And even if you left a long time ago,
I miss you so.

These Streets; by Yuna; from Decorate




So, what is your favourite song when you feel down?

NUke




Yo! kepada para blogger yang semakin banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Nowadays, cendawan bukan saja tumbuh selepas hujan, tapi sebelum hujan pun ada. Ye ke? Anyway, this time aku bukan nak bercerita apape berkenaan cendawan dan juga yang apape yang berbentuk cendawan; as all of you can read (and I think) most of you guys already got the idea through the entry's title.


Workaholic. Most of our people suka-suka saja melabel seseorang  di tempat kerja dengan istilah itu. Asal nampak colleague balik lambat je, suka-suka kita saja label dia as a workaholic. Kononnya tak kenal erti penat and tak mahu meluangkan masa dengan family. Lebih tertumpu saja pada kerjaya. Kononnya kelak dapat membodek bos, dan akhirnya diberi gaji yang lumayan.

Tipikal. Macam cerita2 drama Melayu yang banyak ada kat TV.

(Sebagai rekod, sebelum aku betul2 memahami maksud workaholic, aku juga sering melabelkan diri aku sebagai seorang yg 'obses dengan kerjaya', begitu hampir dgn takrifan cliché perkataan itu).

Menurut Wikipedia (dalam bahasa Deutsch), workaholic bermaksud:-

Der von Arbeitssucht Betroffene zeichnet sich in erster Linie durch überdurchschnittlichen Arbeitseinsatz aus, der mehr und mehr zu einem krankhaften Suchtverhalten führt. Arbeitssucht tritt meist bei Menschen in Führungspositionen und selbstständigen Tätigkeiten auf. Ein Großteil oder das komplette Selbstvertrauen ist an die Arbeitsleistung gekoppelt. Durch das Erreichen einer vermeintlich höheren Arbeitsleistung wird das Selbstvertrauen gestärkt. Wie bei jeder Suchtform muss aber die Dosis ständig erhöht werden. Arbeiter mit festen Dienstzeiten sind selten betroffen.

ha..! Tak faham kan, then, korang pergilah ke page English. Senang sikit nak paham, bukan?

Dengan berbekalkan gred A2 dalam Bahasa Inggeris sewaktu SPM dulu, aku pun dengan gigih men-translate artikel di Wikipedia tu dalam bahasa Melayu rojak. Bunyinya lebih kurang cenggini:-

Egromaniac atau Workaholic adalah seseorang yang ketagih kepada kerja. Selalunya term ni bukanlah bermaksud someone tu enjoy dgn kerjanya, tapi lebih kepada terpaksa melakukannya sama ada dia disuruh, atau merasakan dirinya perlu untuk 'mengabdikan' diri kepada kerja itu. On top of that, workaholic ni mempunyai maksud yg berbeza dengan 'hard-working'. Dan selalu dikaitkan dengan 'ineffective employee' a.k.a pekerja yang tak efektif!

Ha! Sekarang, korang ada ke lagi yang nak mengaku yang korang ni 'Workaholic'?

Aku? Aku mana pernah mengaku! Cewah!



Hebat bukan?

p/s: Image courtesy of Google.com

NUke


Siri 10

Tidak mampu menipu dirinya, Asyraf membiarkan air mata yang jernih itu terus mengalir; walaupun diperhatikan oleh Fadhiri. Egonya kini begitu rendah, serendah yang pernah dirasakan olehnya. Fadhiri menghampirinya dan mengusap belakang badannya. Dia tidak mahu berkata apa. Bagi Fadhiri, biarlah saat-saat itu berlalu perlahan dan hanya diketahui dirinya. Setelah keadaan sedikit relaks, Asyraf mengajak Fadhiri yang sedari tadi duduk bersila disebelahnya untuk ke bilik TV.

Dalam kesunyian subuh itu, Asyraf meluahkan kekesalannya yang kerap mengabaikan kewajiban diri sebagai seorang Muslim kepada Fadhiri. Ingin sekali dia menceritakan akan perilaku dosa yang dilakukan bersama Xyryll, namun, dia merasakan masih belum bersedia untuk melakukan sedemikian rupa. Tambah-tambah kepada Fadhiri, yang juga rakan sebilik dirinya, dan Xyryll. Apa yang kedengaran cumalah sesalan dirinya yang kerap melakukan dosa, dan membelakangi perintah Yang Maha Esa. Fadhiri, walaubagaimanapun tenang sahaja mendengar tanpa memberikan sebarang balas. Dia tahu, ketika ini, peranan yang perlu dimainkan hanyalah mendengar. Dan terus mendengar.

--

Entah mengapa, Asyraf berasa begitu tenang sekali hari ini. Mungkin disebabkan oleh apa yang telah berlaku subuh tadi, atau, barangkali ia disebabkan oleh kuliah Fizik yang membincangkan tentang Fizik Nuklear; salah satu topik kegemarannya. Justeru, mudah untuk dirinya memahami segala kandungan dan persamaan yang digunakan dalam menyelesaikan setiap permasalahan.

