Salam.
Dah lama tak naik motorsikal-ku. Since ada kereta kancil milik Nora, ke mana saja pergi, mesti dgn nya di samping ada Nora dan Ferdi! Cis. Kesian motorku ini. Actually, setiap hari mesti naik punya motor tu. Biasa la, cuma tak sekerap dulu jer.
Hm, tadi aku balik rumah kejap, amik barang kat rumah. Then, singgah office mom and borak2 before balik semula ke UKM. Huhu, satu perjalanan yang mencecah kejauhan 100 kilometer okay! Hm, menunggang motorsikal membuatkan aku lebih alert. Memandu kereta pun alert gak, tapi tak se-alert masa menunggang motorsikal. Kenapa?
Sebab, menunggang motor ni tak ada dinding2 besi dan keluli yang melindungi badan. Aku hanya dilindingi oleh helmet yang disahkan kualitinya oleh SIRIM.
Menunggang motor ni terdedah dengan proses 'luluhawa'. Luluhawa ialah proses mengubah sesuatu kepada sesuatu yang lain. Dalam hal ni, aku ter'luluhawa' akibat terik matahari yang menjadikan kulitku semakin malap. Aku juga akan basah lenjun kalau hujan lebat tiba2 turun mencurah.
Aku hanya menunggang motor. Kalian harus tahu bahawa jalan raya itu bukan untuk kereta2 mewah semata2. kenapa aku kata kereta mewah? Sebab kereta lagi mahal dari motor. So, mewah la kan? Begitu juga dengan lori2, bas2, dan lain2.
Aku hanya penunggang motor. Aku mengharap agar kamu terlihat akan kelibat aku di tengah2 lgarisan2 putus yang memisahkan laluan kamu. Aku tahu kamu marah dan memaki apabila penunggang motor menunggang di tengah2 jalan. Namun, kamu sikit pun tak kisah akan hak si penunggang motor di atas jalan itu.
Kamu suka bersejuk dalam kereta tatkala hujan di luar. Dan kamu bersimpati akan penunggang yang sedang kebasahan. Namun dalam bersimpati itu jugalah kamu sengaja melanggar takungan air di jalanan dan membasahkan kami. Aku hanya penunggang... apa yang termampu aku lakukan ketika itu hanyalah bersabar dengan siraman air jalan yang kadang kala busuk baunya!
Aku hanya penunggang. Dan kamu pemandu mewah. Kamu masuk ke persimpangan dengan sesuka hati... tanpa sikit pun berusaha untuk memastikan tiada penunggang motor disisi kereta mewah mu itu. Aku hanya penunggang... apa yang termampu aku lakukan adalah mengelak daripada masuk ICU.
Aku hanya penunggang. Tatkala jalan sesak, kamu mencemburui ku. Kamu mahu lebih laju daripada ku. Kamu seolah2 geram setiap kali ada motor memintas sisi kereta mewah mu itu. Dan oleh sebab itu, setiap kali ada peluang untuk menukar lorong, kamu terus sahaja tukar... Dan apabila si penunggang yang terkejut akan tindakan mu itu lalu merempuh keretamu...kamu keluar dan memaki hamun si penunggang... tapi, apalah daya... AKU HANYA PENUNGGANG...
aku si penunggang motorsikal;
NUke
dalam topik : life
salam.
lately, aku agak busy dengan penghasilan abstrak yang due date nya hari ni. Alhamdulillah, aku dah submit. And this Selasa aku ada dinner kolej and still tak tahu nak pakai baju apa. Khamis & Jumaat ada sesi pembentangan hasil kajian tesis, and my slides baru siap 55%.
Dengan assignments photography yang masih dalam proses perlaksanaan. Oh Tuhan! aku sangat tak keruan...
Dan vila hal ini melanda diri, aku teringat akan seperkara yang dah lama aku lupakan. Ya! Satu tempoh masa rehat untuk melancarkan pengaliran emosi secara terkawal. Aku ingin sekali ke pulau2 dan menikmati panorama laut. Aku teringin nak ke sungai2 untuk mandi airnya yang sejuk. Aku ingin sekali ke pusat2 peranginan dan tidur di atas tilam hotel yang empuk!
kali terakhir aku betul2 bercuti adalah ...... (tak ingat)! Teruknya diri ni.
Buat masa ni, blog aku menhadi teman setia dan tempat aku meluahkan segala permasalahan, suka, dan duka. Menjadi seorang insan ni agak sukar rupanya. (Ceh! kau nak jadi kucing ke Nuke?)
Aku mahu rehat.
aku betul2 memerlukannya. Mungkin sudah tiba masa untuk menonton rancangan TV yang diminati ramai - Majalah 3! HAhaha.. aku hampir tidak berfungsi nih!
NUke
salam.
Tak sangka, blog aku da menerima lawatan melebihi 10000. woohoo! terharu2. Ni merupakan entry ke-3 untuk hari ni. Dan merupakan hari yang paling banyak ada entry.. (apekah??). Blog ni masih tak sampai setahun, dan aku rasa aku tak boleh nak terlalu berbangga dengan pencapaian kecil ni. Apape pun, dengan jumlah entry sebanyak 127 dan komen yang melebihi 400, maka aku ingin sekali mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang pernah singgah walau sekali pun kat blog aku ni. Tak lupa juga kepada Stalkers (Follower) aku yang dah cecah 25 orang.
Sekalung penghargaan juga kepada rakan2 blogger yang lain, yang mana mereka ni lah menjadi sumber inspirasi terhadap hasil penulisan aku. Kawan2 kolej, kawan2 1 course jugak, sebab kebanyakan peristiwa yang aku catat dalam blog ni pun ditempuhi bersama kalian.
Ya, aku mengalu2kan teguran positif daripada pembaca bagi mempertingkatkan kualiti bacaan dalam laman blog ni. Sebarang idea juga amat aku alu2kan.
After all, it is just an ordinary blog. But, having you guys as the reader(s)... it is just amazing... thank you people. thank you.
NUke
Limited. Now with 2 version. For those yang dah order, please confirmkan order anda by Monday; March 30, 2009. Bawa duit deposit RM10 bg setiap helai. TQ.
NUke
salam.
Bermula tepat jam 2030, maka kolej aku yang turut menyokong Earth Hour ni terus menutup suis elektrik utama kolej dan menyebabkan semua bahagian di kolej itu menjadi gelap. Selang 5 minit sebelum suis ditutup, ada la satu pengumuman ni, bunyi nya lebih kurang begini:
"Kepada semua pelajar, anda diminta untuk menutup suis lampu bilik bagi menjayakan kempen mengurangkan pemanasan global (Earth Hour)... kerjasama anda amat dihargai"
Persoalannya, berjaya ke Earth Hour yang dianjurkan? Mari aku senaraikan respon2 beberapa individu berkenaan kempen Earth Hour ni. Ni juga merupakan respon serta-merta yang aku dengar:
"Woi!!! Aku tengah buat assignments ni!"
