Dalam beberapa entry lepas, aku ada mention pasal kalkulator saintifik fx-570 yang mana time SPM dlu ramai yg bercanggah pendapat; sama ada kalkulator jenis ini dibenarkan dibawa masuk ke dlm exam hall atau pun tidak. Aku dan beberapa kwn dulu2 jenis yang tak amik port sangat, as long as kalkulator ni boleh digunakan untuk kira2... tu je.
Dan ada yang mengatakan yang kalkulator ni tak boleh dibawa masuk disebabkan fungsi2 tertentu pada kalkulator ni yg 'menggugat' tahap kesukaran soalan. terutamanya soalan Add Maths. Benarkah?
Benar. Selain berupaya menyimpan memori untuk satu-satu nilai tertentu menggunakan fungsi 'Alpha'-alphabet, kalkulator ni jugak boleh digunakan utk pengiraan kamiran tentu dan pembezaan yg mempunyai had (nilai2). Soalan peperiksaan akan menjadi mudah dan tergugat sekiranya si pengguna tahu menggunakan fungsi2 ini. Tak cukup dgn kamiran dan pembezaan, pengiraan soalan matriks dan vektor juga menjadi mudah.

Berbeza ngan kalkulator model lain (keluaran Casio), fx-570 jugak ade fungsi untuk menukarkan unit; yang mana dpt mnjimatkan masa para pelajar utk mmbuat pengiraan.
Dan seperti yg aku katakan, fungsi2 kalkulator ini hanya berguna untuk soalan2 objektif dan juga bagi tujuan semakan semula setelah selesai menjawab soalan. terutamanya Add Maths.
Macam mana aku tau? Hahaha...
p/s: kadang2 ada faedahnya kita baca manual...
NUke
dalam topik : exam
Susunan muzik yang menarik dengan persembahan vokal yang sederhana dan garau. Sememangnya boleh dikatakan Neeruza Ozawa sbg salah satu lagu rock tempatan terbaik tahun ni. Dan tak salah kalau aku katakan yang lagu ni merupakan lagu yg terbaik pernah aku dengar drpd Modread.
Modread - Neeruza Ozawa
Bergetar detik arah perjalanan ini pun kehendak
Oleh penawanan perasaan yang menghilang
Mampu membawa rasa yang telah pun tenggelam
Oh kepada dia yang tidak pernah ada
Kasih tiada daya
Menutup mataku walau aku tahu oh hatimu
Kerana dirimu masih melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku
Pergilah satu hidup bahagia yang telah pun tertewas
Terdengar satu kesalahan yang mungkin dimaaf
Perasaan ini seperti telah pun mati
Hanya kehendak aku berdiri sendiri
Dia yang telah tiada
Hilang dimataku walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku oh oh oh
Kasih tiada daya
Menutup mataku walau aku tahu oh hatimu
Kerana dirimu masih melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku
Dia yang telah tiada
Hilang dimataku walau aku tahu oh hatimu
Cukuplah sekadar satu senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku oh oh oh…
MyRate : 4.2 / 5.0
NUke
dalam topik : muzik
Salam.
Kau pernah memaki hamun tak bila citer yg ko tgk kat cinema tu tamat? Aku pernah. Semalam. Kurang hajar tul director citer Twilight tu. Ada ke patut habiskan crite yg best macam tu. Serious dowh. Aku tak puas hati. Bukan sebab tak best, sebab BEST dowh!
Ni yg buat aku tak sabar nk tunggu sambungannya nih.
NUke
dalam topik : movie

Malam yang dingin itu sedikit tidak berupaya mempengaruhi Asyraf untuk belenging di luar bilik. Dengan hanya memakai seluar Bermuda putihnya itu, dia setia menanti Xyryll yang masih belum pulang dari kafeteria. Sesekali, Asyraf disapa oleh rakan-rakannya yang turut menghuni blok kediaman yang sama.
"Mana lak si Xyryll ni?", rungut Asyraf yang semakin penat menunggu. Sekali pun Xyryll tidak pernah menyuruhnya untuk menunggu. Asyraf sendiri yang merelakan diri; membatu berdiri memerhatikan setiap kelibat lelaki yang menghampiri dirinya itu.
"Wei! Kau tunggu siapa ni?"
Akhirnya Xyryll muncul juga, turut dijinjing satu bungkusan plastik yang berisi beberapa keping roti bakar yang saja dibeli untuk Asyraf. Bungkusan itu dihulurkan. Asyraf pantas mengambilnya daripada Xyryll. Sambil berdiri, sekeping roti dikunyah perlahan sambil matanya merenung tepat ke arah Xyryll. Diam.
