June 10, 2010

Hilang & Kembali



PETALING JAYA, 10 Jun 2010 - Dunia siber langsung tidak terkejut dengan kehilangan seorang blogger secara tiba-tiba sejak Selasa minggu lalu. Blogger yang dikenali sebagai NUke Rude itu langsung tidak meninggalkan sebarang pesan kepada para pembaca laman blognya akan kehilangan dirinya selama seminggu lebih itu. NUke Rude, yang tak terkenal itu mula mendapat perhatian orang ramai apabila menyertai satu pertandingan dan cabaran blog di satu laman komuniti remaja tahun lalu. Selain daripada gemar untuk melakukan dropping-one-comment kepada laman-laman blog tertentu, tiada apa kelebihan yang luar biasa pun pada NUke Rude.

Kehilangan dirinya dalam satu tempoh masa ini menyebabkan rating blognya yang sememangnya rendah itu, semakin jatuh merudum akibat kehilangan peminat dan pembaca. Nukilan ringkas bertarikh 1 June 2010 tempoh hari juga gagal menarik minat para pengikutnya untuk memberikan respon dan komen, justeru mengundang satu spekulasi bahawa dirinya yang sememangnya tidak dikenali itu sememangnya tidak terkenal, ibarat cebisan ayam di celah gigi.

Sekembalinya NUke Rude ke dalam dunia siber barangkali tidak diduga. Semestinya tidak ada sesiapa yang akan bertanya akan kehilangannya seminggu lalu. Namun, ada juga ura-ura mengatakan bahawa kehilangan beliau tempoh hari adalah disebabkan tekanan yang melanda akibat ketidakupayaan blogger untuk menarik minat pembaca. "Sebab dia dah tak famous, dia ingat nak tutup terus je blog dia tu. Entah apa-apa...", kata seorang saksi, Syakimah Mahmod (bukan nama sebenar).

Apakah yang sebenarnya berlaku ke atas NUke Rude? Hanya tuhan saja yang tahu. Sebab anda semua pun tak mahu tahu kan?

NUke

16 comments:

  1. haha
    saspen gile ayt.

    alaa...majok plak dia ni...
    alolo...~

    :))

    ReplyDelete
  2. eh ak bace jer blog hang

    x yah la nak menghilang2kan diri kat blog

    ak bace jer blog hang

    k

    ReplyDelete
  3. hang pi nikah kat thailand ka weh ilang sminggu??

    ReplyDelete
  4. idoppppp nuke rude !!!!

    ReplyDelete
  5. fuh muncul gak ko! ingatkan dah beralih arah dah...

    ReplyDelete
  6. hahaha..ko memang.tau2 je ilang.tertanya-tanya jugak.huhu

    chop entry panjang riang tu pebenda?ha jawab..jawab wahai nuke rude!

    selamat kembali berblogging wokey!

    ReplyDelete
  7. salam

    aku mcm kenal ko. penah nampak kt mtrik melaka. ex-kmm ke?

    hafiz

    ReplyDelete
  8. haha
    pc ko kena tahan dekat wad kn..?kena virus h2n2..hahaha

    ReplyDelete
  9. lol.. *wonders what happen*..

    looks like ms. L's quote didnt attract much. kesian.. :(

    ReplyDelete
  10. ayie:
    hah. biasa la.. :)

    renjizakura:
    skang ni aku da tak hilang da (harap2 la). hari tu je hilang kejap.

    skin:
    ala. rilex la weh. mcm la ko xleh cr aku thru fon kan?

    ReplyDelete
  11. azizol:
    ala.. ko ni... baru je igt nk berahsia. :D haha.

    ray:
    idup ray!!

    janggel:
    ye. muncul jg akhirnya. nk beralih arah camne? da tegar da jd blogger ni.

    ReplyDelete
  12. faizalsulaiman:
    hahaha. hilang kejap2 mmg takpe. panjang n riang tu pasal mengarang ayat untuk report la. jgn pikir lain... :P

    hafiz:
    ko klasmate aku ke weh?

    tengku:
    agak la.. da undergo major operation. brain damage dowh!

    ReplyDelete
  13. liz:
    haha.. like u dunno what happened ryte? nway, Ms. L tu needs an X-Factor kot!

    silbi:
    hilang bermakna duit pun habis.. pokai la aku bulan ni weh!

    ReplyDelete
  14. owh aku bukan classmate ko, lagipun ak stay kmm 2 bulan je. lepas tu blah. huhu. aku pn tk ingt aku kelas mana dulu. ahaha. sbb ko dh letak gmbr ko, so aku rsa2 mcm penah terserempak dlu. tp btul la kan. kebetulan terlalu cni. ak follow je la eyh blog ko. daa.

    hafiz

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja...