kata orang
perlukah diambil kisah
hanya jika khabaran yang benar
hanya jika khabaran memfitnah

kata orang
baikkah aku
buruknya aku
diriku siapa

kata orang
dari kanan ke kiri
ibarat angin menyapa
lalu dan hilang rupanya

dilayan tidak
kesahnya tidak
tak diendah muram
tak terkisah payah

bencinya diri
katanya suka
di depan mata
sopan lakunya

di balik polan
berkata buruknya
semua tak bisa
semua salahnya

bersemuka mereka
di laluan hidup
bertegur sapa
seindah biasa

hipokrit diriku
hipokrit dirimu
ku tikam dirimu
kau jua begitu

ayuh marilah kamu
aku sedia
menyingkap tubuhku
membenci lakumu



---

perlukah kita terlalu memikirkan kata orang? bagi aku, PERLU, sebab apa? Sebab kata orang adalah cermin diri yang tak terlihat oleh diri kita sendiri.



NUke

salam,

sedar tak sedar, hari ni dah 2 Safar 1430H da.. mungkin tarikh tu tak penting bagi org lain, tapi bagi aku, ia sangat penting...sebab 21 thn yang lalu, pada tarikh yang sama, aku dilahirkan (2 Safar 1409 H).

jadi, Selamat Ulang Tahun kepada diri sendiri.


(dah tua dah rupanya... 1 thn makin menghampiri kematian)



NUke

salam,

sedang aku mandi pagi tadi, tiba2 aku teringat akan lagu2 sekolah lama, and terus teringat pada zaman sekolah2 dulu. So, entry kali ni aku buat khas untuk cikgu-cikgu kelas aku dari aku Darjah 1 sampai la aku Form 5.




Sekolah Kebangsaan Sg. Tua Baharu, Batu Caves (1995 - 1999)

Darjah 1C : Pn Norlaily
Darjah 2A : Pn Saliza
Darjah 3A : Pn Saliza
Darjah 5B : Pn Salawati (then sambung study ke UPSI) & Pn Rahayu
Darjah 6R : Cik Norhizal (sekarang dah jadi Puan)

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur (2000 - 2002)

Tingkatan 1C : Pn Hashimah
Tingkatan 2B : Pn Salmah
Tingkatan 3B : Pn Rozana

Maktab Rendah Sains MARA Transkrian, Pulau Pinang (2003 - 2004)

Tingkatan 4B : En Abd Samad
Tingkatan 5B : En Abd Samad

Kelas Seni Visual : Cik Julianaasnizah Omar
Homeroom Teacher : En Shuhaimi



Terima Kasih Cikgu!

sebab apa? sebab diorg selalu marah2 aku la, aku ada usaha sikit nak belajar, kalo x, asyik nak main-main je dalam kelas. (baru aku sedar betapa nakalnya aku ni)


NUke


Assalamualaikum,

baru sahaja balik dari Ekspidisi Kaunselor Gunung Angsi, N9.



The only 3rd-year-and-ahli-BKRS yang join

Antara curam yang perlu didaki



Puncak

Unit-unit makhluk yang turun abseiling dipanggil 'Ultraman'

Aftermath

Water confident

Dengan Bro Bomba(s) yang in-charge aktiviti lasak

Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan tenaga, stamina dan kecekalan mental dalam mengharungi curam yang tinggi, tanah yang beralun, serta aliran air sungai yang jernih sepanjang pendakian ini. Syukur ku panjatkan kepada-Mu.

XPDC kali ni memberi 1 experience baru pada aku; - terminum air tasik!! huhuhu.



NUke

Assalamualaikum,

Hm, baru tadi aku dapat tahu yang 2 org kawan ku telah kehilangan wallet mereka. Kejadian dianggarkan berlaku pada waktu pagi jam 8 - 9 pagi (waktu tempatan). Jumlah kerugian masih belum diketahui.

Justeru, aku ingin menyatakan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa mereka, tatkala musim2 cuti CNY ni dah nak bermula.

Jadi, aku mengingatkan kepada diri sendiri dan sahabat sekalian agar menjaga barangan berharga anda sebaiknya bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Kpd Epong dan Taufiq:

.... ... .. ... ... (tak tau nak cakap apa) .. .... ... .. . ..





NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.