Point 1 - DSAI didapati tidak bersalah.

Apa yang kita nampak:
Ternyata sebelum ini, mereka hanyalah melakukan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang individu. Taktik lama yang pernah berlaku, dipakai semula dan kali ini kurang berjaya.

Apa yang kita nampak (juga):
Jadi, selepas ini apa yang mahu mereka perjuangkan? DSAI dah bebas, now what? DSAI jadi PM?


Point 2 - Kaitan gerakan mahasiswa & provokasi menjatuhkan kerajaan.

Apa yang kita nampak:
Kerajaan sepatutnya mengambil kira juga pendapat golongan terpelajar; baik di kalangan ahli akademik dan juga mahasiswa, sebab yang memimpin sekarang ni cuma bertindak mengikut rentak usia masing-masing, sedangkan yang mahu hidup lama bersama sistem yang sedia ada itu adalah warga-warga muda dan generasi yang akan datang. It's a cycle. generasi sekarang juga adalah generasi yang bakal memimpin negara. Dan ingatlah kalian, jangan meminggirkan juga generasi-generasi selepas kita.

Apa yang kita nampak (juga):
Di mana kewibawaan mahasiswa itu sendiri? Betul lah, nak berdemonstrasi, menyuarakan hak mahasiswa itu sendiri memang boleh. Tapi, kenapa perlu dilakukan pada pagi-pagi buta? Nak hantar memorandum apa bagai jam 2, 3 pagi? Pejabat mana yang bukak? even di universiti pun, kalau nak complaint kunci bilik hilang pun, kau kena la tunggu kaunter pelajar tu buka on the next day.

Isu pemansuhan (AUKU) yang ingin diperjuangkan, tiba-tiba beralih arah kepada isu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Apa kaitannya? Jangan campur adukkan perjuangan kalian. Dan oh, jangan memperjudikan masa depan dan pendidikan kalian. 



Jujur aku ingin bertanya:

Soalan 1: Adakah kalian suka dengan kerajaan sedia ada?

Soalan 2 (sila jawab berdasarkan jawapan anda dari Soalan 1):
Adakah kalian mahu pemimpin yang akan memimpin negara kita pada masa akan datang ini datangnya daripada kalangan mereka yang pointer akademiknya hanyalah cukup-cukup makan, dan hanya tahu bertindak mengikut emosi semasa?


Kesimpulan, aku bukan lah sided. Neither pro-kerajaan nor pro-pembangkang. Benda yang baik, kita sokong; benda yang tak baik, kita tegur dan jangan biarkan ia berterusan. After all, yang bergaduh adalah golongan majority (perlukah aku sebut Melayu), walhal si minority itu bergelak ketawa mengambil masa dan peluang untuk mendahului takhta.

Come on lah!



NUke




KTM Komuter ini diibaratkan duri dalam daging. Saban tahun, ada saja entry buruk pasal KTM Komuter yang aku terpaksa buat menerusi blog ni. Perjalanan dari KTM Batu Caves ke KTM Bangi mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit.

2 jam 15 minit tu termasuk perjalanan di dalam tren, dan juga tempoh masa menunggu tren pertukaran di stesen KTM Putra.

Bukan nak cakap apa lah, tapi boleh tahu kekerapan tren yang tiba untuk aliran Tg. Malim - Seremban ni memang agak perlahan, dan tren pun kurang. So, kalau dah tahu dalam aliran tu banyak stesen, dan ramai orang akan guna... pandai-pandailah tambah bilangan tren dan kekerapan tren untuk tiba di stesen.

KTM? Ke arah Transformasi Malaysia??

Macam lahanat saja.



NUke

Pusat? Pusat hiburan? Pusat khidmat masyarakat?? No. Pusat yang ada pada badan.

Pusat itu ibarat satu simbol kelelakian seorang lelaki yang suka tak berbaju bila bergambar. Tak tahu ke yang mendedahkan aurat itu berdosa? Haha. Cakap banyak tak guna, ini sekadar peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan lelaki yang lain juga.

By the way, entry kali ini lebih cenderung untuk membincangkan akan kebersihan diri. Lebih terfokus kepada kebersihan pusat.

Melainkan watak 'Kyle' dalam siri Kyle XY, semua orang memang sudah lahir dengan adanya pusat. Dipanggil belly-button dalam bahasa Inggeris. Akan tetapi, jarang orang kebanyakan ini mengambil pusing akan perlunya untuk menjagakebersihan pusat. Akibatnya? Pusat tu pun berdaki-daki.. berbau barangkali.

errgh! (Gambar ihsan Wikipedia)

lagi kronik kalau korang tu jenis yang memiliki pusat yang dalam dan sempit; disertai dengan bulu-bulu. Sampai jari kelingking sendiri pun muat tak muat saja. Jadi, mengambil kesempatan itu untuk mengabaikan saja kebersihan pusat kalian.

