Salam.

Aku sangat emosi minggu ni. Permulaan hari Isnin yang tidak begitu baik kerana aku tak tahu ada kelas taklimat viva jam 0830 pg tadi. Dan aku juga mengalami tekanan akibat ketidak-siap-an lagi Bab 4 dan Bab 5 tesis aku. Kena submit final draft pada 13 April 2009. Aku juga menjadi tak tentu arah dan mengambil keputusan untuk tak ke kuliah akhir subjek fotografi untuk ke Sains Nuklear.

Tak cukup dengan itu, aku juga mendapati aku di tag oleh Mira yang mana tag itu ada kena mengena dengan 6th folder dan 6th picture dalam folder tu. Maka, untuk menjaga keaslian gambar yang diperlukan itu, aku mengedit terlebih dahulu sebelum memaparkannya di sini.


Korang rasa la kan, berapa banyak huruf T ada dalam entry kali ni?








33 huruf! (aku rasa la!)


NUke

Salam.

Benda pertama yang aku pikir sebaik saja aku sampai ke bilik di UKM ni adalah meng-update blog! Cis! kalau lah ibu bapaku tahu, maka hancur luluh lah harapan mereka... Mesti diorang ingat aku balik UKM ni dengan perasaan tak sabar2 nak siapkan thesis writing... tapi haram jadah!

Emosi agak tak stabil. Hari ni, aku ikut ibu aku hantar adikku ke sekolah asramanya. Turut disertai oleh Angah. Since lesen aku da expired, maka Angah lah menjalaskan tugas sebagai driver manakala aku co-driver yang perlu memastikan diri aku dan diri Angah tak tidur tatkala hujan lebat yang menyebabkan kemengantukan. Sampai rumah jam 6.30 ptg. Layan kerenah anak buah sekejap sambil tgk TV sementara menunggu waktu Maghrib dan masakan malam siap.

Habis makan, kemas2 barang and mula bergerak ke stesen Terminal Putra. Angah hantar aku since dia pun nak balik ke rumah dia kat Ampang. Perjalanan ke KL Sentral amatlah smooth dan untuk itu, aku amat menghargai teknologi LRT Putra yang satu ketika pernah memegang gelaran "Sistem Rel Keretapi Tanpa Pemandu Paling Panjang Di Dunia". Tapi sekarang aku tak pasti akan gelaran itu... masih dipegang erat lagi kah?

Sampai KL Sentral, aku terus beli tiket KTM Komuter ke UKM yang berharga RM3.30 tu. Trun ke platform 6 dan tunggu tren.

Tunggu dan terus menunggu...

Tunggu lagi... dah setengah jam aku tunggu ni...

Tunggu dan akhirnya ada lah satu pengumuman:

"Tren ke Seremban akan tiba dalam masa 30 minit"




Tatkala aku mendengar perucapan itu... hatiku berdetik memaki hamun setiap orang yang bekerja di KTM walaupun brader Pakistan yang hanya bekerja sebagai cleaner di situ. Oh Komuter, apalah nasib kamu? Adakah kamu selalu sangkut di tgh2 rel lalu menyebabkan kelewatan? Atau kamu dipandu oleh pemandu yang tak mementingkan jadual waktu kerja?
Atau masalah teknikal yang perlu dipersalahkan?

Jujur aku katakan, kelewatan itu SELALU berlaku bagi tren yang menghala ke Seremban! Vavi betul!

Aku rasa la kan, tagline KTMKomuter tu patut di ubah la, daripada "Keselamatan Anda Keutamaan Kami" ke "MASA Anda Keutamaan Kami".

Korang tahu tak macam mana nak saman KTMKomuter?





NUke

Salam.

sedang-sedang aku view gambar2 yang ada dalam folder 'My Picture', aku terperasan akan style rambut aku yang berubah dari semasa ke semasa. Jujur aku katakan yang aku sangat mementingkan gaya rambut kalau nak ke mana2 event, or even nak ke kafe. Haha! Pada aku, rambut itu penting! Huhu...

So, kat sini aku compile kan beberapa gambar yang aku crop; menunjukkan style rambut aku yang berubah2 tu, since aku Darjah 2, sampai la aku dah masuk UKM.


