Sedang berborak2 dengan seorang staff baru di ofis, tiba2 perbualan kami menjurus ke arah mengenali diri masing2...

Dia : So, awak umur berapa?

Aku : you guess...?

Dia : Erm... 24.. 25...?

Aku : Lebih kurang la.

Dia : Cakap la betul2.. Lebih ke? atau kurang dari tu?

Aku : around that figure la.

Dia : I think you're 28.

Aku : Haha.. What make you said that?

Dia : You look like 28 years old.

Aku : Yeah... I'm 28. Hahaha.





For some people, aku nampak sangat kebudak2kan.. Tapi aku bersyukur sebab di mata dia, aku nampak lebih matured. So, camne rupa aku bila dah 28 thn nanti? Aku pun tak pasti.. Ada janggut lebat skit kot? Macam ni..?



NUke


Maafkan saya ayah, pagi tadi bila saya bangun dan keluar dari bilik untuk ke pejabat, ayah masih di dalam bilik; terlelap sesudah selesai solat subuh.

Saya pergi ke pejabat tanpa sempat mencium pipi dan bersalam dengan ayah.

Dan ketika tadi, saya pulang... ayah sedang tidur; setelah penat bekerja dan bertukang di tengah hari. Saya tak mahu mengganggu rehat ayah.

Ayah... beza usia kita cuma 40 tahun. Jauh bezanya. Hari ini, usia ayah sudah mencecah 62 tahun.

Ayah, boleh tak ayah maafkan anak ayah ni sepanjang 22 tahun anak ayah ini hidup bersama-sama ayah. Boleh kan ayah?


Selamat hari lahir, ayah. Ayah tahu kan, anak ayah ni sebenarnya sayang sangat pada ayah.

6 Mac 2010.

NUke


PE'US : Siri 5

"Thanks sebab pulangkan balik kunci aku."

Fairus cuma tersenyum. Dia kemudiannya menepuk bahu kanan Amiroul sebelum meminta izin untuk ke tempat lain. Dalam pada mereka berbahasa, sempat juga Fairus memesan kepada Amiroul untuk menjaga kunci biliknya itu dengan baik, dan masing-masing ketawa.

"Karang aku jugak yang nak kena pulangkan balik...", sayup-sayup kedengaran suara Fairus yang semakin menjauhi ruang sinki bilik air itu. Amiroul cuma mampu tersenyum sebelum mencukur jambang nipis yang mulai tumbuh di bahagian pipi kirinya.
--

Entah kenapa ayat-ayat terakhir yang dilaungkan Fairus tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Sambil langkah diatur menuju ke arah bilik, Amiroul cuma mampu tersenyum.

--

Melihat Zamri yang asyik bermain Counter Strike, Amiroul sengaja mengajak roommate nya itu bersarapan bersamanya. Gagal. Masuk kepada percubaan kedua. Masih gagal. Memaksa Amiroul untuk menggunakan cara lain.

"Time aku nak belanja... kau yang tak nak. Okay... aku sarap dulu!", katanya sambil membuka pintu dan berjalan keluar bilik. Pintu kayu itu ditutup semula. Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Sunyi. Sehinggalah langkah ketujuh diambil, kedengaran pintu bilik dikuak dan dihempas kuat. Seseorang berlari ke arahnya.

"Kau belanja kan? Aku nak roti telur dengan teh tarik!", sapa Zamri yang tiba-tiba muncul di sebelah kanan Amiroul dan merangkul bahunya.

"Boleh! Tapi guna duit kau la... sebab aku tak bawak wallet!" balas Amiroul yang kemudiannya membuktikan kenyataannya itu. Memang sungguh dirinya tidak membawa wallet, akan tetapi ada saja sekeping not RM10 di poket kiri di bahagian belakang jeans birunya itu.

"Sial! Kenakan aku!! Patut lah aku macam berat hati je nak join kau breakfast tadi... Kalau aku tau, aku main je CS tu... Babi la kau Oul!", rungut Zamri yang kemudiannya dituruti dengan tawa kedua-dua mereka.

