Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah sekian lama, cewah, saya akan cuba mengaktifkan diri semula dalam bidang penulisan. Sebenarnya banyak saja benda yang nak dikongsikan, cumanya kebelakangan ni masa-masa senggang lebih terisi dengan aktiviti riadah seperti swimming, membongkang, makan dan aktiviti yang tak bermanfaat. Huhuhu.

Sejak awal tahun haritu, aku banyak je pergi aktiviti-aktiviti setempat dan luar tempat yg berdekatan. Antaranya Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2016.

Sama macam tahun-tahun lepas, penganjuran pesta ni selalunya pada bulan Mac. Cumanya tahun ni, macam tak berapa meriah sangat kot. Aku rasa la. Official merchandise event ni pun macam suam-suam kuku je. Tak macam last year.




  Aku sebenarnya takde lah beria sangat nak naik belon tu pun; more to pergi tengok booth2 jualan yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman tatkala perut lapar di pagi hari. So, aku ajak Maman, a friend of mine who lives nearby; untuk jenguk2 kat tapak pesta tu.



Adalah macam2 benda yang dijualnya; mostly makanan and adalah barang mainan bebudak dan juga pakaian. Ada gak la yang jual barang deko2 rumah (like, apa kaitan semua ini dengan hot air balloon, kan?) tapi, itulah. Layan jugak lah!

Yang paling menangkap perhatian aku adalah booth 'Wonderful Indonesia' yang terletak ditengah2 tapak pesta. Memang tahun ni macam ada plan nak gi travel Indonesia, sebenarnya, so layan jugak lah.



Paling best, aku dan Maman saja je join pertandingan susun surat kat booth Pos Malaysia. Kiranya, kena susun 27 surat mengikut nama jalan, poskod, bangunan etc pada rak yang disediakan lah! Ok apa, sesekali merasa jadi posman. Too bad untuk Maman sebab tak dapat beat record peserta sebelumnya.



But, Alhamdulillah; bila tiba turn aku, aku dapat bested the record; 1'35". Ok lah kan. Dapat lah hadiah 'sampul surat hari pertama' daripada penganjur!



Dan bila nak balik tu, kitorang tertangkap satu figura yang sedap mata memandang; rupa2nya figura itu boleh didapati di sebuah booth jualan! Makanya, dengan tidak berfikir panjang, kitorang pun singgah dan membeli belah di situ. Sedap baq hang! Popcorn dan air minuman yang dijual kat situ!



Agak2 dah panas terik tengahari tu, kami pun balik! Tu je.



NUke


Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.