Salam.

26 Mei lepas, setelah mengumpul wang yang tak seberapa hasil drpd jadi exhibitor, maka, aku pun bergerak ke kaunter Bahagian Kewangan UKM kat bangunan Canselori tu utk mmbayar yuran pengajian yang tertunggak. Jumlahnya tak banyak, just RM74 je. Tapi still rasa perit nak bayar, maklumla dah elok2 dapat duit hasil keja sendri kan, rasa ralat gak nak guna.

But, itulah duit. Sehelai kertas yang di'signed' oleh Gabenor Bank Negara; tujuannya utk digunakan, sebab duit tak bawak mati beb! Haha (bole plak camtu...). Ok. Setel dah bab yuran tertunggak nih.

---

Pagi tadi, tergerak hati aku nk bukak portal pelajar UKM, nak check bila result exam kuar. Aku check, tak kuar2 lagi. Sambil2 tu aku baca la notis utk student, dia tulis kat stu, jgn lupa hantar gambar utk konvo.. jgn lupa baya yuran2 tertunggak... n jangan lupa untuk bayar yuran konvo.

Yuran konvo? Hadeii, nak konvo pun ade yuran...

Aku check la kat sistem kewangan pelajar tu. Alih2.. mmg ada.. RM 110. Tapi apa yang buat aku terkejut besar? Mane taknya, ditulis lak kat situ "Hutang Pengajian Pelajar"!! Ape kejadahnya? Aku bukan amik short sem pun weyh! Dah la takde kod lejar utk hutang tu... Benda ni yang buat aku musykil tadi... aku jenuh berpikir, bila pulak aku ade hutang RM110 lagi ni.. Huhuhu... Tension jap la... So, utk dapatkan kepastian, aku YM seorg mmber; Jawa nama panggilannya. Dia kata, yuran RM110 tu mmg yuran konvo sebb dlm kewangan plajar dia ade tulih... So, aku ade skit konfiden la yg hutang RM110 dlm kewangan pelajar aku tu sememangnya yuran konvo...

Dah nak konvo dah. Cepat tul masa berlalu.



NUke


Kau pernah rasa tak...


Satu perasaan yang membencikan.

Kau ada blog...

Dan kau nak update blog...

Tapi,

Kau ada satu masalah BESAR!

Kau tak tahu nak tulis apa.








Itu lah yang aku rasa.

Benci kan?!





NUke



Salam.

Hm, rasanya macam banyak cerita nak dikongsi. Malam semalam, lebih kurg kul 11.45 mlm, satu area Sungai Tua mngalami black-out. huhu! Bosan. Time aku nak wat keja, time tu la nak black out. macam haram je rasanya. Selain drpd takde air, aku paling tak suka black out. sebab apa? Obviously la sebab kepanasan kan? Walopun cahaya lampu tu membekalkan haba, tapi kalau sampai dah kipas pun tak bepusing.. mmg macam celaka. Sebab tu aku tak suka blackout. Lagipun, time2 blackout la byk pencurik amik kesempatan merompak. Huhu!


So, ape yang aku buat time blackout semalam? Haha, at first, aku on9 thru my mom's lappy, sambil borak2 ngan my mom n my cousin. Huhu, siap makan biskut kering cicah kopi lagi. Sedap seyh!. Then, cousin aku ni dah nak mati kebosanan sangat.. dia ajak aku gi Danau Kota. katanya nak carik 1 snowcap. (walopun Malaysia ni takde snow..).. pusing la 2 3 kali, last2 xjumpa. So, sebab taknak rasa kecewa sgt, dia beli la 1 topi kulit ala2 koboi tu, n satu topi biasa yg mcm org pakai gi mancing. Huhuhu.. Ok la kan?

Balik rumah kul 3 pagi. letrik dah ade. Aku sambung online and tulis artikel.

Hari ni, misi mengemas dan menyusun atur semula segala almari dalam bilik aku. huhu, before this, bilik tu akak aku yg guna, since dia pun dah kawin n pindah, aku lah yg take over. Hm, aku terlupa lak nak amik gamba keadaan bilik aku sebelum di'renovate'kan.. aku cuma amik gamba lepas bilik tu dah renovet je. Huhu.

Bilik bujang.. Dah kemas pun rasa mcm bersepah gak!

Aku agak emo hari ni. Mungkin sebab penat angkat2 almari kot. Maghrib tadi terlelap jap. Bila bangun je, rasa macam nak gila jap.



Huhu.


NUke


Salam.

