Aku ada 1 kehidupan yg teruk dulu2.
NUke
dalam topik : lelaki
"Bising lah kau, Aisyah! Biarlah Miroul habiskan cerita ni… tak sabar-sabar! Ha! Oul, ape endingnya? Couple ke diorang tu?", kali ini Wahidah pula bertanyakan soalan yang sama setelah fokusnya terganggu. Amiroul tidak segera menyambung ceritanya itu. Dicapai botol air mineral Spritzer di atas meja itu lalu diteguk perlahan airnya. Dia merasakan yang tekaknya kering setelah terus-menerus bercerita tentang kisah Asyraf dan Xyryll kepada Izham, Wahidah dan Aisyah.
“Diorang tu kawan kau ke, Roul?”
“Hah?? Macam mana kakak kau tahu weh?”, Aisyah pula yang memberikan respon. Buku notanya segera ditutup dan matanya kembali tertumpu kepada wajah Amiroul yang berjanggut nipis itu. Wahidah juga mengikuti Aisyah. Buku yang tertutup itu diletakkan di atas meja batu itu. Mendengar suasana sunyi untuk seketika turut mengundang Izham untuk beralih tumpuan daripada skrin handphonenya kepada setiap wajah sahabat-sahabatnya itu.
“Xyryll yg story semua ni kat my sis. Dia minta clash. Sengal kan? Harap je muka hensem, tapi minat kat jantan!”
Entah apa yang kelakarnya, masing-masing tertawa dan mula mempersendakan Izham yang memiliki rupa dan menarik perwatakannya. Wahidah berseloroh, bertanyakan tentang status orientasi seksual Izham. Dan ianya berlarutan dengan gurauan dan hilai tawa mereka yang lain.
--
“Tak larat la aku nak gelak… perut pun dah lapar! Jom geng, mapley!”, Wahidah akhirnya tewas dengan bingit yang dilaungkan mereka.
--
9.43 malam.
“Check friendster jap lah!”, bisik hati kecil Amiroul setelah matanya muak dan penat menatap nota Mekanik Kuantum. Segera dilayari internet dan mendaftar masuk ke laman sosial tanpa batasan itu. Satu-persatu ruangan dilihatnya.
“Hm, not bad… 165 views untuk hari ni! Ok la tu…”
Klik..
Klik, Klik…
“Sapa lak mamat ni? Tiba-tiba view aku…”
--Bersambung…
p/s: Kembali!NUke
Hm, takde tajuk yg sesuai untuk entry kali ni sebab aku just nk menulis apa yang ada dalam kepala saja. Memandangkan aku tak reti nk menaip 'stuffs' dlm microsoft words dlu, maka the only way yg aku leh meluahkan apa yg terpendam ialah menerusi blogspot.
Kadang2 aku tak pasti apa tujuan aku berblogging. Adakah sebab aku mahu populariti? Atau sekadar mahu menguji kecekapan dan kemahiran menulis...? Mungkin juga aku mahu menunjuk2 tentang kebolehan aku berblogging dan bolehlah mencanang cerita sana sini. Paling koman pun kalau org tanya "Kau ada blog tak?", aku boleh la jawab "Ya...!"
Dan aku pun pernah terfikir dan bertanya kpd diri sendri; "Apa tujuan blogger2 yg lain ni berblogging?"
Dan sebentar tadi aku ada berbual dengan J. Rindu sangat pada dia. Dan serentak dgn tu, aku terfikir akan sikap dan prejudis masyarakat kita tentang persahabatan berlainan bangsa dan agama. Nasib baik J tu beragama Islam sungguhpun dia ada darah kacukan. Tapi adakah kemungkinan untuk aku direstui oleh keluarga dan masyarakat sekiranya kekasih aku itu asalnya berbangsa lain dan menganuti agama lain? Adakah kau juga pandang serong kalau aku bercinta dengan seorang Cina?
Dan aku masih tahu batasan agama.
Sejak dah bekerja, aku dah ada sumber kewangan sendiri, yang mana aku peroleh dari penat lelah dan cabaran aku mengharungi hari2 yg tak pasti di lebuhraya sebelum bertungkus-lumus di tempat kerja. Dan aku sedikit pun tak pernah menceritakan semua itu kepada para sahabat yang terlalu kerap minta dibelanja. Aku tak lokek wang ringgit bro; malah aku tau keperitan hidup as a student sbb aku pun seorg student dlu2. Aku suka berkongsi rezeki dgn kalian; cuma jgn meminta saja. Aku tahu rezki yg Tuhan berikan tu bukanlah semata2 utk aku, barangkali utk kalian juga. Hari ini mungkin hari kamu, esok lusa, aku pun tak pasti.
Beberapa hari lepas aku nyaris menemui satu kecelakaan jalan raya. Alhamdulillah, pd thn baru ni, aku masih mampu bergelak ketawa dan berjalan2. Mungkin tuhan nak tunjuk padaku akan kekuasaan-Nya yang mampu mengacah hamba2-Nya yang alpa akan suruhan dan larangan yang telah pun Dia tentukan.
Dan baru aku sedar dah lama jugak aku asyik missed dan asyik qada' Subuh.
Ya, lepas membaca semua ini barangkali ada 1 persepsi negatif drpd kamu tentang diriku. Kau boleh simpulkan yg aku ni Gila Populariti, Racist, Boros, dan juga seorang yg Malas sebab tak pernah on-time Subuh.
Dan aku akui kesilapan aku tu.
Tapi kamu mengaku kah setiap buruk perilaku kamu itu?
NUke
dalam topik : personal
Okay. Asal masuk tahun baru je, for sure lah akan timbul soalan2 camni...
"Apa azam tahun baru kau?"; atau
"Umur kau dah meningkat ni nak... takde calon bini/suami lagi ke...?"
Gitulah lebih kurangnya. Untuk aku, soalan yang kedua tu jauh sekali pernah terpacul drpd mulut parents ku. Haha. akub bagi tempoh kat dorg lebih kurg 10 thn lagi kot! Ngeh2.. nasib la kau J, kna tunggu B kamu ni masuk meminang 10 thn lagi yer... Tu baru masuk meminang yer... Hahaha! Sian J!
Azam aku tahun ni? Takdelah byk sgt mcm thn2 lepas. Cuma mengharapkan thn 2010 jadi thn yg berfaedah dan terbaik untuk aku la. So, antara azam dan impian aku thn 2010 ialah:-
- Menambahkan berat badan; koman2 pun 58 kg.
- Mempunyai pelaburan kewangan; ASB, Unit Trust ke, Tabung Haji ke... (Wajib ada ni)
- Skurg2nya ada simpanan RM4,000; yg mana duit ni aku tekad takmo sentuh langsung!
- Kamera DSLR satu!! Model ape, tak survey lagi... advices please!
- Bercuti di Sarawak! (setelah beberapa kali terbatal hajatku ini...)
Hm, itu saja lah azam dan wishlist aku utk thn ni. Selain drpd 5 perkara tu, of kos la nk support parents aku skit, adik aku yg thn ni amik SPM skit. Sambil memanjakan diri sendri dgn pelbagai benda2 yg tak berfaedah... Huhuhu.
Harap2 impian dan azam dapat dicapailah hendaknya. :)
NUke
.
.
.
p/s: Happy New Year 2010!
NUke
dalam topik : novel