"Aaarghh!! Tesis aku!!!"
"Bab* la weh... org tgh main game ni..!"
Hm, respon aku?
"Arghhh!"
Dan juga rungutan dr beberapa sahabat:
"Ek el le, tadi kata tutup suis sendiri je.. ni ape kes tutup main switch pulak ni!"
Hm, seorg kawan ada cakap kat aku:
"Diorang ni, tak pikir jugak ke budak2 yang tengah buat assignments ke, hal2 penting ke, or thesis kat bilik tu. Tau la nk support, tapi pikir la jugak pasal org lain..."
Btw, aku pergi ke KLCC tempoh hari untuk menemani Nora berjumpa makciknya. Oh, Ferdi juga join sekali. Apa yang best kat situ? Kitorang makan pizza, jalan2 carikan cap yang sesuai dgn Ferdi, dan juga mencari 'wallet' Nora. Almost 4 jam gak la kat sana. TApi yang paling aku suka ialah bergambar kat 1 outlet pakaian ni. Tak lain tak bukan FCUK. Haha.. sukanya!
NUke
Aku : Opah... hujan lebat ni! nak mandi hujan boleh?
Opah : Ish.. ni kan baru je hujan.. tunggu hujan lama sikit la baru mandi hujan tu.
Aku : Lama lagi ke opah?
Opah : Ha, kejap je lagi.. lepas tu pergi la main hujan tu.
10 minit lepas tu, Opah pun benarkan aku main hujan! Seronok.
namun, hal ni berbeza dengan Hujan Panas. Aku yang time tu kecik lagi, tak faham kenapa opah aku tak bagi main hujan panas...
Aku : Opah! hujan ni. boleh main hujan tak?
Opah : Jangan! hujan panas ni, jangan main hujan... masuk dalam rumah cepat!
Aku : Ala.. kenapa pulak? Sama je.
Opah : Issh.... nanti demam! Kang mak kau marah pulak! Esok ko sekolah.. (start membebel)
Aku : Ye la!
Tadi, hujan panas kejap, and aku pun kelam kabut amik baju2 yang aku baru je basuh kat ampaian tu. So, disebabkan beria2 sgt nak angkat baju tu (walaupun aku tahu hujan panas ni skejap je), maka aku pun accidentally termain hujan panas. At first, aku mmg tak kesah pun psl hujan panas ni. But suddenly, lepas aku masuk bilik. Aku teringat akan kesah aku and opah aku time kecik2 dulu... Opah aku SANGAT TAK BAGI kitorang adik beradik main hujan panas. Katanya boleh demam.
Aku pun teringat dialog aku dgn Angah aku beberapa tahun lalu..
Angah : Hadei.. nk demam la ni!
Aku : Ape kes monyet? Balik2 kerja je bising ni?
Angah : Banyak la kau punye monyet... Sakit pala ah!
Aku : Pesal?
Angah : Kena hujan panas tadi.. trus kpala pening!
Aku : Oh, ye ke?
Hm, honestly aku pun tak faham apa kaitan hujan panas dan pening lalu demam. Tapi yang nyatanya, aku pun sedang sakit kepala ni, just after kena hujan panas. Should I beli Neslo kat kafe untuk menghilangkan sakit kepala? Hm...
Malam ni aku akan menutup lampu bilik untuk support Earth Hour yang digembar-gemburkan. Namun, aku tak boleh lak nak ber-tidak-online selama satu jam pada malam2 hari, maka, aku hanya akan menutup lampu, tetapi tidak menutup PC aku.. hahahaha
NUke
salam.
berikut merupakan calon-calon akhir AIM 16, aku dapat tahu senarai ni pun menerusi seorang sahabat yang turut mendapatkannya di sini.
Banyak kategori baru dipertandingkan, sesuai dengan konsep penghasilan album mini yang menjadi trend skrg and penghasilan beberapa singles sahaja.
Ready to see the list? Here...
1. Artis Baru Terbaik – Artis
1. Hujan
2. Joe Flizzow
3. Malique
4. Meet Uncle Hussain
5. Suki
2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis
1. Aizat – Lagu Kita
2. Bob AF2 – Cinta Terhalang
3. Reshmonu – Doa Untuk Dia
4. Reshmonu – Sayu
5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll (English)
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis
1. Ayu – Hanya Di Mercu
2. Dina – Sejauh Ini
3. Shila – Memori Tercipta
4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman
4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis
1. Ajai & Marsha – Sayang
2. All One – Bilal bin Rabah
3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)
4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5. Raihan – Assubhu Bada
5. Kulit Album Terbaik – Pereka
1. Florence Lee – Hawa – Nikki
2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow
3. Nicholas Chong – Transit – Altered Frequency
4. Nizam Rahmat – Satu – Ferhad
5. Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged
6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam
1. JD Wong – Remain Unknown – Estranged
2. Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh – Finally/Akhirnya – Suki
3. Paul Morisson – Satu – Ferhad
4. Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3 – Adam
5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu
7. Video Muzik Terbaik – Pengarah
1. Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
2. Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
3. Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4. Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5. Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu
8. Album Pop Etnik Terbaik – Artis/Produser
1. Khazanah Pujangga – Syura
2. Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Selagi Ada Rindu – Pak Long (Shafie Ahmad)
4. Zapin Suri – Haziq
9. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1. Di Kayangan Kita – Johari The – Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar
5. Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq
10. Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser
1. Allah Habeebi – Mawi
2. Istimewa Tiada Dua – Nice
3. Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johari
4. Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5. Setia – Wildan
11. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik
1. Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi
2. Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani
3. Kemuliaan Al-Quran – Amin InTeam – Amin InTeam – InTeam
4. Serulah Namanya – M.Nasir – AD Samad – Mawi
5. Teman Hakiki – Ku Sham – Dr.Mohd Asri – Mawi
12. Album Rock Terbaik – Artis/Produser
1. Bongkar – Kristal – Kristal & Bong
2. Hujan – Hujan – Noh Hujan
3. Keamanan – Nrocinu – Mus May
4. Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
5. Modern Minimals Glamour – The Times – Gizmo Records
13. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
1. 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque – Loque – Butterfingers
2. Aurora – Estranged – Estranged – Estranged
3. Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
4. Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
5. Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged
14. Album Pop Terbaik – Artis / Produser
1. Alyah – Alyah
2. Arus Qudus – Yassin
3. Harapan – Reshmonu
4. Misha Omar – Misha Omar
5. Percubaan Pertama – Aizat
15. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar
16. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
1. Bergerak – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
2. Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
3. Mengapa Harus Bercinta ? – Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza – Joe Flizzow
4. Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir
5. OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Cat Fabuloso
17. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser
1. Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2. President – Joe Flizzow
3. Remain Unknown – Estranged
4. Take Five with Juita Suwito at Avanti – Juita Suwito
5. Tapestry of Life – Shal Sagan
18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
1. All Around My World – Johan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
2. Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
3. In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken Chung – Estranged
4. KL Streets – Malique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah
5. Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & Dandee – Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia – Pop Shuvit
19. Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser
1. Homely Life – Rynn Lim – Ryan Lim
2. Man Jiang Hong – Man Jiang Hong – Alex San
3. Meet to Listen – Cheng Lee – Cheng Lee
4. The Real Hou Ren – Hou Ren – Lee Nai Kong
5. Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon
20. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
1. He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
2. Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong
3. Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
4. Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
5. Zhong Du – Alex San – Yap Kah Heng – Man Jiang Hong
21. Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser
1. Agarem – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha
3. Veera Puranam – Chakra Sonic
22. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
1. Enna Venum – Coco Nantha – Coco Nantha – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha
3. Sottu Sotta Remix – Sundrra – Coco Nantha – Agarem
4. Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
5. Tu Khendi She – Goldkartz – Arvinder Raina – Goldkartz feat Arvin
23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis
1. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
2. Ayat-Ayat Cinta – Rossa
3. Bila Rasaku Ini Rasamu – Kerispatih
4. Matahariku – Agnes Monica
5. Menjaga Hati – Yovie & Nuno
24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah
1. Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza
2. Azlan Abu Hassan – Tiada Maaf – Danell Lee
3. Estranged – Aurora – Estranged
4. Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato’ Siti Nurhaliza
5. Sham Kamikaze – Bukan Mimpi – Farhan
Nota : Bertanda merah ada makna tersendiri.
