Sambungan daripada naskah pertama – Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah, menyaksikan karya Fadhli Hamdan ini lebih bermakna. Kisah cerita dalam naskah kali ini lebih terfokus kepada Jimi yang di’denda’ untuk menyertai Kem Bina Disiplin, akibat tindakannya bergaduh dengan Alif tempoh hari.

Jimi dalam Akibat Jambul Alif!

Pembaca akan dibawa bersama-sama mengamati segala macam perkara yang dipelajari Jimi semasa menghadiri kem tersebut sekaligus mengimbau kembali kenangan-kenangan manis dan pahit semasa zaman kita bersekolah dahulu kala.



Ketika di kem tersebut juga Jimi akhirnya mengerti erti kesungguhan dan bersyukur setelah dia berkenalan dengan Hakim. Apa yang dipelajarinya? Kena baca sendiri buku ini!

Impian tetap impian, janji tetap janji. Jimi mula mengatur strategi untuk memperbaiki prestasi pelajarannya. Dia turut dibantu kenalannya dan juga kembarnya, Mimi. Jimi menggunakan kemahiran mencontengnya untuk menghafal dan memahami matapelajaran yang lemah. Dalam masa yang sama, Mimi juga mengajak Jimi untuk menyertai aktiviti pada Minggu Bahasa Inggeris setelah tamat peperiksaan pertengahan semester kelak.

Kesungguhan Jimi mengulangkaji pelajaran terserlah sehinggalah dia jatuh demam pada malam sebelum peperiksaan. Namun, dia masih sempat pulih dan menjawab peperiksaan dengan sebaiknya.

Adakah Jimi memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaannya itu? Bagaimana pula dengan janji oleh si Ayah berkenaan dengan basikal?

Dan apa pula kesudahan Alif, si musuh yang selalu menyusahkan hidup Jimi itu?

Kenalah baca buku ini!

Skor: 4.0/5.0

Judul: Jimi dalam Akibat Jambul Alif
Oleh: Fadhli Hamdan
Terbitan: PTS Pop Sdn Bhd
Harga Pasaran: RM12.90 (W/M’sia) / RM 14.90 (E/M’sia)
Tahun: 2012



p/s: siapa-siapa yang memang minat dengan karya contengan kartun, memang perlu memiliki naskah-naskah ini.

NUke





Jadi, sebagai penggemar muzik, sudah tentu aku menyimpan dan mengumpul koleksi album secara keras dan juga digital. Dan kebanyakan daripadanya dibeli secara sah. (Haha!). Jadi, apakah album-album yang paling anda suka?

Kongsikan bersama-sama dalam vlog kali ini dan vlog akan datang!


NUke


Siapa-siapa yang tidak tersenyum dan tersengih-sengih bersendirian selepas membaca naskah debut Fadhli Hamdan ini barangkali tidak mempunyai zaman kanak-kanak yang ceria. Pemilik blog ‘contengconteng’ ini akhirnya memenuhi permintaan peminat karya kartunnya tahun ini dengan terhasilnya buku terbaru. Lebih bermakna, bukan sahaja satu buku, tetapi dua!



Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah bermula dengan impian watak utamanya, Jimi (seorang murid sekolah rendah) untuk memiliki sebuah basikal setelah terlihat akannya ketika keluar bersama keluarga di pasaraya. Namun, impian untuk memiliki basikal idamannya itu tidaklah dimakbulkan sebegitu sahaja apabila si Ayah memberikan syarat untuknya memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan pertengahan tahun sebelum boleh memiliki basikal itu.

Dan dari situ, kisah Jimi bermula. Gambaran hidup keluarga mid-class jelas digambarkan dalam keluarga Jimi, yang juga mempunyai kembar perempuan, Mimi – yang jauh lebih pandai daripadanya. Kehadiran kawan-kawan Jimi dan Mimi seperti Ganesh, Jason dan Mei Ling menambahkan rencah jalan cerita ini.

