Menghasilkan Vlog yang reader-friendly tu kadang2 boleh mengambil masa yg agak lama. Maklumlah, sebab aku ni vlogger amatur je. Kalo sape2 yg mngikuti vlog aku since Vlog#1, aku rasa korang bole nampak perbezaan kot. Dari segi content dan cara aku meng-happening-kannya.

Anyway, asyik tgk vlog aku memceceh entah apape, edisi kali ni, aku tujukan khas untuk para followers dan pembaca jga penonton Vlog kat NUke Rude Blog ni.

Aku rasa nk dptkan vdeo yg btul2 ade feel n sesuai ngan konsep penceritaan tu, kadang2 amik masa lbh dr 1 jam. Huhu...

Kalo nak tau ape content yang cuba aku sampaikan dlm Vlog kali ni, korang kena tunggu la kmunculan Vlog yg akn dtg. haha.


p/s: Lady Gaga got 13 nominations in 2010 MTV Video Music Awards! Gila ah!


NUke

Heh. Normal lah. Sapa je yang tak suka pada benda2 yang sedap. Aku pun camtu jugak. Well, dalam entry kali ni, aku nak bgtau korang macamana aku leh minat kat J.

Jay Chou.

Jay Chou lah!

Hmm, ok what bila kita ni sdik lari drpada kbiasaan. Aku start minat kat lagu2 Jay Chou sejak Angah beli CD lagu dia. Kalo x silap, time tu thn 2004 kot. Ala, zaman2 nak berjinak2 ngan muzik. Before that aku asyik layan Linkin Park saja. Balik rumah je, pasang CD Meteora. Pastu, tuka lak Avril Lavigne. Balik2 2 CD tu je lah.

Camni kisahnya...

Angah baru balik dari kerja / kuar ngan member dia. Kat tgn dia ada la satu plastik kedai muzik. Sambil2 dia bjalan masuk rumah tu, dia pun menceceh pasal hobi dia skang ni mndengar lagu Cina. dalam hati aku berkata "ntah apape ntah monyet ni... dengar lagu Cina, pe kebenda ntah dia pikir... macam lah paham!" Tapi, tu sumer dalam hati lah.

Since time tu cuti skolah, aku pun sememangnya stiap masa ade kat rumah, sesekali tu angah pun bercrita lah pasal CD lagu cina yg dia br beli tu. Nak dijadikan citer, CD tu lak ade set combo, skali ngan VCD, ade la 3 4 video clips skali. Bosan2 time hujung mnggu, Angah pun pasang la kat TV. Tengah2 melayan vdeo2 Cina tu, aku trus terpesona ngan 1 lagu tu. Berpusing gak la mata aku drpd mngadap 'Utopia'. Trus aku tgk video clip itu.

Since itu lah, aku mula menanya2 pada Angah pasal lagu tu. Aku cuma suka lagu tu je pun. Lagu2 lain dlm album tu aku tak amik port sangat. Risik punya risik, baru la aku tau si penyanyinya adalah Jay Chou. Ha, from there lah aku kenal si Jay Chou tu.

Kurang ajar Jay Chou ni... tak pernah2 dalam idup aku termimpi nak dengar lagu cina, tetiba lak dia leh wat aku suka kat lagu dia tu. Sampai skang ni aku suka lagu tu. Best je dengar, baru lah rasa mcm poyo skit... maklumlah, kita ni (konon2nya) melayu, tapi dengar lagu Cina! Tak ke bangga?



Lagu ni la yang aku duk suka dgr ulang2 kali.


Jay Chou - Wounds of War (Zhǐ Zhàn Zhī Shāng)



NUke

"Walaweh, gila bosan!", kata aku sambil duduk termangu dalam kelas yang dijadikan bilik sekretariat utk satu acara dan majlis keraian. Kalau tak silap, aara tu diadakan kat satu sekolah rendah, somewhere di daerah Johor. Yang pasti, ketika waktu tu, cuma ada aku, Lissa, Sab and Malinda. Kitorang ditugaskan dan di-appoint utk manage event tu sebab ade tetamu kehormat datang. Dan yang paling best, organizer tu tak bgitahu pun sapa VIP dorang tu.

