Masing-masing ada kelebihannya.

Ada orang suka yang berkulit cerah.

Ada orang suka yang tak berapa nak cerah.

Ada orang suka gelap sikit-sikit.

Ada orang suka yang gelap gelita.

Standard lah.


NUke



Well, petang tadi, ter-tengok siri animasi Upin & Ipin, berkisarkan tentang Cita-cita. Then, sambil-sambil mengadap TV tu, aku sempat bersembang dengan si Ibu. Kata ibu, cita-cita dia dulu nak jadi Pilot. Atau Policewoman. Or, anything yang ada uniform. She added, "...tapi, lebihnya nak jadi pilot lah!" dengan muka yang sangat girang.

Ended up, beliau menjadi seorang usahawan antik yang berjaya pada zamannya ketika itu, selain menjadi seorang isteri kepada si suami; dan juga menjadi ibu kepada 6 orang anak. Oh, menjadi nenek kepada 4 orang cucu.

Itu kisah ibu.

Kisah aku, korang tak nak baca lak? Haha. Cita-cita aku bertukar-tukar sejak zaman tak masuk sekolah, zaman belajar, dan zaman universiti. Time kecik2 dulu, bila orang tanya "Dah besar nak jadi apa?" aku akan jawab, "Nak jadi doktor."

Walhal, sepatah benda pun tak tau pasal doktor. Taunya boleh inject2 orang sakit. Tu je.

Then, bila masuk upper form, aku pernah bercita-cita nak jadi Fire Fighter. Macam best je tengok ke-cool-an bomba tu simbah2 air time kebakaran. Selain berjaya menyelamatkan harta benda dan nyawa orang lain. Terasa macam Bomba itu adalah satu 'adiwira'! Cewah! Then, tak kesampaian pun. Sebab itu cita-cita yang dipengaruhi oleh drama TV dan filem2 omputeh.

Cita2 aku sekarang? I don't know. Perhaps dah tiada cita-cita.

But what I know, I wanted and wished to work in nuclear industry. Particularly in transportation.

I love ships.

Not only because of it's structure.

But, you'll easily got freed from the hassles in the city.

Apa cita-cita korang lak?


NUke

Malam tu, kami dijadualkan untuk ke Siam Niramid; satu teater persembahan budaya yang diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai teater paling tinggi di dunia. Well, memandangkan persembahan tu bermula jam 8.30 malam (siap dengan makan malam), maka bos decided utk gerak keluar dari hotel jam 6 petang.

Satu langkah yang bagus memandangkan Bangkok ni sangatlah teruk kesesakan lalu lintasnya.

7.50 malam. Kami masih lagi tak sampai separuh perjalanan. Menurut tour guide yang jaga kitorang, "This is the worst traffic jam in the past 10 years." Rasanya ada eksiden kot. Then, bos mencadangkan half of the team should take the Motorbike-taxi. So, at least dah sampai sana, leh reserve kan seats untuk yang lain2. All the guys naik motor rempit. Cuma sorang perempuan yang berhati kental saja menyertai kami.



Komen: Aku masih panjang umur (lagi) sebab tak terjatuh or terlanggar apape or kereta or bas sepanjang pe-rempit-an itu.

Memandangkan dalam teater tu takleh nak bawa masuk kamera, so tiada lah gambar. Pun begitu, selepas persembahan tamat, pengunjung diberi peluang untuk memberi makan kepada gajah. 20 Baht je pun, belu tebu, then hulur la kat gajah. Ade ke patut gajah tu nak molest aku punya belalai jugak!?? Cis!



Balik semula ke hotel lepas dah penat2 bersuka ria. Decided to go to the SkyBar yang located at 55th Floor. Huiyoo. Gila tinggi dan cantik pemandangan Bangkok time malam2 ni. Gambar tak berapa nak clear sangat, but untuk tak menghampakan semua, aku letaklah gambar tangga2 skybar yang cam-cool saja ni!



Day 3: Shopping day. So-called shopping.

Pagi. Naik Skytrain from Siam Central to Mo Chik. Yang mana ada taman Chatunchak tu. Beli lah 3 4 baju skit. 8 9 fridge magnets, 2 3 selendang sikit, dan 1 tin air Sprite sebagai penghilang dahaga.



Tengah hari. Balik hotel. Kemas-kemas barang. Pack-up. Mandi lagi. Lepak Central World mall kejap. Makan, window shopping. Chocolate shopping sikit. Berkumpul. Naik teksi pergi ke Airport.


So, goodbye Bangkok, and again, we flew back to KL with Malaysia Airlines.



Sampai KLIA jam 10.50 malam.



Bangkok Trip
28-30 July 2011

NUke

Hari kedua bermula dengan ke-bangkit-an yang penuh bergaya. Memandangkan waktu di Thailand satu jam lebih lambat daripada di Malaysia, maka beginilah keadaan Bangkok pada jam 6.50 pagi. Gambar ni aku ambil dari tingkap bilik hotel kat tingkat 44.