credits to: sultanmuzaffar
to see the list of winners, click here.
NUke
salam.
since everybody got pressured by the supervisors for a high quality thesis, so, I'll try to not make any serious entry for some periods of time. This is to ensure no one will attempt any commit suicide after reading this entry. Haha
Korang tak pernah ke rasa yang dunia ni pnuh cabaran? Haha tipu la kalau tak pernah kan? huhu, sama la jugak dgn aku. Kadang2 aku rasa setiap detik ni ade je dugaan baru yang akan mendatangi kita. Tadi, aku baru tahu kwn aku terlibat dengan accident. To Afiq, aku harap kau cepat sembuh tatkala exam final ni just around the corner...
Aku rasa la kan.. ramai yang cari kerja dengan cara2 begini:-
- Minta kerja thru tawaran kerja kosong yang diiklankan dalam surat khabar
- Melalui 'cable'2 dalam company
- Offer yang mmg dtg kepada kita...(kan best camni!)
- Ugutan (ade ke?)
- kerja part time dlu, sampai la dpt offer permanent kat company tu. (ade ke?)
- isi je resume kat jobstreet!
Hm, apa kata kalau kita bakal2 graduan ni memulakan satu step baru dalam usaha mencari kerja... Hm. Korang ada idea mcm mana? Aku? Aku ade 1 je idea wat masa ni. Iaitu dengan mempromosikan diri sendiri di laman blog individu serta menyebokkan diri di laman2 blog yang lain!
berkesan ke? entah la! sebab aku pun tak buat lagi, maka hasilnya aku pun tak pasti. So, sebagai percubaan, meh sini aku promotekan diri sendiri...
---contoh---
Why should you hire me?
because I know you want it. I am 'such a skillful' person in:-
- writing blog (?)
- Exhibiting
- doing labs thing-y
- reviewing products especially music-related stuffs.
- being MC!
- handling money (well~)
---
ha, tu contoh je kot! nanti la, bila aku rasa masa dah sesuai, maka aku akan mula mempromosikan diri selengkap2nya! Sure lah dengan gambar formal yang skema kan?!!
NUke
Salam.
sedar tak sedar aku dah dekat 3 tahun kat UKM. Tadi agak busy dengan pnghasilan abstrak utk tesis dan pembentangan hasil next week. So, semalam mmg aku tak dapat curi masa untuk update blog, plus mmg tandus idea.
Tadi, jam 10.15 pg, aku ke kaunter pejabat fizik gunaan. Tujuan? mengambil Kad Masuk Jadual Peperiksaan (KMJP) atau bhs senangnya slip exam. Masuk kali ni, dah 6 kali aku amik slip tu yang mana kalau tak ada slip tu, maka tak boleh la nak masuk hall exam nanti.
Quite serabut tadi, ditambah pula dengan design baju yang still need alteration. Aku rindu rumah. Tapi, macam tak boleh nak balik jugak minggu ni since next monday ada presentation. Hm. tunggu dah settle mana2 yg patut la baru aku leh balik.
Oh ya, assignments makin bertambah. Dan tekanan juga makin meningkat.
Time aku amik slip exam tadi, aku macam tak caya. Insyaallah, it could be my last slip exam kat UKM ni sebagai seorg student 1st degree. Satu feeling yang best gak sebenarnye. Apa yang aku harapkan ialah aku berjaya men-study-kan diri untuk my final semester exam. Pergh! rasa macam banyak main je semester ni and uite not ready for exam eventhough exam final akan berlangsung sebulan sahaja lagi! Apa la nak jadi dgn aku ni?
Hm, skarang ni aku still bz ngan abstrak and later will continue updating blog. See ya!
I miss J!
NUke
Bertemu lagi dalam slot pantang larang. Edisi ketiga. Kali ini aku nak membincangkan, berkongsi, dan menceritakan pengalaman menggunakan tandas di asrama. Hah, kepada siapa yang tidak mempunyai pengalaman duduk di asrama, anda memang rugi. Rugi rugi rugi.
Secara definisi:
Ceplup! adalah bunyik yang sopan kepada kejatuhan najis (tahi) manusia dari lubang dubur ke dalam takungan air di dalam mangkuk tandas.
Jadi aku dapat merasakan bahawa anda semua pasti sudah mengetahui topik perbincangan kita pada hari ni. Ya, tak lain dan tak bukan, etika ketika membuang air besar. Acapkali aku duduk di mangkuk tandas di tandas asrama dan terdengar akan jiran sebelah tandas melepaskan butir2 tahi nya. Ketahuilah anda bahawa bunyi2 yang dilemparkan itu adalah tidak sopan dan mengundang kepada caci maki. Nak lagi best? Bunyik cirit birit yang tak terbendung lagi. Baunya? Peergh.. seperti lavender layu di tasik hempedu~...
