Siri 9

Tombol pintu bilik dipulas perlahan. Xyryll sedaya upaya membuka pintu biliknya itu dengan perlahan dan tidak mahu melakukan pergerakan yang mampu menghasilkan bunyi yang kuat. Kocek seluarnya dikosongkan sebelum tubuhnya dilentangkan di atas katil. Tidur.

--

Asyraf bangkit dari tempat tidurnya terlebih awal berbanding rakan-rakan sebiliknya yang lain. Yang pasti, matanya ligat mencari kelibat Xyryll yang elok sahaja tidur di atas katil. Bingkas dia bangun dan melangkah ke meja belajar Xyryll. Buku-buku dan helaian nota kuliah yang berselerak di atas meja itu dikemaskan. Dalam kebiruan hening subuh dengan cahaya yang samar-samar, Asyraf masih mampu melihat semuanya dengan jelas. Alat-alat tulis milik kekasihnya itu disusun kemas dan diletakkan di bahagian kanan meja. Sesekali dia menyentuh wajah Xyryll, mengusap perlahan ubun-ubunnya. Tersenyum.

Dan entah kenapa juga dia begitu tertarik untuk membelek-belek telefon bimbit Xyryll yang diletakkan di sebelah bantal. Namun hatinya begitu berat untuk mengambil sebab telefon bimbit itulah yang acapkali mengingatkan dirinya akan Alya'; seorang gadis yang pernah diminatinya. Alya' juga merupakan dan masih lagi bergelar kekasih straight Xyryll. Dan dia seolah-olah terlupa untuk bertanya akan perihal itu kepada Xyryll. Masihkan lelaki yang sedang tidur itu berhubung dan bercinta dengan Alya'?

Berbagai-bagai persoalan mula difikirkan Asyraf. Apakah dia mahu berterusan begini bersama Xyryll? Dan segala macam implikasi juga cuba dibayangkan. Dan jauh di sudut hati, dia lebih memikirkan tentang Alya'. Kerana satu ketika dahulu, hatinya itu pernah cuba untuk mendekati perempuan itu. Dan semua itu berubah dengan tindakan seorang lelaki yang bernama Xyryll.

"Perlukah aku berdamping bersama Xyryll lagi?"

"Adakah Xyryll atau Alya' yang aku mahukan?"

Subuh. Wudu' disempurnakan sebelum takbir diangkat. Asyraf memastikan dirinya melakukan solat subuh dengan sempurna yang termampu olehnya. Dia pun tahu, dirinya tidak sebaik mana, cuma mampu melakukan apa yang terdaya untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Tidak pasti dengan apa yang telah dilakukan selama ini. Sesal. Teruja menikmati segala cumbuan dan juga segala kehangatan dalam dakapan yang bersifat sementara cuma.

Dan Asyraf mulai keliru.

Dan dia perlu kembali menjadi dirinya.

Dan dia perlu kembali ke jalan asalnya.



"Asyraf..?", tegur Fadhiri setelah melihat air mata mulai mengalir di pipi kanan sahabatnya itu.

--Bersambung...

NUke

Salam.

Sekarang ni dah menjadi lumrah masyarakat kita. Bila tiba saja cuti sekolah, maka akan ada banyak kenduri kahwin kat taman-taman perumahan or kampung-kampung or dewan orang ramai. Tak terkecuali, di taman perumahan aku ni. Hari Ahad lepas, aku saja lah belek-belek surat yang terlonggok atas meja tu, penuh dengan surat2 yang ditujukan kepada En. Mahmod.

Since semuanya macam dah terbuka, maka aku pun buka lah sampul2 tu & daripada 11 surat yang ada, aku rasa 7 daripada tu adalah kad kahwin. Huhuhu... gila banyak! Maklumlah, cuti sekolah ni je lah masanya untuk family2 berkumpul dan berjalan-jalan. Dan kesempatan itu diambil oleh mereka2 yang ingin mendirikan rumah tangga. So, kenapa agaknya majlis-majlis kahwin (lazimnya) dibuat pada cuti sekolah?



Senang je, supaya tiadalah alasan-alasan begini:-

"Sorry lah Mak Jah, saya betul-betul nak pergi... tapi, anak-anak sekolah esok. My husband pulak kena masuk kerja pagi pulak nanti..." - Khatijah (bukan nama sebenar).

