salam.

lately, aku dihujani ngan beberapa soalan yang merimaskan. Dan aku menjadi tempat luahan perasaan yang bercampur baur yakni gembira, kecewa, dan keliru. Namun, aku hanyalah manusia biasa yang biasa (apa kah?)

Jadi, entry ni aku wat dengan tidak memikirkan siapa2, dan tidak ada kena mengena dengan siapa2 pun. hanya aku. So, kau tanya kat aku.. dan ini jawapan drpd aku.

Q1 : Kau single lagi?
A1 : Aku macam nak percaya yang aku single. But reality nya, tak.

Q2 : Kau kurus. Kenapa?
A2 : Yup, aku kurus. dan berat aku tak pernah cecah 60 kilo.. (so what?), and aku kurus maybe sebab ikut gen ayah aku kot. Ayah aku kurus jer.

Q3 : Kau amik sains nuklear. nanti kau kerja apa eyh?
A3 : Yer, aku amik sains Nuklear. macam2 kerja. tapi, aku nak kerja ngan transportation industry. Ko tau mana2 ada keja kosong?

Q4 : Sapa nama kekasih kau aa?
A4 : Sorry, aku tak bagitau sapa2 pun psl kekasih aku. Cukuplah kau tau aku dah berpunya.

Q5 : Kau suka ke org negeri X ?
A5 : aku kawan je ngan semua org, tapi kalau dia buat taik ngan aku, aku bengang. Aku ni xde la diskriminasi negeri sangat...

Q6 : Kau suka aku x?
A6 : Aku tak suka kau tanya soalan tu.

Q7 : Aku salu nampak kau.. Aku tengok kau macam lagak org kaya je.. Kau kaya kan?
A7 : Soalan ni paling aku tak suka. dan jangan sekali2 kau tanya lagi. Aku tak kaya. just nice. Kalau aku banyak duit sekalipun, tu duit mak ayah aku.. bukan duit aku.

Q8 : Kau cepat melenting kan?
A8 : Dulu ya... sekarang pun ya. Aku tak suka orang yang keep begging for something.

Q9 : Kau ni sombong kan? Jumpa aku pun tak tegur...
A9 : Ya... kadang2 tu bersebab. Sebabnya, kadang2 tu aku tak suka tengok kau... tapi, most of the time... aku tak perasan or maybe muka kau dah makin cantik...

Q10 : Kau basuh berak guna tgn ape ea?
A10 : Guna tangan kau la!



# Q - question, A - answer




NUke

salam.

Semalam, lepak2 dgn Apis dan Din; gi Kolej Keris Mas sebab diorg ada festival (lbey kurg cam family day gak la), so, memandangkan time tu da lapa.. maka aku makan nasi ayam madu~... ceh! madu la sangat.. tawar je rasanya.. sib baik sambal dia sedap. Makan benda ni ngan minum air limau ais.. semua skali RM5.

Pastu jalan2 tgk battle of the band... ada 35 band masuk bertanding dan petang tu peringkat saringan. 10 yang terbaik layak masuk final malam tu.

Some notable performance are 'Itu Kamu' nyanyian kumpulan mana ntah. And ada juga kumpulan yang nyanyi lagu jawa.

Yang paling aku takleh lupa ada satu band ni... Namanya Ramli's Neighbourhood... bak kata vokalis dia, nama bapak diorg ni semuanya Ramli... (tah betul ke tak, aku tatau)

Then, balik kolej jap (sbb x pergi taklimat kat DG tu..) makan2 roti ngan mentega.. pastu malam, ajak apis ke Keris Mas pulak, tapi dia ada keja. So, aku ajak Nora - my coursemate and dia On je. Sorry ah Din.. ko lambat ajak aku la.. time tu aku da dalam kete.

Then, malam tu, lpas tgk persembahan2 band yang bertanding. Seluruh keris mas tu haru biru jap sebab BunkFace datang. Layan jer... walaupun bak kata Semah (bukan nama sebenar) "weyh~ aku tau lagu dorg ni pun 1 je.. tu pun sebab salu dengar kat radio"... berdasarkan firasat aku, ternyata Semah ni tau lagu Situasi je. hahahu!

Teka, yang mana Semah?


