salam,
entry ni lebih kepada extended-version of Epong's 'Nothing' .. dan aku turut bersetuju dgn pendapatnya yang semakin gerun dan takut mengenangkan keadaan politik semasa yang berlaku di Perak, Kedah, dan Malaysia amnya.
justeru, aku mempelbagaikan bacaan ilmiah. Dan kali ini, instead of reading 1-side punya news, aku baca kedua2 sides. Reason? so that aku mendapat gambaran yang sebenar terhadap perkara sebenar yang berlaku dalam negara kita ni.
Enclosed here some online-news links that YOU should read (click the title ok):-
- Malaysia Should Face Grilling at UN Review : HRW (msn news)
- Rakyat Mula Buka Mata (Utusan Malaysia)
- Malaysia Opposition Reels After Defections (Reuters)
- Isu Derhaka : UMNO Dicabar Bertindak Ke Atas Anuar Musa, PM Abdullah (Harakah)
- Defections Roil Malaysian Politics (Al-Jazeera)
- Tetap Saman Sultan (Utusan Malaysia)
- Diancam Keselamatan, Diugut & Kereta Disimbah Cat (Harakah)
- PAS Kecam Tindakan Rampas Harakah & Suara Keadilan (Harakah)
- Malaysian Govt Faces More Bruising Electoral Tests (msn news)
- Tidak Bercadang Guna ISA terhadap Karpal (Utusan Malaysia)
Baca dan nilai la sendiri. Aku dah naik fed-up ngan kerenah birokrasi dan gila kuasa sesetengah pihak ni. Please Malaysians, regarding on the upcoming PilihanRaya Kecil ni (bg kawasan yang terlibat), sila lah buat pilihan terbaik.
Aku tak rasa entry ni akan ada comments or feedbacks... tapi kpd siapa2 yg baca entry ni, please.. baca artikel suratkhabar yang disenaraikan tu, and nilai sendiri.
Thank You.
NUke
dalam topik : politik
ni yang aku malas hidup bermasyarakat sangat ni. sebenarnya dah lama nak post entry ni, cuma tak berkesempatan & ketandusan vocabulary je. So, skang ni aku post entry ni.
Aku agak geram kalo pergi toilet sebab nak kencing and tengok2 kat mangkuk tandas tu ade percikan2 kuning yang ditinggalkan oleh pengguna terdahulu. Weh! come on la... kencing pandai, cuci tarak reti ka? Aku tau lah korg ni lelaki... and aku ni lelaki gak! dasar kencing berdiri, shoot la trus kat dalam mangkuk tandas tu, jgn la ko nak attack tebing2 pulak! apa ko ingat ni main dart ke? suka2 ko je nak shoot mana2?
kalo dah tau ko nye Mr.Zak tu jenis suke kencing lencong2, pandai2 la cuci mangkuk tandas tu. Lagi satu, tolong la flush, even ko hanya kencing atau bahasa murninya 'buang air kecil'... respect la org lain skit. and respect la makcik cleaner... Hina sangat ke dorg tu, sampai kencing ko pun dia kena jiruskan? Kalo kena kat korg, tau nak melenting...
Duk kat asrama ni, pandai2 la bawa diri... harta asrama tu bukan ko sorg je yang guna.. Aku pun bayar yuran gak la!
the same thing goes with public toilet.
* sib baik kencing je berdiri.. kalo berak pun berdiri.. tak tau lah aku mcm mana rupa toilet tu nanti...
NUke
dalam topik : life, pantang larang, student
| |
| Keselesaan dan kesesuaian diutamakan Rubby semasa menyusun perabot. |
MEMBESAR bersama barangan antik sehingga lama kelamaan menanamkan rasa kecintaan Rubby Mahmod, 34, kepada barangan tersebut.
Katanya, sejak kecil mereka adik- beradik seramai enam orang telah didedahkan dengan barangan antik kerana ibunya membuka sebuah kedai antik. Sementara itu, bapanya pula melakukan kerja-kerja membaik pulih dan membersihkan barangan antik yang berusia hingga ratusan tahun.
''Ketika cuti sekolah atau cuti semester, kami akan ke kedai ibu dan menolong menggosok atau mengilatkan barangan antik. Dari situ saya mulai tahu mengenai keistimewaan barangan antik.