--

Sambil mulut mengunyah roti telur yang sama dipesan dengan Zamri, mata Amiroul terpaku kepada seorang gadis yang sedang berdiri; menanti air yang dipesannya siap dibancuh. Hatinya yakin mengatakan bahawa mereka penah bertemu, cuma tidak pasti saja di mana.

"Budak tu namanya Khadijah! Budak Chemical Engineering. Second year. Kolej Lima.", Zamri memberikan satu jawapan yang tidak ditanya Amiroul.

"Yang pakai baju kurung maroon tu?"

"Ha'ah."

"Mana kau tahu?"

Diam. Memaksa Amiroul untuk kembali berpaling kepada Zamri yang sudah pun merenung tepat ke arah matanya.

"Junior aku. Sure lah aku tau."

Tersengih. Amiroul memaksa dirinya untuk memberikan satu sengihan paksa kepada Zamri yang masih mengunyah sarapannya; sebelum kembali menghadap roti telur yang semakin sejuk itu.


"Khadijah...", Amiroul berbisik perlahan.

--Bersambung...

NUke


Dah lama tak update, dah ada few readers bising. Tanya pasal series la, itu la.. ini la. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, ku gigihkan diri jua utk mengupdate blog malam ni. Actually, minggu ni agak busy dgn paperworks and meetings; sampai rumah pun kadang2 dah lambat and penat. So, atas sebab2 tu aku agak kurang mengemaskinikan blog dan singgah di laman2 penulisan kalian. Maaf. Berkenaan series Pe'us; insyaallah esok atau lusa akan ku publishkan.

--

Normal lah bagi seorang chatter dan blogger tegar utk mlakukan ksilapan dalam typing. Kata lainnya, typing error. Singkatannya - Typo. Jangan tanya aku mcm mana leh jadi word 'typo', sebab aku pun tak tahu.

2001 - tahun ni mnyaksikan penglibatan aku dalam dunia siber dan chatting buat pertama kalinya. Aku takdela join room Kampung, mIRC, whatever la. Aku ni chatter kecil2an saja. Join room Malaysia1 via Yahoo! Messenger. Dan sampai sekarang, kalau aku ada kelapangan skit, aku akan join Malaysia1 (M1).

Dari situ aku kenal dgn mcm2 ragam dan gaya penulisan orang. Ada yg tlalu ringkas mngalahkan bahasa sms. Ada jugak yg sanggup taip panjang lebar as in complete spelling. Even bagi salam dalam room - 'Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh'.

Orang itu adalah aku.

The best thing is bila ada sorang typo. Lets say instead of saying 'babai'; he typed 'babi'. Missing another A. Tak ke lawak jadinya.. tengah2 wishing gudnite to other chatters, tiba2 terkeluar 'babi'! Dalam room M1, jgn la korang typo! memang akan ada yang akan nampak & on the spot korang akan jadi 'bahan'. Haha.


Petang tadi lepas office hour, aku trapped dalam office sbb hujan; aku surf la tenet, tgk2 nuffnang aku. Ade la few keywords yang indirectly linked to my blog. Thanks to anyone who google-d for 'nukerude'. But ade 1 keyword yang btul2 menarik perhatian aku.. Bukan! Bukan keyword lucah2 tu, itu adalah normal.. tapi...




"BUKERUDE".



Typo sial! Haha, whoever do that, I would like to thank to him/her for making my evening ceria!

NUke

Hujan Hujan...

Hujan Ceria.
Jangan Ganggu
Hujan Ceria.

Kau datang
Dan Pergi

Mari padaku
Hujan Ceria.

Kau datang
Dan Pergi...

Mari padaku
Hujan Ceria...





Sapa ingat lagu iklan ni? Dah lama rasanya lagu ni? Anyway, Hujan tak stop lagi dan aku masih di office. Chat dgn Khairul Anwar kat FB, dia ada mention pasal masakan mak.

Terus aku lapar.


NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.