Aku menyarankan agar si pengguna yang suka membiarkan insan lain mendengar bunyi butiran tahi yang jatuh itu agar membuka sedikit air dan melalukannya ke dalam mangkuk jamban. At least bunyi taik yang jatuh tu tak la begitu ketara dan kedengaran lebih sopan. Aku sangat pantang dengan orang yang suka membiarkan org lain mendengar bunyik2 ciritan tahi mereka. Apa kau ingat sedap sgt ke alunan muzik tu? boleh dibuat ringtone? Ah!
Aku cuba letakkan gambar bunyi tahi, ternyata bunyi adalah sejenis gelombang yang tak mudah dilihat. Maka, utk tak mengecewakan pembaca, aku uploadkan juga gambar di bawah.
Semoga yang baik dijadikan teladan. Yang buruk tu, jangan sekali diikuti ya.
NUke
dalam topik : life, pantang larang, student
Salam.
Rasa macam dah sangat lama tak update blog ni walaupun hanya 2 hari. Hm, banyak gak perkara yang terjadi dan tak larat kalau nak share semuanya. Cukuplah sekadar mengetahui beberapa hal. Walaupun berita duka bagi aku dek kekalahan Chelsea, tapi aku lagi suka Manchester United kalah! haha. Enough for that.
Back to the main idea of this entry; Taylor Swift.
Lately, aku realized yang makin ramai kwn2 kolej aku nyanyi lagu Love Story. Honestly, aku sangat suka dengan lagu ni. Tak tahu kenapa, maybe sebab good compositions of lyrics and melody. Di tambah pula dengan suara si taylor Swift ni yang sharp and edgy. A very nice love song for those who are actually in love (of course) and maintaining their single status. Huhu. Agak shocking gak la lagu 'country' ni leh ade dlm chart Hot 100 billboard. Wuhu.
Aku mmg sangat merekomenkan lgu ni kepada semua orang. Sila lah dengar. Nak tgk video kat youtube? klik sini.
NUke
Ni kali ke 4. dah 3 kali aku padam benda2 yang aku taip untuk entry kali ni.
Nak cerita tentang satu situasi. Bagaimana nak 'mengajar' orang yang suka buat cerita palsu demi mendapatkan perhatian ramai? Bukan bertujuan nak membenci siapa2, cuma kadangkala aku berdepan dengan situasi ni. jadi, bila benda macam ni terjadi, maka aku akan sakit hati. Bila aku sakit hati, maka aku cepat marah.
Kesannya, bila aku marah, aku tak tentu arah! huhu.
Patut kah kita berkawan dengan orang yang macam ni? patut ke? kalau korang la kan... patut ke korang berbaik2 lagi dengan orang macam ni? Or korang leh wat bodow je..? Honestly, aku memang takleh wat bodo je ngan orang macam ni. terasa macam nak je aku caci maki dia and last skali cakap kat depan2 muka dia.."In YOUR FACE!!!" yang mana aku pun tak tahu apa maknanya. haha.
Mungkin kita patut ignore orang macam ni.
Ni saja kot. Akan datang aku nak crita psl benda lain lak.
NUke
Salam.
Sedar tak sedar, dah pertengahan Mac 2009. Maka, tekanan akibat tesis juga makin terasa. Chapter 4 aku tak habis taip lagi ni. Dengan analisis sampel yang masih on the way. Aku rasa aku dah banyak delay beberapa perkara termasuk assignments. Hujung minggu ni yang konon2nya bercadang nak balik akan aku ketepikan kerana timbunan tugasan yang perlu dihantar. Oh ya, semester n imerupakan semester ke 6 aku di UKM (tak termasuk short sem) dan aku tak sabar nak tamat pengajian prasiswazah. Huhu, sedikit pening menghadap butir2 tulisan dalam buku2 yang tebal tu. Huhu.
Oh ya, dengan lambakan assignment yang perlu segera disiapkan ni, terfikir pula aku :Bila nak mula buat revision untuk final semester exam? Hah! Ada 1 bulan lebih je lagi before first paper exam aku mula. My 1st paper is on April 28. last paper will be on May 7. Viva? Not sure, some says that will be held in the middle of April, just few days before the exam week. Surely, i am totally not ready for that.
Ya Allah... banyak main2 rupanya aku ni!!
Study2. Itu je harapan aku yang salu bersinar tatkala pagi hari. Masuk je tengah hari.. terus malas nak study! Cis! tak gna btul!
Jadi, aku berpendapat bahawa ulangkaji untuk peperiksaan akhir semester harus lah bermula... Bila?
SEKARANG!
NUke
Aku dikejutkan dengan berita kematian bapa kepada seorang sahabat aku. tiada kata selain istighfar dan ucapan takziah yang dapat aku paculkan. Innalillah.
Sahabat, semoga kau sabar menghadapi ujianNya yang Maha Hebat ini. Sesungguhnya Dia lebih menyayangi ayanhandamu itu. Aku turut bersimpati kepadamu.
Perkhabaran ini turut membuatkan aku tersentak daripada kelalaian. Apakah aku sudah bersedia untuk menghadapi situasi yang sama? Tidak. Aku masih belum bersedia untuk menghadapinya. Aku moho pada-Mu ya Allah agar Kau melindungi ibu bapaku, dan ahli keluargaku dari segala ancaman musuh, bahaya, dan malapetaka yang tak pun aku ingini. Aku terfikir akan usia ayah dan ibu ku yang sudah pun menjejah usia senja. Dan aku? Aku baru 20 tahun dan aku tak tahu akan kesediaan ku untuk kehilangan kedua2 ibu bapaku.
Turut membuat aku terfikir akan tindakan aku sebagai seorang anak yang selama ini (mungkin) banyak mengguris hati orang tuaku. Sempatkah aku memohon ampun daripada mereka? Sempat kah aku mengucup dahi mereka tatkala mereka masih lagi bernafas di bumi milikNya ini? Atau sempatkah aku membalas segala pelaburan yang mereka lakukan dalam memastikan anak mereka ini hidup sebagai seorang insan yang beriman dan bertaqwa?
Kalian pula? Sempatkah?
Oh Tuhan, panjangkan lah usia kedua2 ibu bapaku, agar mereka dapat memperbanyakkan lagi amal jariah, bersedekah, dan menambahkan koleksi pahala dalam usaha untuk masuk ke syurga Mu yang abadi. Panjangkan lah usia mereka agar aku sebagai seorang anak dapat menatap wajah2 mereka sepuas2nya, membalas segala jasa mereka, dan senantiasa tidak alpa akan pengorbanan mereka. Kau perkenankanlah permintaan hambaMu ini ya Allah.
Takziah buat saudara Ammar dan keluarganya.
Al-Fatihah.