Kalau ikutkan program, VIP akan datang utk rasmikan majlis. but before that, dia akan duduk2 kat dalam bilik sekretariat (yang turut mnjadi VIP Holding Room) and makan2 kudapan dlu. Since acara tu dianjurkan oleh pihak sekolah, maka berlegar2 jugalah cikgu2 pompuan ke hulu hilir memastikan kuih yang dipesan dari kantin tu mencukupi utk tetamu kehormat.

Aku bgtau Lissa... "Can I play some music ha? I am soooo bored!" Belum sempat dia mencelah dan menyampuk, aku dah pasang lagu 'Asereje' yang mana aku terjumpa dlm folder dlm pc kat dalam kelas tu. Ada la dalam seminit aku pasang lagu tu, tetiba kecoh2 kat depan pintu kelas tu, tau2 VIP dah sampai.. sambil menggelabah aku nk meng-offkan media player tu, tetiba pc lak hang!!!! Lahabau tul! Malinda and Sab dah menyiku2 aku dah, sambil senyum2 cover. Aku pun, cuak pnya pasal, trus tanggalkan plag pc tu. tepadam la trus pc bongok tu.

Aku tgk VIP yang skolah tu jemput, macam someone yang humble je. Aku yang curious ni pun melangkahla ke daun pintu nak tgk sapa gerangan VIP tu.

Sultan Johor beb!!!

orang lain siap ber-tuanku2 lagi. Aku leh lak bantai selamba wish Sultan "Good morning... how are you?"

belum sempat sultan Johor nak membalas sapaan aku, sang ibu menggertak aku dari luar bilik...

"amer!! dah kul 8! Ko tak kerja ke?"

Mimpi skali lagi.

NUke



After merelasekan 'Insha Allah' awal tahun haritu, penyanyi muda berbakat ini mengambil keputusan utk sama2 membetulkan persepsi Barat terhadap perilaku Nabi Muhammad dan umatnya; yakni kita, Muslim. Lagu yang rapi disusun dengan ulangan melodi piano yang menusuk kalbu, ditambah pula dengan penggunaan bahasa mudah dan cepat utk dihafal dan difahami, 'The Chosen One' membuktikan kematangan Maher Zain dalam penyampaian makna yang tersirat di dalam lagu.

Diilhamkan oleh sifat dan perilaku mulia Nabi junjungan, s.a.w., 'The Chosen One', jika dinilai dari sudut melodi sudah cukup memberangsangkan dan kuat dek gabungan alunan vokal yang segar disulami bass, gitar, synch, 3 lapis suara latar dan juga strings.

Satu lagi produk berkualiti daripada; Maher Zain.

Song: The Chosen One
Album: Thank You Allah
Release Date: Aug 01, 2010
MyRate: 3.8 / 5.0

NUke


Thanks to Lissa yang telah menang 2 tiket ke konsert MTV World Stage. Tak pasal2 aku tumpang rezeki sekali. Adil lah kan, dulu2 aku menang tiket konsert, aku ajak member. kali ni, aku pulak la merasa. Sampai kat sunway around 12 noon, singgah lunch kat KFC, before berjalan menuju tempat beratur. Sambil tu, sempat jugak melahap 2 donut J.Co sambil minum Chocomint.

Konsert bermula around 7 pm; dimulakan dengan Bunkface, Wonder Girls, Tokio Hotel dan last skali, Katy Perry. Malam tu menyaksikan Bunkface pertama kalinya muncul di MTV World Stage mewakili Malaysia; juga remix rock 'Nobody' oleh Wonder Girls walaupun hanya untuk beberapa saat, grafik menarik di skrin dan fireballs, ketika persembahan oleh Tokio Hotel, dan juga lagu baru Katy Perry yang pertama kalinya diperdengarkan pada khalayak ramai - Peacock.

Cakap banyak tak guna, gambar2 ni ada.













NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.