Semalam, lebih kurang jam 6 petang, aku terkial2 menukar layout blog aku ni. before this, aku pernah berbual dgn seorang kawan, and ckp kat dia aku prefer kaler hitam untuk blog aku ni. Tapi, alih2 jadi kaler putih lak.



hm, kenapa aku pilih putih pulak? Kata suka dark n emo2 nih..? Kalau nak sangat tahu jwpn tu, aku pun x pasti. Aku takde jawapan konkrit. Mungkin aku da sakit mata kot asyik tgk layout blog aku yg kelam2 tu.. Huhu. Tapi aku berbangga gak la, sebb aku pernah pakai layout dark-emo yg original nya aku x sengaja tukar dulu2. Aku admit, layout blog yang aku guna sebelum ni la yg menampakkan kematangan aku kot... Haha. Mungkin!


rupa blog aku; 1 ketika dulu... huhu

Jadi, skarang ni tiada lagi emosi yang keterlaluan. Mungkin dah tiba masanya untuk mencari "tuning" yang ade skit lari... sebab tu aku tukar pic banner kat blog tu. So far, mcm2 reaksi aku dapat drpd kwn2 aku ttg layout baru blog ni. Ada yang suka, ade jugak yang prefer layout lama. Hmm, terima kasih sebab sudi mmberi pandangan. Tengok lah mcm mana.. kalo aku rasa perlu utk tukar.. aku tukar semula.





NUke



Salam.

Seronok apabila mengenangkan segala kenangan yang dah kita lalui kan? Ade yang gembira, menyeronokkan, sedih, tawar, duka... Entahlah. Semua tu permainan emosi dan perasaan. Acapkali kalian membaca entry2 di blog ni... namun pernahkah kalian terfikir akan hati seorang penulis / blogger ni? Mungkin ya. Mungkin tidak. Tak perlu kisah pun. Apa yang penting adalah diri kita sendiri kan?


Sedar kah aku? Sedarkah kamu? Aku berusaha dan melakukan pelbagai ikhtiar untuk berada di kemuncak dunia. Mengecapi segala nikmat milikNya. Aku seringkali mahu menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik pernah aku saksikan. Kamu? Pun sedikit sebanyak pasti berperasaan sebegitu kan? Mungkin sudah tiba masanya untuk penulisan yang matang; dan menjengah kelemahan seorang hamba Nya.

Kenapa aku menagungkan hiburan? aku sering melayan lagu-lagu yang mengalpakan. Satu hiburan yang menjanjikan ketenangan sementara. Sebut saja... Linkin Park, Good Charlotte, Simple Plan.. malah artis-artis tempatan yang tak kurang hebatnya.. Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir... semua aku layan. Yang menakjubkan, hampir kesemua lagunya aku hafal.. dan ingat; menjadi siulan tatkala berjalan berseorangan di kaki lima. Namun, sedarkah aku akan azan yang sayup berkumandang di hujung telinga? Ya, aku dengar. Dan aku hanya mendengar... bukan menghayati. Keji nya aku sebagai seorang hamba-Nya, aku sekadar menghormati azan dengan memberhentikan sebentar alunan muzik syaitan itu. Namun, tetap melengahkan solat yang kadang kala masanya telah pun luput. Aku sedar akan jijiknya aku sebagai seorang hambaMu. Ya Allah...

Aku membaca khusyuk setiap butiran kata yang terdapat dalam majalah. Namun ini tak bermakna aku tak menelaah buku-buku ilmiah. Setiap helaian nota aku jamah dengan mata dan pemikiran. Dalam usaha untuk berjaya dalam peperiksaan setiap semester. Dalam pada aku menelaah, aku tegar menatap laman maya yang tiada berfaedah. Membangkitkan nafsu yang sementara. Nafsu yang minta diisikan.. dengan kelakuan keji, yang mengundang diri ke kencah neraka. Apa aku tak belajar akan dosa dan pahala, walhal aku pernah berada di menara gading? Apakah ilmu agama hanya setakat Tingkatan 5? Bebekalkan gred A2 yang aku peroleh, segalanya difikirkan sudah cukup? Oh tidak. Kejinya aku sebagai seorang hambaNya. Masa kan aku boleh membaca beratus-ratus naskah majalah dan buku ilmiah, akan tetapi tidak menyentuh pun sebuah naskah suci yakni Al-Quran...? Teruknya aku!!

Naskah suci yang dilupakan...


ke mana hilangnya zikir-zikir dari mulut ku? 

Masa ku diluangkan terbazir merenung siling. Sambil badan berbaring dan tangan menyilang di pangkal dahi. Mengharapkan segala yang ku tempuhi berjalan lancar. Dalam pada membuat dosa, aku masih meminta untuk cemerlang dlam segala yang aku lakukan. Tak tahu malu bukan? Sudahla tidak beramal.. meminta lebih-lebih pula. Termakbul kah akan doa ku ini? Aku malu, kadangkala rasa bersalah. Namun, itu lah manusia.. hanya mengetahui kewujudan perasaan itu, tapi tidak berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Sampai bila harus begini ya? Oh tuhan, aku akui banyak laranganMu aku lakukan, malah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan amalan ku ini. Mungkinkah aku dijamin syurga Firdaus? atau Neraka Jahannam yang sedang menanti ku?

Aku malu. Malu padaMu ya Allah...











NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.