NUke
aku jarang menyebut itu
kerna apa ya?
kerna aku mahu kau tahu
tahu apa ya?
luahan jujur dari hatiku
aku jarang mendampingimu
mungkin malu
malu dengan apa?
aku malu dengan kamu
tinggi santunmu
indah bahasamu
aku jarang bertanya khabarmu
sombong barangkali
mungkin mementing diri
tapi tak bermaksud aku menafikan kamu
kewujudanmu
kasih sayang mu
---
rumit kah?
apa?
menjadi seorang lelaki?
kamu rasa?
tak serumit perempuan barangkali...
mungkin ya. tapi..
tapi apa?
lelaki memikul tanggungjawab yang besar kan?
ya, aku setuju.
jadi?
aku faham. rumit juga menjadi lelaki.
aku tak kisah semua tu.
...
kenapa diam?
saja. aku berfikir.
boleh aku tahu? kalau kau tak kisah untuk berkongsi...
mesti lah. kau kan lelaki aku.
Ha ha. aku tahu.
apa yang kau tahu?
kamu sayang aku kan?
Ish, perasan.
tak mengapa. aku pasti kau akan menyayangi aku...
...?
...lebih daripada kau menyayangi aku sekarang ini.
kenapa kau cakap macam itu?
sebab aku sangat pasti.
apa dia?
bila aku sudah mati, kau akan lebih menyayangi diri aku ni.
kenapa kau cakap begini?
kau sayang aku kan?
TAK!
Haha, nanti kau akan sayang aku!
Haha...
nanti dulu...
kenapa?
ada seperkara yang aku perlu kongsi denganmu.
apa dia?
perasaan ini.
aku tak faham.
Aku...
?
Aku sayang kamu.
NUke
Salam.
Hari Isnin bermula tewas dengan aku yang (sering) terlajak subuh. No wonder study makin susah nak masuk dlm kepala otak nih! So, for those yang masih belajar lagi, dan ada niat nak ponteng subuh.. sila lah jangan!)
Back to hari ni. Aku ke kuliah seperti biasa setelah mengenakan padanan baju yang sesuai (kot). Oh ya, aku tak suka muka aku yang takde bulu2 halus nipis di atas bibir... yakni misai. Lambat lak nak tumbuh. Menyesal shave haritu. Perkara ni menyebabkan aku lebih kelihatan seperti budak 1st year yang baru masuk mendaftar semalam. Apape pun.. semoga kumis2 ku cepat tumbuh~
Datang awal ke kuliah Fotografi... seperti biasa, bermain2 dengan kamera (lagi). Mangsa fotografi adalah Ferdi, Nora, dan juga diri sendiri. Masing2 suka nak bajet comel, Piirah! Then, kami tersedar akan kebisingan dalam lecture hall tu. Ye lah, dah kitorang 3 orang je yang ada dalam tu...bising lah kan? Aku mengaku yang aku ni jenis suka bising dalam kuliah, especially dalam kuliah yang most of the students nya adalah kawan2 aku sendiri. Kadang2 rasa cam boring lak. Tapi bising2 aku takde lah sampai lecturer mengajar pun aku wat bising gak... Time lecturer masuk, cam biasa la, penyamaran membisu pun bermula. Huhu.
Apa yang salu dibualkan dalam lecture hall? Ha, ni aku senaraikan 5 topik perbualan yang utama dalam lecture hall.
- Assignments yang tak siap; dan kena submit kejap lagi.
- Hal2 yang berlaku pada hari semalam.
- Kutuk mengutuk dan saling mengumpat. (takde la selalu sgt)
- Isu2 berbangkit seperti nota2 yang perlu difotostet.
- Isu2 lawak yang kadangkala malas nak layan...
To ferdi:
Aku letak lagi gambar kamu. Tidak perlu diberi royalti ya!
NUke
Salam.
Hari ni aku attend(ed) KVC 09. Hari terakhir karnival kolej untuk sesi 0809. Hm, so far, aku leh conclude kan yang KVC kali ni bergred moderate. Mungkin faktor cuaca turut melambatkan dan merencatkan beberapa perancangan karnival. Tapi, semua tu ada hikmahnya kan?
Back to last day karnival, pagi tadi cuaca baik dan aku gi tengok member2 aku main futsal. Layan gak la. Walaupun tak menang, tapi puas hati la kot dorg main futsal tu. Aku? Aku tak main. Sebab tak terer! Haha, duk tepi amik gambar je. Biase ah, jurufoto amatur yang tak bertauliah mahupun tak bertali pinggang hitam ke merah ke ape2 kaler la. Aku amik gamba ikut suka je. At least, sambil2 aku amik gamba tu, aku leh aa pilih mana2 yang terbaik untuk submit assignment photography aku next week. Huhu.
.
Lupa lak. Semalam Manchester United KALAH dgn Liverpool!!!! Woooohooo.... suka! suka!
.
Then, malam tadi, upacara menyampaikan hadiah2 dan penutupan karnival. As usual, mesti la ada artis jemputan untuk perform malam tu. This year, AJK yang in-charge performance pilih band 'Melastik Bintang'. Hm, to be honest, aku tak la minat sangat band ni, pernah gak dgr 1 2 lagu dorg.. So atas sebab tu, aku takla terlompat2 sangat time dorg perform tadi. Apape pun smart gak la performance dorg tu. Cubaan aku nak mintak guitar pick guitarist dia GAGAL, sebab? Sebab dia kata pick tu pun ada 1 je.. pastu dah hilang mana ntah! Hahaha. Nway bro, layan kan aja ya!
.
Isu Plagiat:
Mungkin nampak tak manis kot kalau aku cerita secara terbuka. Some of my friends dah tau. Tapi, biarlah... aku malas nak crita kat blog ni.. Kang ada lak pergaduhan besar (lagi). Biasalah, blog aku ni mana pernah sejuk.. suam2 panas je. Kontroversi skit. (Mungkin kerana aku ni JUJUR? Ape kah?? Haha) Tapi, tu lah. Nak pesan je. BE ORIGINAL kay, camtu kan lagi murni. -Peace-
Esok Isnin: bermulalah kisah kebosanan menghadapi kuliah2 ilmiah. Takpe enjoy ur last sem lectureS ok! Lepas ni... ko nak tido sepanjang masa pun takpe. Hm, rasa rindu kat family. Apa la khabar dorg kan? Rindu J juga!
Penat dan Malas nak tidur awal;
NUke
Salam.
