August 21, 2013

Pantang Larang 29 : Mengandung & Kicap

AMARAN: Entry berbaur warna. Sila abaikan jika anda seorang racist. Lol.


Rasanya aku selalu juga dengar pasal pantang larang yang satu ni. Ianya berhubung rapat dengan sikap si ibu dan juga akibatnya kepada kandungan yang bakal dilahirkan. Mungkin ianya hanyalah dongeng, atau pun orang tua-tua dahulu kala memang ada nilai-nilai racist nya. Hahaha! Gurauan semata-mata ya. Maaf.

Kalau korang ada saudara mara terdekat yang sedang mengandung, cuba tanya mereka, "Apakah mereka yang sedang mengandung ini ditegah untuk menjamah makanan yang mengandungi unsur-unsur KICAP?" Ya. Kicap. Tak kisah lah kicap masin ke manis ke.. asalkan namanya Kicap, it's a big No NO!





Aku ada dengar pasal hal ni. Kononnya ibu-ibu mengandung ni seeloknya tak payah lah makan kicap. Bukan apa, kononnya akan menjadikan anak dalam kandungan tu 'gelap' a.k.a. hitam lah.

Time aku kecik-kecik dulu, aku percaya gak 'pantang larang' ni. So, bila aku jumpa kawan-kawan sekolah yang warna kulitnya 'tak berapa nak cerah' tu, aku selalu gak tanya, "mesti mak kau kuat makan kicap kan?" - Racist kah aku? Hahaha!

Anyway, bila dah besar sikit, dah masuk sekolah, kolej dan universiti.. aku macam dah bijak sikit la. Hitam ke cerah ke ape ke... semuanya ditentukan oleh faktor genetik... dan tidak lupa juga, kuasa Allah Yang Maha Esa.

Cewah!

Tapi, ya lah. Aku rasa pantang larang macam ni masih lagi menjadi tabu dan bahan bualan dalam kalangan ibu-ibu mengandung... ya dak?

Ke aku sorang je yang pikir macam tu?


p/s: Entry ini diilhamkan oleh seorang kenalan sekerjaya. Kudos to her!




NUke

1 comment:

  1. salam...singgah blogwalking

    meninggalkan jejak http://adhiemenulis.blogspot.com/

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja...