjikan hiburan tatkala kami menghampiri saat2 akhir bergelar mahasiswa prasiswazah di UKM. Alangkah indahnya jika semua sahabatku dapat lepak bersama2 lagi.

Aku tak bercadang pula nak berbahasa Inggeris secara penuh dalam entry ni.

Dengan jumlah lawatan sebanyak 6235 (stakat yang aku tgk ni), aku mahu sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang setia membaca dan merespon dalam setiap entry yang aku paparkan ini.

Kepada sahabat2 kolejku, terima kasih. Sangat terima kasih. Sebab menyokong aku dalam setiap edisi entry yang aku paparkan. Sememangnya hasil yang original akan lebih menarik kan? Haha.

Oh ya, hari ni, aku habiskan masa ku di Lab di Agensi Nuklear, dan juga kuliah. Atas saranan dan prmintaan kebanyakan rakan kuliahku, ku uploadkan juga contoh soalan mid-sem subjek Elektronik Nuklear.


klik untuk besarkan

Oh ya, aku ingin merakamkan penghargaanku buat insan2 ini, kerana idea, sumbangan, dan juga perbincangan kreatif dalam menjanjikan sebuah entry yang menarik; Silvery 100.
  1. J
  2. Kamu
  3. Kamu
  4. Kamu
  5. Kamu
  6. Kamu; dan juga
  7. KAMU!

Kamu tahu siapa kamu kan? Sesungguhnya pengaruh kamu sememangnya kuat pada blog yang tak seberapa ini.




Ikhlas daripada aku;

NUke
author of http://nukerude.blogspot.com/

Salam

Malam tadi aku kuar makan kat SOHO. Makan nasik putih + Telur bungkus. Minum air limau ais. Semuanya berharga RM 6. Ok la. Standard makan kat mapley gak la. NAsib baik sedap. Kalo tak, rasa rugi. Oh ye, Aku kuar makan dgn Nora dan Ferdi.

Then, igt nak isi minyak kat Shell sebelah tu, tapi alih2 minyak habis lak kat petrol station tu. Then, langsung saja aku mengajar Nora camne nak isi angin dalam tayar kete kancil dia tu. Hasil daripada pengisian itu, perjalanan menjadi semakin lancar dan harmoni.

Then, kitorang ke Petronas berdekatan then isi minyak.

Balik UKM, kitorang kena tahan ngan pak guard bermisai yang poyo tu. Dia mintak kat matrix aku, then trus2 je suh aku park tepi. "Saman, xde pelekat kereta".. Vavi je rasanya. dah lah aku drive jer, kereta Nora. Tu aku x kisah sgt la.. tapi cara pak guard tu tahan aku.. cam siot jer.

Aku n Nora trun n ke pondok pengawal. Kena saman gak. Tapi bukan aku la.. Nora yang kena. Aku kesian kt Nora...tambah2 lak dia mmg tgh tension spanjang hari...

Bagi melepaskan tekanan yang memuncak. Kitorang lepak Pusanika jap. Amik2 gambar and dalam kul 10 tu, blah. Trus aku siapkan assignment Electronic Nuclear yang nak kena submit esok tu, and email kepada Faeezah.

Itu Aku!

Baca blog kawan2. And aku realized that some of my phrases being used by him. And i guess it is not good la kan... Not only my phrases, but my other friends' phrases too. When you want to write blog or something, it is better you do it in your own ways... Just be yourself. create your own identity... Then, people will respect you and actually 'read' your entry. And 1 more thing, it is good to gv ur credits to the person if u used his/her phrase, like what Ijan did. (haha, ko jgn kecik ati lak ijan)

Today's mood(s) : Sangat penat dan keji.






NUke

salam.

Emosi semakin stabil hari ini.

Pagi. BAngun pagi. but tak pergi class High Energy Physics. Kawan2 kata ada assignment baru. Nanti lah aku buat.

12.05 pm. Mesej Nora, tanya dia kat mana. Dia kat kafe UO, sekali dgn Nahar & Faeezah. Makan tengahari. Join diorg jap, before pergi Petronas, nak isi minyak motor aku (mnggunakan botol ya)
dengan Nora. (naik keta nora la)

Then. isi minyak dalam moto. Cuba start enjin skali lagi. Tak dapat start juga. Bengang. Nora memerhatikan aku dengan suram2 cuak! Aku tau dia cuak kalau aku melenting tiba2. Dia ada kelas, aku lepak bilik jap. Borak2 ngan Along thru YM, and laugh-laugh for a while. Hampir terlupa akan perihal motorsikal itu.

Motor itu diberikan oleh Abg Iparku - Mr. Z, bagi memudahkan aku ulang-alik ke UKM time kolej aku renovate dulu. Before that, motor tu duk berhabuk je kat rumah.

Petang, YM Ijan, minta pendapat dia. Dia kata maybe spark plug yang rosak or covered by oil. Okay. aku mengaku yang aku ni buta skit hal2 moto. Yang aku arif ialah bila nak isi minyak, isi angin, timing utk tukar spoket n rantai, and bila masanya nak tukar minyak hitam. Huhu..

Then, Ijan ngan aku gi check spark plug kat motor tu. Memang sah. Spark plug problem. Kebetulan Saleh baru balik dari lab, dia jenguk2, and aku minta tlg dia bawa kan aku ke bengkel kat Seksyen 15, bli spark plug. Aku beli 2. Stand-by utk masa2 mendatang. tak mahal RM10 je untuk 2 spark plugs.

Balik semula ke kolej after kluarkan duit kat Pusanika. Then, Ijan tolong pasangkan smula spark plug and motor kembali bernyawa. Sayang moto!

Along ada bertanya: "Ko maki ke motor tu?"

Jujur aku katakan, mula2 aku dapat motor tu, macam2 hal jadi, and aku kerap maki. Tapi after dekat 3 tahun aku pakai motor tu, and pelaburan ratusan ringgit dilakukan ke atasnya... aku rasa tak sanggup nak maki motor tu. Kenapa?

Sebab motor tu la yang memberikan aku 'kaki' kat UKM ni. Thank you Mr. Z, for the bike.

Emosi makin stabil.

Meanwhile, Nora marah aku sebab tipu dia. Haha, tapi aku pelik, kenapa hari ni dia tak pukul aku ar?


Credits to :-
  • Epong
  • Saiful Izan
  • Saleh
  • Nora
  • Along
  • Suhaimi Jawa (for the tools)
And of course, my J; for making me feel better...



NUke

Salam.

Aku sangat emosi hari ini. Kenapa? Hahahahaharam! Please read below okay:-

This morning, I woke up at 7.45 am and lazy-lazy walk to bathroom to pee and bath. Then, 10 minutes later, i'd put on my black T-shirt and my blue jeans. Qada-ed the Subuh (as usual), and go to the class... eventhough my class start on 10am. Wondering why i woke up early? Because i have mid-semester exam.

Exam was great. Some of 'suspected' topics did came out and i was happy. But there is also un-answer-able questions that suddenly made my face looked like i-am-eating-shit.

Then, went to my Along's office in Sri Hartamas to take my motorbike's road tax. I hate government... why we need to pay a lot of taxes? Oh, got lots of goodies from my sis.

1.25 pm, we (Ferdi, Nora and I) were at Fakulti Pendidikan, waiting for our next lecture; Photography. It was great.

Later in the evening, I went online and read some new comments left by you. And still don't have any idea to update my blog. I feel very bad.

8.30pm, called Nora. Going to have my dinner in Zaba'. But suddenly i realized that my blue-dusty-bike could not start! it was like... SHIT! i'd already ordered nasi goreng ayam there, and i need to go there.

I asked Epong to drive me to Zaba. I felt sorry for him. I'd accidentally troubled him. But yet, he still drove me to Zaba eventhough he's having fever. Thank you Epong. I know i am such a burden. Huhuhu

the world was upside-downed


BKRS Meeting at 9.30pm. I took bus from Zaba (i'd lied to Nora - saying that my friend will fetch me up from zaba) and went to the meeting at 10.05pm.

I am really depressed as my bike still cannot start. I guess it must be something to do with fuel... (i guess)

Right now i still searching for some pic to be include in this entry but i fed up! I guess i want to put my naked pic here...but J surely will be MAD. And i know i dont want to do so. Haha.



sometimes.. the word SHIT is better than f*ck.



ntah ape aku mengarut ni. Emosi tak stabil.



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.