Aku tau sekarang ni masing2 busy dan sibuk; dengan tugasan masing2 serta beristirehat di rumah dan kampung halaman. Aku tak balik rumah. Haha. Oh ya, semalam seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni, KVC dah pun bermula. KVC stands for Karnival Varia-C, lbh kurang mcm family daay kolej aku la kat UKM ni. Huhu.
malam tadi, bermulalah misi aku untuk mencari makanan untuk santapan malam. Memandangkan banyak gerai2 makan dibuka, maka, mata pun melilau2 tgk foods. Gila lah aku ni.. pandang nampak food, harap je makan banyak...badan tu sekeping jugak... haha. So, takyah la aku kesah kalau makan banyak2.. tak gemuk (lagi) pon! Huhu.
Misi bermula dengan melewati gerai AVON yang takde kena mengena dgn food tu. Then, singgah ke lori Indocafe, minum air free. Wah, kalau dah free namanya tu, sedap je la kan... layan je. Then, nampak satu benda menarik di tepi khemah utama... Gerai A&W, satu jenama yang makin jarang aku dengar namanya. hidup lagi rupanya. Instead of beli combo set, aku beli 1 hotdog je, harga RM3.60, satu pembaziran pun bermula bagi diri aku ni. Comparing kekenyangan, aku rasa nasi ayam kat gerai sblh A&W tu lagi kenyang kot.. Harganya pun RM3.50 je. maka, syaitan telah merasuk pemikiran untuk melakukan pembaziran.
Misi mencari makanan diteruskan lagi dengan persinggahan ke kedai seterusnya yang menjual kuih-muih dan juga kek. Mulanya aku saja je nak tengok2, alih2 akak (makcik) yang jaga tu offer lak sampel kek coklat tu.. Aiseyh! sedap la pulak. Lama dah tak makan kek coklat ni... Seingat aku last skali makan kek coklat time bulan 12, besday my mom. Huh! Langsung saja aku cuba sampel2 tu dan membeli kek coklat yang sedap itu. Harga untuk saiz sederhana: RM5. Serius SEDAP weh! yang jual tu pun ramah!
Then, lepak2 ngan member2 yang rasanya dah lama tak jumpa, walaupun duk satu kolej. Lepak2 depan court squash yang dijadikan tempat hantu berkumpul... Pastu lepak2 sampai lupa diri sekejap.
Nahar call, katanya nak minta tlg aku drive kete Nora. Nora nak ke Ampang mlm tu. Since aku mmg free, aku pun on je. Menyaksikan kejadian sesat2 barat timur utara dan selatan. Haha, sampai bilik kul 2 lebih. Borak2 ngan J jap. Rindu dia.
Ok. Sampai sini sahaja la kot. Oh ya, semalam aku telah berjaya membongkarkan satu aksi plagiat (btul ke spelling?). Ada masa aku cerita.
NUke
Salam. Entry yang ke seratus-satu-belas.
Hm, tak banyak perkara berlaku hari ni memandangkan aku takde kelas. Namun, pagi ni aku dikhabarkan dengan berita gembira setelah design baju nukegroup telah siap. Hari Jumaat diteruskan dengan perjalanan menggunakan motorsikal ku ke masjid UKM bagi melaksanakan solat Jumaat. Alhamdulillah, nasib baik hujan turun sesudah kesemua muslimin pulang dari masjid. Hujan rahmat barangkali.
Bukan mengisahkan tentang hujan. Tapi, keseronokan aku melihat kawan2 kolej ku main futsal bersempena dengan Karnival Varia-C, satu acara tahunan kolej aku ni. But the difference, untuk tahun ni, aku tak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan, kecuali membeli juadah2 di gerai2. Haha, sesungguhnya mengertilah bahawa aku kuat makan.
Best gak tengok budak2 ni main futsal. Topeq jadi goal-keeper. Umair, Ezan, Epong, Jawa, Nazri pun main skali (ada yang aku tak sebut ke? Harap2 semua la aku sebut).. dan Apish pun ada.. walaupun tak main.. tapi support beb! haha, aku ter-miss 1st match dorg tapi sempat tgk dorg main 2nd match. Haha, layan.
Habis dorg main then aku terperasan yang kaki sorang member ni berdarah... Ala, standard aa kan main bola sepak or futsal ke.. Mesti ade injuries.. baru ah best! Baru ah semangat berkobar2.. Ceh! poyo jer. Kat sini, aku letak gambar kecederaan pemain itu. Korang teka lah sapa! hahahaha.. Aku letak gamba ni pun dengan keizinan empunya diri ya! So, takyah nak bayar2 royalti. Hahaha.
Btw, malam ni mungkin aku tak ke mana2 sebab nak survey makanan yang ada kat dataran kolej aku tu. Hm, apa yang sedap eyh kat gerai2 tu..?
NUke
Mungkin menjadi lumrah bagi aku sebagai seorang manusia untuk memikirkan hal-hal yang tak berfaedah. Atau, mungkin juga ia sebagai salah satu cara untuk menambahkan koleksi dosa. Apapun, aku tak menyalahkan orang lain, tetapi diri sendiri.
Dalam beberapa entry yang lalu, aku ada sebut tentang sikap kita yang suka menjatuhkan orang lain, dan juga sikap orang lain yang suka menjatuhkan kita. Mungkin hal ini pun termasuk dalam kejahatan minda.
Entry ni tak bertujuan untuk membincangkan secara serius. Cuma, kenapa aku suka fikir hal2 yang kotor ah? Hahaha! Oh ya, anda pernah dipanggil 'PERVERT' ? Haha, Ferdi suka panggil aku dengan gelaran tu! Cis! Haha, aku tak pervert lah weh... kadang kala, standard aa kalau benda2 lawak menjadi sedikit 'dewasa' dan berbaur lucah... kan? Kan?
Tipu la kalau korang kata korang tak pernah wat lawak keji....!!!!
Yang nyatanya, kita masing-masing ada dark-side yang keji! Haha, aku ngaku yang aku kadng2 suka mengusik kawan2 dgn lawak2 sengal-bodo-mngarut nih, Tapi, dorg pun sama je.. sapa suruh layan.. Haha, so.. Mendapat gelaran 'pervert' bagi aku.. sekadar dibuat 'halwa telinga' je (sperti yang dikatakan oleh Kak Ima)...
pada aku, nak buat lawak keji ni mmg kena tgk pada masa dan tempatnya... sebab apa? Sebab bukan semua orang tahan ngan lawak2 keji tu, especially girls. Btul tak? So, jangan lah setiap kali buat lawak or bergurau tu asyik nak diselitkan dengan unsur-unsur keji dan lucah... kalau aku dengar tiap2 masa pun aku boring...
So, tak salah (bagi aku) untuk berlawak2 keji ni... Cuma ada batasnya... Ingat tu.
NUke
Salam.
baru balik dr jumpa dentist dan makan tengahari (ceh!).