''Saya memang tidak berminat dengan barangan baru contohnya, perabot baru yang meniru rekaan antik,'' kata Rubby semasa ditemui di rumahnya di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sekarang setelah mendirikan rumahtangga dan mempunyai tiga cahayamata, minatnya terhadap barangan antik semakin menebal dan satu demi satu menjadi koleksinya di rumah.
Walaupun tinggal di kuarters kerajaan dan bukan rumah sendiri namun itu tidak menjadi halangan kepada Rubby bagi menghias kediamannya dengan perabot dan barangan perhiasan antik.
Rumah dua tingkat berkembar empat bilik ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi meletak dan menyusun atur perabot antik kesayangannya.
Menurut Pengurus Persatuan Air Malaysia ini, walaupun menyukai konsep oriental bagi hiasan rumahnya namun beliau tidak mahu berpegang kepada konsep yang satu itu sahaja. Lantas beliau mencampurkan konsep hiasan asalkan ada kesesuaian, selesa dan kena pada tempatnya.
Di ruang tamu, Rubby memilih konsep moden dengan meletakkan set sofa ala Inggeris dua dudukan dengan corak bunga serta dua buah sofa merah tanpa corak. Ini disesuaikan dengan langsir padanan fabrik bercorak bunga dan polos.
Agar ruang dinding tidak nampak kosong, hiasan kain pua kumbu digantung di dinding mengapit potret anak kembar Rubby ketika masih bayi.
Merah yang menjadi warna kesukaan Rubby diterapkan pada sebahagian dinding rumah, iaitu di ruang makan dan menuju ke dapur.
Di tepi dinding di antara ruang tamu dan ruang makan ini, Rubby meletakkan sebuah kabinet nyonya yang dibuat daripada kayu nam berusia lebih 100 tahun yang dibelinya daripada ibunya. Keistimewaan kabinet ini ialah cara pembuatannya yang dipasak dan tidak menggunakan sebatang paku pun.
''Saya memang suka sangat dengan kabinet ini. Lihatlah ukirannya yang halus dan tidak terdapat lagi pada hari ini. Kalau ada pun, harganya terlalu mahal dan tidak mampu dibeli. Saya beruntung kerana ibu sendiri menjual perabot dan barangan antik, dapatlah saya mengumpul sedikit demi sedikit,'' kata Rubby.
Di tepi dinding di satu sudut di ruang makan, Rubby meletakkan sebuah kabinet hiasan, juga daripada kayu jati yang berusia 100 tahun.
Sebuah meja makan enam kerusi daripada kayu cengal berusia 80 tahun menghiasi ruang ini. Kerusi makan berwarna coklat gelap ini dilapisi dengan kusyen berwarna merah terang agar ruang nampak berseri.
Dua buah kotak makanan nelayan antik daripada kayu berukir diletakkan di atas meja makan sebagai hiasan.
Di tepi meja makan ini turut kelihatan sebuah kukur kelapa antik yang dihadiahkan oleh ibunya pada hari lahirnya tahun lepas.
Melihat pada kecenderungan Rubby mengumpul barangan antik, ibunya turut menghadiahkan beberapa barangan seperti almari baju Belanda, meja bulat kopitiam daripada kayu jati dengan permukaan marmar berusia lebih 100 tahun dan katil.
Rubby bukan setakat menghias di ruang tamu sahaja malah beliau turut menghias di tingkat atas rumah dengan beberapa lagi koleksi antiknya. Di tengah ruang televisyen keluarga, Rubby meletakkan meja kopitiam dengan tiga buah bangku.
Di bilik bersebelahan, buku-buku tersusun kemas di kabinet buku yang juga antik. Deretan piala daripada tembaga berusia puluhan tahun tersusun di atas kabinet. Kata Rubby, piala-piala ini dibeli daripada ibunya kerana pada masa kini sukar hendak mencari piala seperti ini.
text and image courtesy of Utusan Malaysia online
Raby Antiques Sdn Bhd4A Jalan Pinggiran 2
Medan Damai Ukay
68000 Ampang
Selangor
016 335 0955
NUke