Tak lupa juga akan watak antagonis – Alif yang digambarkan sebagai seorang murid yang ‘poyo’ dalam kisah ini, sesuai dengan jambul yang dimilikinya.

Juga perlu diberi perhatian akan ‘komik di dalam komik’ pada pertengahan jalan cerita ini; yang mana Jimi secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan Cikgu Rosman, guru disiplin di sekolahnya.

Ketahui juga tips-tips belajar yang dikongsikan Mimi kepada Jimi, yang mana menjadikan buku ini bukan sahaja satu bacaan ringan semata-mata, tetapi penuh dengan ilmu yang berguna juga!

Jimi juga menyertai pertandingan mencipta logo untuk kelab Sains dan Matematik, yang mana dia kemudiannya dipilih sebagai pemenang dan mendapat keahlian percuma ke dalam kelab itu. Semua itu mungkin menggembirakannya untuk seketika sehinggalah dia menyedari bahawa musuhnya, Alif turut berada di dalam kelab yang sama.

Pembaca akan dibawa hanyut bersama contengan yang sedikit tampak ‘messy’ tetapi kemas Fadhli Hamdan mendalami kisah hidup Jimi dan strateginya untuk memperoleh 5A. Namun, cerita ini sudah tentu bukanlah satu kisah gembira semata-mata; tatkala kesabaran Jimi akhirnya melampaui batas, akibat tidak berpuas hati dengan sikap Alif.

Akibat dari tindakannya itu, Jimi akhirnya dikenakan hukuman.

Menarik kan? Kalau nak tahu apa yang berlaku kepada Jimi, kena dapatkan naskah Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah dengan segera!

Skor: 4.0/5.0

Judul: Jimi dan Raksasa Misai di Sekolah
Oleh: Fadhli Hamdan
Terbitan: PTS Pop Sdn Bhd
Harga Pasaran: RM12.90 (W/M’sia) / RM 14.90 (E/M’sia)
Tahun: 2012

Notakaki: naskah ini ada sambungannya, berjudul Jimi dalam Akibat Jambul Alif. Ulasan menyusul kemudian.



NUke




Bila ditengok semula gambar tu, comel kan? Itulah aku waktu kecil2 dulu. (Damn! Aku lagi comel kot). Ada pesan orang-orang tua dahulu kala, kata mereka 'Jangan duduk di atas bantal, nanti punggung kena bisol'. Sejauh mana kebenarannya, aku tak mahu banyak komen.

Rasionalnya, memang wajar pun kita ditakut-takutkan sedemikian rupa. Sementelah, bantal tu kita gunakan untuk meletak kepala semasa tidur, jadi agak kurang elok dilihat kalau kita memperletakkan punggung di atas bantal kan? Lagipun, kalau duduk atas bantal ni, tiba-tiba terkentut, tak ke baunya terserap dan melekat terus kat bantal. Nak nak pula bantal kekabu, ada juga yang lekat baunya tu sepurnama lamanya.

Pasal bisol tu... errr, sebenarnya aku pernah terkena. Tak tahulah kebetulan ke apa, satu ketika tu memang aku agak gemar duduk atas bantal. Tak lama lepas tu, bisol pun menjelmakan diri di punggung. Ouch!

Tu lah namanya pantang larang.


NUke

Kembali normal setelah bulan Mac lepas difokuskan semata-mata untuk kisah KAC3, yang mana menyaksikan total pageview blog paling tinggi (additional 2000 views) berbanding February 2012.

Sedar tak sedar, dalam kesibukkan aku menyiapkan siri KAC3 tu, aku sempat me'lancar'kan satu lagi blog baru yang mana proses pembikinannya mengambil masa yang lama juga. Dan hari ini, secara rasminya aku akan memperkenalkannya kepada kalian. Kiranya ni macam side project aku lah.


MuzikKAH?



(setelah dibiarkan di dalam development hell selama 4 tahun).


Nak tahu apa kandungannya, silalah melawat blog itu dengan menekan link di bawah:



Terima kasih.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.