Macam aku yang memiliki pusat tak berapa nak 'deep' ni, takpe. Sambil2 mandi, sabun badan dan tenyeh-tenyeh sekali ruang pusat tu. Buangkan daki-daki akibat peluh dan habuk.

Bagi yang susah nak 'korek' pusat korang tu, apa kata gunakan cotton bud. Basahkan sedikit dengan air dan sabun, dan cuci sampai diyakini bersih. Tapi jangan lah tenyeh melampau-lampau sangat sampai boleh terkeluar isi perut. Ngeri lah pulak.


NUke

Selain daripada orang (betul) yang berada di sekeliling aku memberikan sumber ilmu pengetahuan dan berita mengenai sesuatu perkara; aku juga akan ke beberapa laman blog untuk sama-sama membaca pendapat, luahan rasa hati, dan juga sama-sama berkongsi idea berkenaan sesuatu perkara.

Berikut merupakan senarai 8 Blog yang aku kerap kunjungi sepanjang tahun 2011.


#8: sya.leik.wtah.i.eflehttp://accordingtohafizanmohd.blogspot.com/


Blog ini umpama rujukan pendapat aku bila saja aku memerlukan pendapat berkenaan muzik. Terutamanya muzik Malaysia. Aku banyak bersetuju dengan pendapat si blogger ni dalam review muzik2 tempatan. Dan aku suka pilihan-pilihan muzik blogger ni sebab ada kesemaan dengan aku kot. Selain daripada kejujuran blogger ni dalam memberi pendapat.



#7: SEINDAH DUNIA KITAhttp://seindahduniakita.blogspot.com/



Blogger ni rajin update blog dia, dan aku juga mengikuti perkembangan blognya. So, no wonder blog ni ada dalam senarai. Cuma disebabkan dia terlalu rajin update, maka ada 3 4 entries blogger ni yang kadang2 aku tak sempat baca. Nak dijadikan cerita pula yang blogger ni suka letak 1 entry saja pada muka depan blog; maka mendesak aku untuk rajin menyelak satu persatu entrynya. Tips: Sila baca blog ini selang 3 4 hari untuk kepuasan. Hahaha! baca sekali banyaaaaak entry blogger ni.


#6: stone burnerhttp://diarmadhi.blogspot.com/


Simple je blog ni. Content pun very personal and close to the blogger himself. Mungkin aku suka baca entry2 dia yang macam 'tak tahu, what will be the next step?'. And it makes you wonder... "What's next?".


#5: Joey Yang Sengal!!http://zaphenz.blogspot.com/


Blog penuh dengan permainan emosi dan juga persoalan. Suka je baca jalan-jalan hidup blogger ni. Menjadikan kita ni ingin menilai semula kehidupan yang kita ada. Dan oh! Aku suka juga penggunaan ayat-ayat yang macam 'lol' dan juga sarkastik dalam entry2 beliau yang 'bukan lindungan Kaabah'.


#4: Eqbal Zackhttp://www.eqbalzack.com/


Tak tahu kenapa, tapi, aku rasa setiap entry yang dipublishkan di situ... ibarat ada isi. Kadang-kadang, entry yang dipublish tu pun hanyalah satu gambar cupcake.


#3: AKUBUKANSUPERMANhttp://www.hidney.com/


Kalau aku tau siapa-siapa yang tak suka blog ni, aku akan rasa OREN. Simple. Nice. Gambar2 cantik diselitkan dengan dialog yang cute and dowh! Kisah hidup blogger ni varies, daripada kisah2 menjaga staff di ladang / estet, sampai la kisah2 naik flight, dan macam2.

#2: contengcontenghttp://www.contengconteng.com/


Cerita banyak tak guna, tengok sendiri la. Disebabkan blog ni lah aku rasa zaman kanak2 aku dulu tidak sia-sia. Sebab apa? Sebab segala peristiwa itu juga berlaku di kalangan rakan seusia, lalu blogger ini mengabadikan memori-memori indah waktu kecil dulu dalam bentuk lukisan yang cantik dan comel.

#1: Cursing Malay : Terus Teranghttp://cursingmalay.blogspot.com/


Ini ibarat 'Utusan Malaysia' atau 'TV3' aku. Walaupun ada sesetengah isu yang dibangkitkan itu rasa macam biasa-biasa saja, akan tetapi beliau punya point of views ni memang awesome and cool. Sila baca.




NUke









#1:
To steadily & continuously hold the title of 'non-smoker'.

#2:
Refer to #1.







NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.