Ketika dia sedang sibuk mendalami ilmu itulah, Meor yang duduk di kerusi sebelahnya menegur.

"Asyraf, Jumaat nanti kau balik KL tak?"

"Balik."

"Kau dah beli tiket bas ke belum?"

"Belum."

"Kau balik dengan siapa?"

"Tak tahu lagi. Xyryll kot!"

"Aku ikut kau balik sekali lah! Kita beli tiket sekali lah!"

"Ok je."

Nota yang dihamparkan menerusi projector itu disalin cepat oleh para pelajar lain. Masing-masing mahu kuliah Fizik itu segera selesai memandangkan jam sudahpun menghampiri 2 petang, dan kesemuanya sudah mula kelaparan. Termasuk Asyraf dan Meor.

"Meor, kejap lagi, jom kita lunch sama-sama."

"Okay."

--

Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tempat duduk di kafeteria sudahpun penuh dengan pelahar-pelajar yang asyik menikmati hidangan tengahari. Lalu, Asyraf mengambil keputusan untuk menangguhkan saja masa untuk makan tengahari dan ingin pulang ke biliknya. Pun begitu, Meor mencadangkan untuk mereka sama-sama menunggu dan melepak sebentar di biliknya yang jaraknya lebih dekat dengan kafeteria. Dan Asyraf pun bersetuju.

Kasut hitam dibuka dan disusun Asyraf di luar pintu bilik Meor. Beg sandang miliknya itu diletakkan di atas lantai bersebelahan dengan katil Meor. Meor pula terus saja membuka baju kemeja dan melonggarkan tali pinggang yang dililit di seluar slack hitamnya.

"Panas kan, hari ni?", Meor memulakan bicara setelah masing-masing membisu sepanjang perjalanan dari kafeteria ke biliknya.

"Ya!", balas Asyraf ringkas.

"Kalau kau nak minum, ambil sajalah air dalam heater aku tu."
"Gelas, ada kat sebelah heater."

Asyraf memandang ke arah pemanas air dan gelas. Dan berpaling semula ke arah Meor.

"Don't worry lah, heater dan gelas tu, aku yang punya...", balas Meor, tersenyum. Dia kemudiannya duduk di sebelah Asyraf yang sudah lama melabuhkan punggungnya di atas katil. Lutut mereka bertemu dan tiada sebarang reaksi mengelak dilakukan oleh kedua-dua individu itu.

"Boleh aku tanya kau satu soalan?", soal Meor.

"Boleh. Tapi belum tentu aku akan menjawabnya." jawab Asyraf.

"What is so special about Xyryll, ya?"


Mendengar saja persoalan itu, Asyraf hampir-hampir saja mengambil keputusan untuk berpura-pura tidak memahami isi kandungan pertanyaan yang diajukan Meor. Perlukah dia menjawab atau hanya tersenyum dan berdalih?


--Bersambung...

NUke

Cuba kau orang tanya kat sesiapa saja lah, jantina mana yang selalunya dikaitkan dengan ego? Maybe majoriti akan jawab 'Lelaki'. Sebab apa? Sebab ego lelaki itu memang tinggi (berbanding perempuan). Dan ego itu jugalah yang kadang-kadang membunuh diri lelaki itu sendiri.

Bukan nak kata perempuan tu tak ada ego, cuma perkara ini acapkali dikaitkan dengan seorang insan bergelar lelaki. Bila lelaki buat silap, agak sukar untuk dirinya mengakui kesilapan itu. Andaikata dalam pertelingkahan juga, amat sukar untuk lelaki untuk beralah. Sebab itu semua normal bagi lelaki untuk bersikap protective & defensive. Mempertahankan thoughts yang dirasakan benar (walaupun ada kalanya perkara yang dipertahankan itu tidak logik sama sekali).

Aku, lelaki. Dan aku juga mempunyai ego. Ego terhadap lelaki lain. Ego terhadap perempuan. Dan ego terhadap adik aku. Ye lah, aku kan abang! Abang mestilah betul! Ego itu jugalah yang membolehkan aku mengarahkan adik aku untuk membuka gate rumah apabila ada orang datang; atau mengarahkan adik aku untuk memanaskan air dalam cerek!

Haha! Gila best jadi abang!


NUke

Assalamualaikum kepada para pembaca blog.

Hampir setiap hari aku akan dapat sms bertanyakan akan keadaan ayah; dan juga diri aku.
Dan hampir kesemuanya juga akan bertanya begini:

"Kau ok ke?"

Jawapan aku (tapi tak terkirim melalui SMS):
I have to. Aku tak boleh terlalu menurut perasaan. Aku perlu berlagak biasa. Aku perlu buat-buat biasa. Dan aku juga perlu meneruskan rutin harianku dengan perasaan serius, gelak tawa, dan jenaka.


Sebab tiada apa yang perlu aku sedihkan.




NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.