Pada aku, aku suka style rambut aku waktu aku kat Matrikulasi Melaka (2005), ala2 poyo jer bila dikenang2 semula, tapi, itu lah aku. Mmg poyo pun. Apape pun, aku merasakan yang aku semakin banyak kehilangan rambut. Mungkin ini satu indicator yang cuba memberitahu aku bahawa aku akan botak suatu ketika nanti. Oh ya, teringin juga nak membotakkan kepala suatu hari nanti.. Apakah rupa aku tatkala aku botak nanti? Oh, masih tak terbayang lagi~



Aku nyer tagline waktu skolah dlu.. (mungkin sampai skarang!):
"My Hair Is My Beauty"

Bila dikenang2, apa saja lah yang penting sangat tang rambut tu kan?




NUke

Salam.

Maka berakhirlah sudah pembentangan hasil kajian thesis aku. Memang mencabar bagi aku untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh pemeriksa aku dan juga pensyarah2 yang lain. Takpe, aku ingat kalian semua sampai bila2. Haha... Bukan berdendam okay! Saja je buat ekspresi macam tu. Anyway, aku rasa sedikit lega selepas pembentangan hasil tu tadi. Poor Ferdi and Nora sebab diorg di-schedule-kan untuk membentang pada esok pagi. Sepatutnya petang tadi turn diorg... Takpa2, ada hikmah disebalik kejadian...

Oh ya, semalam; April 01, 2009. Lesen memandu aku tamat tempoh. Haha, dan aku masih tak me-renew lesen. Sebab nya? Ingatkan nak renew hari ni, since ada presentation, maka tak dapat la nak renew lesen. Esok atau lusa je lah aku renew. Lagipun duit biasiswa IBAY (IBu AYah) tak masuk lagi. Maka bersabarlah ya.


Enough.

Kembali kepada beberapa perkara yang aku tak sempat nak ceritakan di sini. Kembali ke 31 Mac, yang mana aku ada dinner kolej, dan tadi, Mira baca blog aku and kata nak tengok gambar2 dinner. To Mira, aku tak banyak sangat amik gambar malam dinner tu, nanti aku amik gamba2 dr kwn2 aku, pastu aku ltak kat sini ok.. Insyaallah...

Then, My 1st ever blog-award given by Mr. Shari (as mention in previous entry).. ni lah dia. And supposed ly aku kena bagi award ni kat 7 org yang lain. Sapa nak, bgtau aku ok. Ahaha.


award from Mr Shari.

Then, back to today. Aku rasa presentation aku masih teruk, walaupun kebanyakan rakan mengatakan yang presentation aku bagus. Jujur aku katakan, aku sangat gugup waktu presentation tadi. Terima kasih kawan2 atas dorongan dan sokongan yang diberikan; juga ucapan2 'good luck' yang kalian berikan. Tapi, aku lebih menyalahkan diri sendiri sebab tak bersedia sepenuhnya dan melakukan latihan dgn secukupnya.

Yes! maybe my presentation is good, but still...not my best.



Malam ni boleh lah main futsal! Yay!



NUke

Ketika aku mula taip entry ni, jam menunjukkan 2330. Bermakna ada 30 minit lagi untuk masuk ke 2 April 2009.

31 Mac:
Ada majlis makan malam tahunan kolej aku. Temanya tak pasti, rasanya tiada tema. Cuma tagline nya adalah "Malam Pesona Bintang". Aku malas nak hurai panjang lebar pasal dinner tu sebab most of my friends dah explain n cerita pasal dinner.

Apa yang aku pakai? Baju belang hitam emas ngan topi koboi yang aku jumpa kat rumah. Antik rasanya topi tu, sebab ada tulis tahun 1758. Apape je la, yang penting aku dapat makan malam tu and meja kitorang blakang meja VIP. X istimewa pun. haha...


Habis dinner, mendapat satu tekanan. 2 April, jam 0900 akan menyaksikan aku membentangkan hasil kajian tesis aku tu. Huhu, cuak pulak rasanya dengan last minutes preparation, aku still leh menggatal2 tangan untuk wat blog! Apekah?

Oh ya, dapat Award dr Mr. Shari, nanti bila ada masa lapang lepas2 ni aku wat pasal award tu pulak. anyway, thank you to Mr Shari.

Aku makin pressure. Nokhtah.



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.