Huhu, nak kata aku ni minat gila kat BunkFace tu, xdela.. biasa je. aku suka muzik dorg, especially 'Revolusi' huhu. Ni gegambor diorg. Tgk je la...

bunkface; sperti yang diuar2kan oleh penulis...

Meanwhile, dalam perkembangan yang lain, visitor yang masuk melawat ke blog aku ni dah cecah 5000. aku sangat berterima kasih di atas kesudian anda semua yang masuk melawat blog ni sama ada secara sengaja atau pun tak sengaja... mahupun dengan rasa benci yang menghina dan juga suka membaca.

aku tau korg mmg saja buat2 tak nampak angka 5000 tu kan?


Akan aku pastikan yang material di blog ni akan lebih berjaya dan jaya dan jaya dan jaya dan jaya... haha!

Ok lah. Hari dah hujan. Nak angkat tuala. kang tak pasal2 aku mandi bogel!


NUke

Oh, aku baru sedar... ini entry yang ke 90 aku sejak aku wat blog ni since May 08.

Slot pantang Larang kali ni nak membicarakan tentang penggunaan lampu isyarat kenderaan @ Signal.


Contoh lampu signal kereta kancil


Kita bawak keta. Aku bawak moto. Dia bawak lori. Mereka jalan kaki.

Aku jadi driver. Aku tunggu nak keluar simpang...
Ko pun driver... nak masuk simpang.
Ko masuk simpang sambil korek hidung.
Ko masuk simpang dgn muka bangga
Ko masuk simpang tak bagi signal...

Aku yang tertunggu2 ni berkata:
"macam haram!.. bagi la signal weyh!"

Co-driver kat sebelah pun menambah:
"Vavi!... dah la korek hidung..."

Situasi tu pun berlalu dengan penuh makian...

---

Aku rasa korg mesti penah menghadapi situasi tu kan?
Tipu la kalau kata tak, melainkan ko mmg xde lesen kete n tak bawak keta or apape kenderaan.

Kadang2 tu, mungkin sebab kita terlalu leka beborak ngan kawan dlm keta, kita pun terlupa nak bagi signal... dan apabila menyedari kesalahan tu, harus lah kita mengangkat tangan tanda minta maaf. Bukan berat sgt pun tgn tu kan? (lain la kalo tgn ko tu bersimen)

Sekiranya amalan tidak memberi signal ni merupakan bad habit yang susah nk dikikiskan, saya cadangkan agar anda tidak perlu membawa apape kenderaan... elok saja berjalan kaki. hebat bukan?

jadi, hormati lah pengguna jalan raya yang lain... sama ada pengguna yang mahu keluar/masuk simpang, dan juga pemandu kenderaan di belakang anda.

Kan bagus kalau kita semua ni baik hati~



NUke

salam.

aku ada kawan.
Kawan2 ada aku.

aku ada roomate.
Roomate ada aku.

Roomate aku tak sama dgn roomate kamu.
Roomate kamu tak sama dengan roomate aku.

Roomate = masalah.
Masalah = bersepah2.

Roomate = menyusahkan
Menyusahkan = sakit hati

Roomate = kadang2 baik
Kadang2 baik = pijak kepala pulak

Roomate = malas aku nak layan
Malas aku nak layan = terpekik2 si roomate aku ni

Roomate = xde awek
xde awek = gi la cari sendiri kan?

Roomate = malas tutup lampu
Malas tutup lampu = menyusahkan aku!

Roomate...
Kalau kau baca...
Inilah luahan hati aku
Yang menjadi roomate mu
Selama 2 tahun tidak berturut

Roomate...
Kau seorg yang bijak
Bijak kah kau menjaga hati orang di sekeliling mu?

Roomate...
Kau ingin ada awek
Tapi, makan ngan kwn sendiri pun...
ko boleh balik bilik dulu...
Sape lah yang boleh terima kau nanti?

Roomate...
Dah nak habis stadi ni
Dah naik bosan layan kau ni...
Semoga semester terakhir ini
Semester terakhir aku jadi roomatemu.

Babai!






NUke

ek el le..

pasal new template pun nak keco kan?
haha

by the way

aku x suka template ni!

haha

tapi.. nk wat camne

sebab da tersalah tekan button.. (supposed nk klik cancel.., ter klik save edit lak)

vavi betul!

ni lah hasilnya

padan muka aku

NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.