Salam,

semalam merupakan hari yang terindah bagi aku (hahahahahahhahahahahahah!) sebab macam2 perkara berlaku, dan kekusutan makin menjadi2.

mood sakit hati


boleh la pulak PC aku kena attack ngan virus (kot!).. habis jahanam! kena format driver C:/ yang mana kat situ la terdapatnya aku punya:
  1. Thesis
  2. Gambar2
  3. Software2 berguna
  4. Semua Installer
  5. kerja2 tak berfaedah
  6. game Hangaroo

aku sangat tekanan ketika itu... kejadian yang berlaku pada jam kira2 4.30 petang itu menyebabkan segala aktiviti normal aku menjadi kelam kabut di samping terpakasa membatalkan hajat untuk bersuka ria bersama kawan2 di kolej tercinta ini (ceh!)

jam 5.55 petang, aku tekad... ye, aku tekad untuk balik ke rumah untuk mengambil CD driver PC aku n beberapa CD driver yang lain, include wireless n phone tools, huhu.. aku pecut dekat 150km/j di lebuhraya PLUS tu menghala ke rumah... perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 1 jam menjadi 45 minit!

Sampai kat rumah, aku trus meluru ke bilik aku, mencari CD2 itu. dan CD driver wireless tu takde la pulak!!!!! aargh! TAHI betul! uurgh! xpe, memandangkan waktu tu pun da senja n aku pun tba2 lapar, maka aku pun tunggu la mak ayah aku balik rumah n makan.

Angah aku balik rumah jap. amik barang2 dia sbb dia da nak pindah rumah dia... then, aku wish dia birthday! dan aku dapat duit! hahaha

tpat jam 9.05 mlm aku balik ke UKM semula. tapi xde la laju sgt... aku speed around 100 - 120 km/j je (ko nak mampos ke..?) ...

lastly, aku sampai UKM kul 10.15 mlm n start godek2 smula PC and install apape yg patut.

Need help... sapa2 ada installer software2 berikut.. aku nak boleh?? :(
  1. Adobe Photoshop 7.0 or yg lg update
  2. Real Player 11
  3. Chicken Invaders 3 (ceh!)
  4. Lemonade Tycoon2 (ni pun ko nak jugak?)
  5. K-Lite Codec Pack
  6. TuneUp Utilities

Terima kasih

Daripada aku:
NUke

happy birthday to my sis, Angah!! Da 28 tahun da!

semoga panjang umur, dimurahkan rezki dan bahagia ngan family sampai akhir hayat. :D



NUke


Ezan or Ijan yang juga dikenali sebagai Misai (dan sebagainya) menyambut birthdaynya yang ke 22 hari ni..

Fakta menarik tentang Ijan:

  • Dulu dia ada misai, tapi start thn 3 ni, dia xde misai
  • Kalo org kutuk depan2 dia, dia join gelak skali (apekah makhluk ini?)
  • aku kenal dia since 1st year kat UKM
  • Dia amik Bio dulu.. skang ni dalam usaha menjadi akauntan yang berjaya
  • Apish dan Razi pernah jadi roomate dia kat UKM
  • Oh ye, aku pnah ikut dia balik T. Intan naik moto.. (ntah mcmane aku leh terikut dia ntah!)
  • Dia anak sulung (yeke?)
  • Suka main game?
  • Ade 2 blog.. (gi carik kat site list aku..)
  • Pakai Spek
  • Poyo (haha, manade.. ko ceria beb!)
  • Oh.. dia ni pelat skit (haha!)
  • Dia pendek (haha, topeq yang suh aku ltak info ni!)
tu je.

Aku doakan ko berjaya dlm hidup and tercapai segala cita2..



NUke

Salam,

Semalam (Selasa), waktu kelas Fizik Tenaga Tinggi, Prof Shahidan ada sebut pasal ekonomi semasa dan lampau... bagaimana kejatuhan ekonomi sekarang dan sedekad yang lalu, serta kemuncak ekonomi yang pernah dikecapi.

Katanya, skang ni, ekonomi dunia mcm tgh down, and last 2 days, aku ada terbaca paper (BHarian kalo x silap), yang mana ada 1 artikel yg tajuknya gempak gak la.."32 000 bakal kehilangan kerja"
gila ah!

Then, tiba2 aku terpikir pasal diri aku ni, mcm mana la agaknya peluang aku untuk dpt keja lpas abis blaja kat UKM ni? Or, better aku sambung Master dulu?

Aku sekarang ialah seorg student tahun 3 Sains Nuklear di UKM, dan seorg student yang tak habis2 dgn blognya, berfantasi, bermain futsal ngan kawan2, lepak2 sambil tenung siling, dan makan...time keja dulu2...

Aku yang akan datang pulak?
Ntah, blum ada concrete answer lagi. But apa yang aku impikan is to be in transportation industry or field. Sebab apa? aku minat sgt ngan transportation. Aku pernah bercita2 utk buat 1 carriage dlm flight utk carry nuclear-thingy. Of course the one equip wth safety properties...
aku realise yg aku ska kja dgn shipping and plane thingy... hmm, maybe sbb aku nak berada jauh... sangat jauh drpd org yang aku pernah kenal (kot) but itu tak bermakna aku meninggalkan family dan kwn2 aku mcm tu saja kan...?

aku perlu berada dlm industri trnsportation bila tiba masanya nanti...



NUke

(this entry is dedicated to my Mug : Star)



salam.

sebenarnya nak wat entry ni semalam since kejadian ni berlaku semalam... tapi disebabkan kemalasan berganda dan banyak nak setelkan benda lain yang lebih utama, maka terlewatla aku mengupdate blog n kemas2 apa yang patut kat blog ni.

Kisah bermula apabila aku meninggalkan bilik untuk menemani Epong ke MINES atas urusan handphone barunya yang bermasalah kecil. Then, lpas tu aku balik bilik dan online. Sedang2 aku online, aku terbau something yang kurang enak baunya, apekan taknya, lupa nak basuh tupperware... hahahahu

Niat suci ni ku teruskan dengan mengambil sponge hijau dan pencuci pinggan mangkuk jenama 'TESCO Choice' yang dibeli pada semester lpas tatkala kita masih belum memboikot jenama yahudi ni.

Pastu, sedar2 je mug star aku tu ad skit sumbing la!!!! alamaaaaaaaaaaakk.. tekanan je aku rasa. dah la tu 1 je mug aku kat bilik ni, macamana nak minum nescafe pasni.


Memang la sumbing skit je, tapi.. bahaya la kalo guna gak mug tu, boleh je kalo nak pakai.. pastu berdarah la bibir.... Yang paling aku kesah... Mug tu akak aku yang bagi sempena besday aku dulu.. hand-made lak tu. AArgh!.. sapa yang pecahkan mug aku ni.....



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.