Segera tangan kiri Xyryll dicapai dan digenggam Asyraf. Kaget. Terkejut. Xyryll tersenyum cuma. Itu saja yang mampu dibalasnya. Genggaman itu sedikit dilonggarkan sambil kedua-dua lelaki itu menuju ke arah bilik mereka. Dan ketika itu, mereka masih diam seribu bahasa.
--
Pintu segera dikunci. Asyraf menarik Xyryll ke arahnya. Rapat sekali; menuju ke arah katil kayu yang sememangnya sempit dan muat untuk sebatang tubuh sahaja. Pelik dengan tindakan Asyraf itu, Xyryll segera menampar pelahan pipi kanan sahabatnya itu. Sekali. Dua kali. Sedikit kuat kali ini.
"Kau sure ke kau okay malam ni?"
". . ."
"Gersang? Sangap?"
". . ."
"Asyraf! Are you okay? I'm aski...."
Bibirnya disambar tepat oleh Asyraf. Bertaut rapat. Menemukan kumis nipis masing-masing. Terpejam mata si Asyraf yang mana kelakuannya malam itu sedari serba tak kena di mata Xyryll. Tolak. Kuat tolakan yang dipadukan Xyryll ke dada Asyraf yang baru saja menciumnya. Kaku dan cuak dimukanya tak dapat disembunyikan. Asyraf juga begitu. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya terhadap rakan sebiliknya itu.
"Kau memang sial lah Asyraf!"
Rakus kedua-dua tapak tangan Xyryll menekap pipi Asyraf. Sambil matanya direnung tepat ke arah bola mata Asyraf, Xyryll sekali lagi mengulangi apa yang diunngkapkannya kepada Asyraf. "Kau memang sial!". Seolah-olah mengerti dengan kata-kata Xyryll, Asyraf sekali lagi mencium Xyryll. Dan nyatanya kali ini perlakuan antara mereka dituruti dengan hilai tawa masing-masing. Bagaikan tidak menolak perlakuan nakal masing-masing; hanya merelakan perlakuan yang sedari tadi diperhatikan oleh Arief...
"Korang ni apahal?", teriak Arief yang sememangnya dari tadi ada di dalam bilik dan memerhatikan cumbuan dua sahabat lelakinya itu.
--Bersambung...
p/s: Cerita ni dah nak sampai penghujungnya.
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu, novel
(Baru aku teringat yg aku ada pembaca non-muslim). Doh! Anyway, sedar tak sedar dah masuk bulan disember dah. Hujung tahun dah rupenya. Macam2 perkara dah berlaku tahun ni. Dan aku tak berniat nk mengulas pjg sebab belum tiba hujung tahun lagi. Nanti2 lah aku huraikan rumusan kehidupan peribadi sepanjang tahun 2009 ni.
Masih ingat akan buku rekod pelajar?
report card merupakan salah satu penanda aras tahap akademik bg plajar sekolah. Dulu2, kita bukan main gerun lagi nk bagi & tunjuk report card kat parents, tambah2 lak kalau ada subjek yang markah dan grednya ditulis oleh cikgu dgn pen kaler merah.
Mungkin subjek Additional Mathematics.
Lainlah kalau kita cemerlang dalam kelas, bangga dan tak sabar2 je nk tunjuk mak ayah (dan satu kampung) buku rekod tu. Lain sekolah, lain kaler bukunya. Macam aku time skolah Melawati dlu, buku tu kaler putih. Mmg lah cepat kotor. Tapi itu dah cukup bagus drpd warna pink. Sebab aku tak suka pink. Warna nya macam ubat antibiotik klinik.
Perasaan parents kalau anak yg cemerlang, surelah bangga. Siap sign report card besar2 lagi. Kalo boleh nk sign ngan pen dakwat basah jenama parker. Bagi yg tak berapa nk excellent, mula lah ada plan nk bagi opah tandatgn. Tak pun tandatgn sendiri je. Well, aku pernah suruh opah aku tandatangan buku rekod utk sekolah agama dulu2. ye la, sebab banyak main... exam pun hancur. Dah tu plak salu je kena denda mengaji satu juzu' al-Quran, gara2 lambat dtg sekolah dengan si Asyraf Yaakub tu. Entah ape lah khabar mamat tu.
But Alhamdulillah, parents aku menerima pencapaian akademik anak2nya dengan hati terbuka. Not to say that they're not concern, cuma mereka percaya dgn usaha anak2nye. Apa yg mampu dicapai oleh kami, ibu dan ayah cukup mengerti. Cuma kdg kala saja peringatan diberi tatkala pencapaian sedikit merosot. Akibat leka bermain Proyo di dalam kelas.
Damn! Aku rindu zaman tingkatan 2.
NUke
dalam topik : sekolah