Ferdi awal-awal dah plan nak ke Genting Highlands dengan rakan-rakan yang lain. Dia kata esok nak pergi. Wah! Dahsyatnya! takpelah, mereka berkelapangan pada waktu esok... Lagipun, aktiviti ni memang dah lam rancang, cuma asyik postponed je. So, Ferdi as Project Manager pun memilih esok untuk melaksanakan projek yang sudah lama terbengkalai tu.
Aku decide untuk tak turut serta. Sebab apa? Sebab nak wat thesis aku. memang lah aku di-offer oleh mereka untuk tolong buat analisis mekanikal tu, tapi, aku rasa aku da lama sangat tak masuk lab tu. Huhu, lagipun lab aku kat Agensi Nuklear. Alang2 esok ada kelapangan, baik aku buat thesis dulu.
maaf ya rakan-rakan, bukan bertindak mementingkan diri, cuma ada perkara yang perlu didahulukan. Tadi, Ferdi dan Nora begitu komited memujuk aku untuk join diorg esok. Tak cukup dengan tu... Faeezah ngan Nahar pun berusaha untuk mengajak aku ke Genting esok. Siap ada plan nak culik aku tuh! huhuhu~
Tapi takpe, aku tak kesah pun kalau tak dapat join korang bersuka ria... Dalam masa yang sama, aku pun taknak la program ni tergendala (sekali lagi) atas sebab aku tak join sekali. Ala, rilex la weh... Bukannya korang takleh happy pon kalo aku takde. lagipun Nora join kan esok? So, boley aa dia tolong amikkan gamba2 korang! hahaha.
So, aku decide untuk tak pergi dan mengutamakan thesis aku dulu. Maybe next time kot. Nanti jgn lupa amik gamba banyak2, pastu jangan tunjuk kat aku. Huhu~.
Ok lah.
Ni je untuk hari ni.
NUke
Salam.
Aku kembali ke UKM setelah menghabiskan masa bersama keluarga di rumah tempoh hari. Ribuan kemaafan kepada anda yang kerap kali melawat blog ini, menantikan entry yang baru.. (ada ke yang buat camtu?)
Jadi, hari ni cuti. Maulidur-rasul.
Aktiviti wajib ketika cuti adalah seperti berikut:-
- Tidur yang melewati subuh.
- Mandi setelah tibanya waktu tengahari.
- memalaskan diri untuk keluar dari bilik.
- melakukan hal2 tak berfaedah menerusi capaian internet.
Aku rasa aktiviti2 tu valid bagi aku je kot. Tapi kalau korang ada penambahan or cadangan yang baik bagi mengisi waktu cuti, aku amat alu-alukan. Btw, aku balik rumah haritu sebab nak jumpa adik aku before dia ke sekolah barunya esok. Merasa la jugak dia masuk sekolah asrama tu. haha! Semoga dia akan menikmati kehidupan 'indah' di asrama tu nanti.
Aku kembali melakukan rutin harian. Makan. tidur. Mandi. dan macam2 lagi..termasuklah kekeliruan dalam memilih baju yang sesuai untuk ke kuliah. huhu... dan apa yang aku harapkan adalah terdapat sedikit kelainan dalam rutin harian aku kelak. ye, aku akan berusaha untuk mempelbagaikan aktiviti normal ku nanti. Oh ya, dengar cerita karnival kolej akan mula hujung minggu ni..betul kah? Jika ya, aku ingin sekali mengucapkan selamat sibuk kepada mereka yang terlibat dalam menjalankan setiap program yang dirancang.
Oh ya, kepada mereka yang mengirimkan salam kepada adikku tempoh hari.. Maaf kalian, aku terlupa menyampaikannya. huhu.. bukan disengajakan.. tapi memang terlupa. Lagipun... aku kan abang dia! haha.. ada hati nak ngorat adik aku konon.. aku report kat awek2 korang kang! hahaha. Gurau jer kay.
Nway, selamat maulidur-rasul dan menjalankan tugasan anda seperti biasa selepas cuti ni.
NUke
Salam.
6 Mac. 61 tahun dulu, ayah aku dilahirkan, kalau ikut cerita orang kampung, nama asal ayah aku ialah Mohamad. Tapi ntah macam mana ntah, lama lama jadi Mahamad...Mahmad...Mahmod..! heran gak aku ngan orang dulu2 ni. So, nama rasmi ayah aku dalam kad pengenalan ialah Mahmod.
Tak kisah la apa nama betul dia, tapi yang pasti dialah ayah aku.
Ayah, tak mungkin ayah akan membaca blog anakmu di sini. Sedangkan memegang 'mouse' pun ayah tak reti. Anakmu ini tak menyalahkan mu apabila perhatian daripada mu kurang diberi. Ayah jadi begitu kerana ayah sendiri membesar dengan keadaan tanpa ayah. Anakmu ini mengerti semua itu.
Di kesempatan ini, anakmu ini ingin sekali mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 61. Anakmu ini sedar akan dirimu yang semakin tua... Maafkan anakmu kerana kurang mendakapimu, membelai dirimu, malah tak pernah mengucup pipi dan dahimu sementelah usia anakmu ini sudah pun masuk 20 tahun.
Semoga ayah akan senantiasa sihat, dirahmatiNya, dan panjang umur. Saya sangat menyayangimu, Ayah.
.
Tadi, waktu nak ke masjid untuk solat Jumaat, aku dikejutkan dengan kehadiran ular daun (kot) pada raga motorsikalku. Tak lah besar, namun tak lah kecil sangat. Cukup lah untuk membuatkan diri ini gementar seketika. First time aku tengok ular duk lepak kat raga motor. Motor aku plak tu. Xpe kau ular.. sib baik la kau ni spesies terancam, kalo ko ni sespesies mcm lipas, dah ku penyekkan kau!
Roomate-ku sempat meng-capture beberapa keping gambar ular itu. Apa kesudahan ular itu?
Ha, aku gi la amik kayu dan cuba alihkan ular itu, alih-alih dia pegi kat motor sebelah aku pulak, dan terus turun ke bahagian bawah motor tu, lepastu...HILANG! Dalam hati ni cuak jer, berkata aku pada diri sendiri "Eih, ni ular ke ape? Aku harap benda yang baik je.."
Kepada ular, terima kasih kerana meningkatkan adrenalin aku. Peergh, sesungguhnya hari Jumaat ini sememangnya lain daripada yang lain.
NUke
salam.
hari ceria bagi aku yang nearly putus asa dengan thesis. Don't want to talk about it.
by the way, hari ni segalanya berjalan lancar. hari yang mendung dan hujan di tengah hari, memberikan kesejukan instead of kepanasan terik. Syukur kepada-Mu ya Allah.