Sepatutnya berkumpul untuk breakfast pada jam 8.30 pagi. Tapi, since aku dan roommate dah siap awal, maka kitorg decided untuk turun dan usha2 line kat area swimming pool & taman kat tingkat 27.




Lepas breakfast dan berkumpul, kami naik van tour untuk ke destinasi lawatan pertama. Kuil...... (lupa nama & tak tahu camne nak eja). :D



Biasalah, tempat-tempat agama ni, kena lah ada respect skit kan? So as the situation bila mat salleh datang melawat masjid kat Malaysia ni. Pakaian kena sopan. So, antara yang dilarang ketika masuk ke Wat / Kuil kat sana adalah memakai topi / cap. Kasut pun kena buka.



Jalan-jalan & pusing-pusing, ternampak pintu gerbang ni. Sama macam kat Petaling Street kan? Tulisan je lain. Diorang nyer version of China Town.



Pergi melawat Wat lagi. Kali ni besar sikit. So, ada lah patung-patung 'jaga' sekali.



Sebagai bukti yang aku memang ke Thailand, maka kenalah bergambar dengan bendera Thai. Chehe!



Then, on the way keluar dari situ dan menuju ke arah van tour, aku sempat membeli satu benda yang dah tak ada lagi di Malaysia. Air botol kontur Fanta. Perisa strawberry. Hahaha! Botol tu, aku simpan bawa balik sini, as a collection. Then, menuju ke satu lagi destinasi, Royal Palace. Time tu dah la matahari dah meninggi, dengan hausnya lagi, penat berjalan... sebab tempat tu sangatlah luas. :)



Bak kata orang, "Kuman seberang laut boleh nampak, Gajah depan mata tak nampak". Itulah dia. Aku tak pernah lak bergambar dengan guard Istana Negara kat KL pun... tapi kat Bangkok dah sudah!



Tengah hari, singgah makan di riverside. Makan atas kapal. Takdelah besar sangat pun. Then, bila dah kenyang baru best lambung2 dipukul ombak Sungai Chao Praya. Dulu-dulu tau pasal sungai ni pun sebab belajar Geografi dan sejarah. Tu je.



Banyak jugaklah air sungai yang tak berapa nak jernih tu melekat kat muka ni.

Balik Hotel. Ada masa untuk bersiap2 dan mandi. So, we all decided to go for swimming, yang mana peristiwa hampir meragut nyawa berlaku.

Memandangkan kolam berada di tingkat 27, maka angin yang kuat tu memang suatu yang menarik; dan membahayakan. So, tengah2 syok berendam, angin kuat pun datang. Payung besar tu pun leh lak terbang dengan lajunya ke arah aku yang kat dalam kolam tu. Nasib baik la ada pokok palm yang menahan, dan batang kayu payung itu pun terhenti mengejut hanya beberapa jengkal daripada pipi kanan aku yang kacak ini. Huhuu.

Kalo tak, sure dah tembus kepala.



Syukur pada Allah, aku panjang umur.

:) Nanti sambung lagi. Ada kisah Bangkok: Rempit Style.

NUke



Ya. Kehilangan aku tempoh hari kini terjawab. Aku bersama-sama dengan 9 lagi budak ofis di'terbang'kan ke Bangkok, Thailand atas urusan percutian insentif. Suatu benefit yang tidak pernah aku rasai ketika berada di company2 lama dulu. Huhu.

Apapa pun, terima kasih bos sebab memberikan ganjaran ini. Dan terima kasih Allah, sebab memberikan aku peluang untuk menikmati keindahan dan ciptaan-Mu atas Bumi Mu ini. :)



We flew to Bangkok with Malaysia Airlines. Suatu kebanggaan bila tiba di Bangkok, menaiki pesawat kebangsaan. Cheh!



2 jam lepas naik teksi dari Suvarnabhumi Airport, kami tiba di hotel. Bukan sebab jaraknya yang terlalu jauh, tetapi dek kerana jalan yang sebegitu sesak. Kalau anda rasa KL tu dah teruk, jadi marilah meninjau keadaan di Bangkok pula. Huhu.



Since Thailand merupakan sebuah negara yang 'Open', maka macam2 benda menarik boleh dijumpai. Termasuklah sticker dalam teksi ni. Dilarang Beromen.

Pun begitu, rasa kagum pada warga Bangkok itu turut memuncak bila melihat mereka beratur menunggu giliran menaiki Teksi a.k.a Van sapu (kot). Kalau kat KL, jangan harap la orang nak beratur.



Memandangkan petang itu sudah terbazir, maka cepat2 siap mandi dan segala bagai untuk menikmati makan malam di Mango Tree.




Nanti sambung lagi.

p/s: Trip ini menyaksikan suatu peristiwa mirip 'Final Destination' berlaku pada aku.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.