"Alamak Mak Jah, saya tak dapat la nak datang! Nak menghantar anak ke sekolah asrama dia..." - Harun (bukan nama sebenar)

"Mak Jah! Saya minta maaf sangat-sangat! Saya tak kenal pun siapa Mak Jah ni..." - Anonymous.

Pun begitu, kalau dah sampai berderet-deret jemputan kahwin waktu cuti sekolah ni pun, jadi susah juga. Sebab tak tahu nak pergi yang mana satu. Ye lah, kalau pergi sebelah sini, apa pula kata di sana. Kalau pergi ke sana, di sini pula bagaimana? Jadi, usah lah pergi ke mana-mana.

Oleh itu, di kesempatan ini, aku nak meminta maaf kepada Nuryati Md. Yusoff kerana tak dapat pergi ke majlis perkahwinan anda! Semoga perkahwinan anda dengan pasangan akan berkekalan sepanjang hayat danhingga ke alam syurga. Moga-moga dikurniakan anak yang ramai dan kacak2 & lawa2. Boleh saya mengorat!

Oh! saya tidak dapat ke sana bukan kerana saya memenuhi undangan perkahwinan yang lain, tapi sila faham bahawa saya sekarang sedang bekerja.

Dan entry ini di -auto publish!

Kesian saya.


NUke

Mungkin sedikit terlambat untuk aku menyenaraikan lagu-lagu yang layak ke peringkat Akhir Muzik Muzik a.k.a Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25). Dalam sedar tak sedar, AJL dah nak masuk edisi ke-25. Kalau diikutkan usia, memang sudah cukup matang; baik dari segi pemilihan lagu yang layak bertanding, konsep yang akan diketengahkan, dan juga dari segi penerbitan. Itulah yang kita, peminat muzik tempatan mengharapkan dalam AJL25 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pun begitu, sebaik sahaja lagu-lagu yang layak ke AJL25 diumumkan, ada juga komen-komen daripada kalangan teman-teman yang mempertikaikan keputusan juri. Seperti biasa, bila ada saja lagu-lagu yang dijangkakan layak tetapi tidak tersenarai, maka akan ada lah rasa ketidakpuasan hati. Justeru, bibit-bibit bicara yang cuba menjejaskan AJL pun kedengaran. Saban tahun, memang isu ini tidak akan surut.

Back to the all finalist, I personally impressed with AJL yang cuba membawa kepelbagaian konsep menerusi finalis-finalis mereka. Itu sudah menjadi 'hidden trademark' AJL, yang setiap tahun memperkenalkan muka-muka baru dalam industri. Barangkali itu pengajaran yang diperoleh daripada edisi-edisi terdahulu. Masihkah anda ingat akan satu zaman di mana Dato' Siti Nurhaliza pasti akan membawa sekurang-kurangnya 2 trofi? Sehinggalah kedengaran komen-komen seperti "Asyik-asyik Siti (Nurhaliza) yang menang...". AJL memang tak pernah kering dengan kontroversi. Daripada isu pemilihan lagu 'Keliru' sebagai Juara Lagu, sehinggalah persoalan akan lagu 'Pergi' yang menafikan kualiti komposisi dan lirik 'Dan Sebenarnya'. Ke mana pula perginya Aizat untuk edisi ke 25 kali ini?

Mungkinkah Juara Lagu 25 milik Faizal Tahir?

Tahun ini, walaupun belum berlangsung lagi, AJL25 terus hangat dibincangkan. Ada yang menyatakan bahawa lagu-lagu yang layak tidak cukup 'uumph!' untuk menarik ramai penggemar muzik tempatan untuk menyaksikan AJL25. (Melainkan strategi pemasaran & pengiklanan untuk AJL kali ini betul-betul berkesan!).

Lagu-lagu yang layak ke AJL 25:-

  1. Hanyut - Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
  3. Noktah Cinta - Hafiz
  4. Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black
  5. Ku Ada Kamu - Adira
  6. Cinta Sempurna - Yuna
  7. Pelita - A.P.I
  8. Berlari - Tomok
  9. Sofea Jane - Black
  10. Mencari Konklusi - Hujan
  11. Selamat Malam - Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza - Bunkface
  13. Jahat - Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali


Melihat sendiri senarai finalis, ada beberapa lagu yang boleh dijangka berpeluang untuk berada pada kedudukan 3 teratas. Bagi 2 kategori khas - Vokal & Persembahan Terbaik, tiada apa yang boleh dijangka memandangkan kedua-duanya bergantung sepenuhnya kepada persembahan artis pada malam pertandingan.