Ibu telefon, menyatakan bahawa adikku mendapat tawaran masuk ke sekolah asrama di Perak. Alhamdulillah, tiada berita yangmenggembirakan bagi seorang ibu apabila mendapat tahu anaknya mendapat tempat pengajian yang baik, sesuai dengan usaha membina jati diri dan keyakinan diri dan berjauhan (lagi) dengan anaknya.
Demi memastikan anaknya mendapatkan pelajaran yang terbaik, si ibu rela berpisah dan berjauhan dengan anaknya itu yang selama ini ada di depan mata.
Bagi aku, mendapat tahu adik aku yang seorang tu dapat masuk sekolah asrama adalah sesuatu yang menggembirakan. Aku pun sangat mengharapkan dia dapat menikmati kehidupan asrama, perasaan rindu dan menghargai keluarga, berdikari dan menjaga diri.
Tak ada yang lebih menyedihkan bagi aku apabila perlu berjauhan dengannya. Sebab apa? Sebab dia lah satu-satunya adik aku. baru kini aku faham akan perasaan sedih untuk berpisah dengan adik sendiri. Ya, dahulu giliran aku ke sekolah asrama, dan aku tak pasti bagaimana perasaan kakak2ku dan abangku apabila mereka terpaksa berjauhan dengan adik-adik mereka ni... Sekarang aku yakin aku sudah tahu akan perasaan mereka ini.
Impian aku sebagai seorang abang agar kau lebih matang dalam pemikiran, setelah bergaul dengan orang yang pelbagai ragam. Kau ikutilah segala yang baik, larangi lah sahabatmu pabila mereka ingin melakukan kesalahan kelak.
Impianku sebagai seorang abang agar kau lebih menghargai erti sesebuah kekeluargaan, yang mana aku pasti kau akan merindui ibu bapamu, adik beradik mu, dan juga bilikmu. Aku juga berharap agr kau bijak dalam meilih kawan. Kerana sebab kawan lah kita maju, dan sebab kawan jugalah kita jatuh.
Impianku sebagai seorang abang agar kau berjaya dalam pelajaran dan kemahiran yang kau pilih. Kau melihat segala kesusahan ibu ayah dalam usaha mencari wang untuk kita bersekolah. pada usia sematang kau, kau patut tahu untuk lebih berdikari. Berdikari tak bermakna kau bebas, berdikari juga tak bermakna kau tak memerlukan keluargamu... tapi, berdikari untuk mempertahankan diri, menjaga maruahmu, menjaga nama baikmu, dan berjaya dalam pelajaranmu.
Kalau adik beradikmu yang lain boleh sampai ke universiti dan boleh dibanggakan dengan bidang tersendiri, kenapa tidak kamu, wahai adikku?
Selasa ni, kau akan ke sekolah baru mu. Aku sedih. Aku ingin sekali menghantarmu...
Impian seorang abang;
NUke
salam.
Kegusaran dalam hati mulai pudar dan hilang dengan pertemuan seorang sahabat sebentar tadi. penjelasan demi penjelasan dihamburkan sesama sendiri, dalam usaha mencari kebenaran dan kepastian segala kekusutan dan salah pengertian yang berlaku. Oh, tak sia-sia ubat tidur yang aku makan malam tadi, nyenyak lenaku.
Sumber masalah dikenalpasti, sebuah kisah yang dimanipulasikan serta diolah jalan ceritanya supaya nampak hebat dan kesalahan sebelah pihak! Tak guna! Siapalah dia pengubah dan penokok tambah ceritera itu?
Selesai sudah episod salah faham antara aku dan dia. menjanjikan keadaan seceria dahulu tatkala diri meniti hari-hari terakhir bergelar mahasiswa prasiswazah di UKM ini.
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi. Kekusutan aku kini hanya terfokus pada satu perkara - Thesis. Lain2 perbalahan...? Selesai sudah...
Terima kasih kamu, kerana memberi peluang untuk berbicara.
"Biasa lah... Aku Kan Macho!"
boleh lah bergelak ketawa lepas ni kan?
NUke
Salam.
Cuma mahu bercerita tentang kelakuan segelintir manusia yang suka melihat kejatuhan orang lain. Selain aku, korang pun mesti pernah merasa atau mengalami situasi ini kan? Kenapa ah? Kenapa mesti ada orang yang suka menjatuhkan orang lain? Atau; Kenapa kita pun suka jatuhkan orang lain ah?
Mac 2009 bermula garang bagi ku. Permainan emosi berlarutan dan berlanjutan susulan dari kes Motor yang tak boleh start pada penghujung Februari, perubahan analisis untuk thesis, dan juga undangan perasaan putus asa terhadap segala usaha.
Aku semakin lemah barangkali...
Oh, Atau mereka yang semakin kuat?
Kelambakan assignment yang perlu disiapkan, dan aku pun sedikit tak tahu bagaimana cara untuk mengendalikan semua itu. Oh ya, perkara runsingan dalam kepala ini berlaku sejak 2 minggu ini. Kenapa ya?
keruntuhan kawalan emosi makin menguasai diri. Aku kelihatan murung dalam cermin. Senyuman menampakkan diri seperti BADUT! Wah!
Korang mesti tak faham apa yang aku tulis kat blog ni kan? ha, tu la, sapa suruh baca. Huhu.
Btw, malam tadi main futsal. Sangat seronok setelah lama tak main dengan kawan2 kolej. Satu penyegaran untuk tubuh badan ini. Dah lama rasanya tak berpeluh2 sakan.
Bila lah mahu tamat pengajian ni? Aku sudah mahu muntah lah!
NUke
Salam.
Dah beberapa hari aku tak update blog.
Hujung minggu lalu, aku berkesempatan untuk pulang ke rumah dan berjumpa dengan kebanyakan ahli keluarga. Sabtu lepas, tolong Along di ofisnya dari pagi sampai petang. Then, balik rumah and temankan Ibu and lil sis beli barang dapur.
Ahad, ikut bro n sis tolong parents niaga di Shah Alam.
Eventhough aku hanya balik untuk 2 hari, tapi aku rasa masa berjalan dengan sangat lambat dan terasa panjang.
Entry kali ni mungkin dipengaruhi emosi yang baru2 nak baik daripada kegagalan-kawalan. So, tajuk yang aku rasa sesuai - Putus Asa.
Acapkali aku mengatakan pada diri sendiri bahawa aku ni bukan jns org yang cepat putus asa, tapi entah. Kadang2 tu aku rasa macam malas! Malas ape ntah! Lantak la.
Dan seringkali juga bilakita baru nk menikmati segala hasil daripada penat lelah, datang pula si dia yang menceduk keuntungan daripada hasil goyang kakinya. Mendakwa hasil itu adalah dari usahanya, dan juga miliknya.
Kenapa ah?
Aku yang menghampiri tebing putus asa:
NUke