Perhatian pastinya tertumpu pada Faizal Tahir (sekali lagi) memandangkan 2 lagunya layak ke peringkat akhir. 'Selamat Malam' sememangnya memberikan tiket kepada FT untuk ke AJL25. Namun, dengan 'Hanyut' yang turut sama berjaya ke peringkat akhir, memberikan dan mencerahkan lagi peluang untuk FT berada di  posisi 3 teratas. Bagi penulis, 'Hanyut' memang salah satu lagu dan produk muzik tempata yang terbaik pernah dihasilkan. Tidak mudah dinyanyikan oleh sebarangan orang, lagu ini seolah-olah memberikan gambaran kepada semua bahawa 'lagu ini Faizal Tahir yang punya!', seakan-akan menjadikan signature atau trademark kepada FT.

Satu lagi lagu yang dirasakan tidak menjadikan AJL kali ini hambar ialah 'Tolong Ingatkan Aku' nyanyian Ana Raffali. Walaupun kemunculannya dalam industri muzik acapkali disamakan dengan Yuna, tetapi ternyata lagu Ana Raffali berada pada kelas tersendiri, sesuai dengan kemampuan vokalnya. Sangkanya lagunya yang lain akan layak, tetapi 'Tolong Ingatkan Aku' ini pula yang menjadi pilihan juri. Syabas! Sebab lagu ini memang layak untuk berada dalam kelompok 14 terbaik!

Jika mahu diperhatikan dari segi komposer / penulis lirik, maka individu yang paling tinggi peluangnya untuk merangkul Juara Lagu ialah Edry Abdul Halim. Daripada kesemua 14 lagu yang akan bertanding, 3 daripadanya adalah hasil ciptaan & ciptaan bersama nya. 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' oleh Shahir dirasakan perlu untuk AJL25 kerana lagu ini memang memberikan impak kepada industri muzik. Dan juga memberikan impak kepada titik permulaan seorang artis baru kelahiran Akademi Fantasia (AF). Kalau dilihat semula dalam perkembangan AF, hanya Mawi yang mampu memberikan impak dan kesan berganda pada industri muzik tempatan, dek kerana 'aura'nya dan lagu kemenangan. Perkara ini berulang kembali menerusi kemenangan Shahir. Secara peribadi, penulis menjangkakan lagu ini berada di tempat 5 teratas, dengan perasaan ragu untuk meletakkan lagu ini layak diangkat sebagai Juara Lagu. Jika betullah lagu ini diangkat sebagai Juara Lagu, macam-macam perkara juga boleh dipertikaikan; dari segi susunan muzik, struktur lagu dan lirik.

Kejayaan 'Cinta Sempurna' ke peringkat akhir melengkapkan lagi kisah gembira komposer-penulis-penyanyi Yunalis Zarai (Yuna) yang baru-baru ini dianugerahkan Ultimate Shout! Award oleh juri-juri Shout! Awards 2010. Pun begitu, peluang untuk lagu ini dinobatkan sebagai Juara Lagu mungkin tidak sebesar lagu-lagu lain memandangkan ciri dan konsepnya yang mirip 'Dan Sebenarnya' tahun lalu. Kekuatan lagu ini selain daripada struktur komposisi, adalah darisegi susunan muziknya. Kelainan lagu ini mungkin dibayangi lagu-lagu Yuna yang lain, yang sudahpun menembusi corong-corong radio mainstream, dan bukan lagi MySpace. Ya, memang kita semua senang untuk mengecam lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Yuna, kerana vokalnya, penulisannya, dan juga komposisi lagu yang melankolik. Itulah yang menjadikan Yuna seorang penyanyi yang berbakat besar.

Perlu diingat ya, segala yang dicoretkan ini cumalah pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pandangan semua peminat muzik tempatan terhadap AJL25.


- - Catatan daripada seorang peminat muzik tempatan.

NUke

Assalamualaikum.

Minta sama-sama doakan kesejahteraan ayah aku ya kawan-kawan. Semoga ayah aku cepat sembuh dan cepat keluar dari Hospital.




Ayah,
Saya sayang ayah.
Ayah tahu kan?




NUke

Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, NUke Rude sekali lagi akan menyenaraikan 100 lagu yang kerap dimainkan sepanjang tahun 2010. Nantikan kemunculannya.





2010 NUkeRude's 100 Most-Played Songs

Friday | December 31, 2010 | 12 noon

For 2008 list, click here.
For 2009 list, click here.

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.