Maka, dengan itu bermula lah kisah merapu penulis blog ini untuk kesekian kalinya. Alkisahnya pada suatu petang yang damai, burung tidak lagi berkicau. Karena burung itu tidak mempunyai suara. lol.






Macam ni je lah. Aku nak tahu juga, kenapa kalau kita makan (especuially di rumah lah) kan.. kalau nasi putih, kita boleh je nak makan guna tangan. Walaupun lepas-lepas tu kita tahu yang nasi putih tu akan dicampur dan digaulkan bersama kuah-kuah, gulai, sup bagai... semuanya tu.

Tapi, 

Bila kita nak makan nasi goreng ke... (walaupun di rumah), kita akan gunakan sudu dan garfu? Padahal, nasi goreng tu lagi lah best, siap dah digorengkan sekali dengan lauk-lauk bagai semua...


Agenda Yahudi ke apa semua ni? Korang pun akan buat benda yang sama ke tidak?


Atau aku seorang saja?




NUke

Jadi, kesimpulannya, itu hari aku masak Paprik Ayam, sementelah teringat yang aku pernah 'berjanji' dengan ibu untuk masakkan untuk beliau. Untuk makluman awal, sang ibu mengaku yang dia tak reti nak masak paprik. 

"Apa dia? Pap? Pape? Paper syirik?" - Ayat yang di-exaggerate oleh aku ketika mengajukan tentang persoalan paprik kepada beliau tempoh hari.

Jadi, bersempena dengan kepulangan si ibu daripada menunaikan ibadah haji tempoh hari, maka aku mengambil peluang keemasan ini untuk mengotakan janjiku pada beliau. So, hari Sabtu nan indah yang lalu, aku mencuba nasib diri untuk meng-impress-kan si ibu dengan masakan bujangku inieww. hewhewhew.





Cara masak Paprik Ayam Hensem:-

Bebahan yang kena ada:-

Ayam yang dipotong dedadu. (Kuantitinya bergantung kepada berapa orang yang nak melantak nanti)
Cili giling / mesin
3 Bawang putih
3 Bawang kecil
1 Bawang besar (dihiris)
Baby corn (pipotong panjang)
Separuh batang lobak merah (dipotong panjang)
Sos cili
4 cili padi (ikut tahap pedas korang lah!)
Daun limau purut.
2-3 Limau nipis (ikut level kemasaman yang korang nak lah!)

Garam
Gula

Cecara:
Tumis bawang putih dan kecil sehingga naik sehh bau. Lepas tu, masukkan cili giling/mesin. Biar menggelegak sikit. Masukkan ayam yang didadukan itu. Then, adjust water level dalam kuali. Chewah.

Lepas tu, masukkan lobak merah dan baby corn.

Lepas-lepas tu, adjust garam dan gula secukup selera korang. Then, kalau nak pedas-pedas hangat sikit, bubuh cili padi. Then, adjust guna sos cili. Recommended: Sos Cili Thai.

Ha! Lepas tu, perah limau nipis tu.

Tunggu la sekejap sampai kuah tu macam kering-kering sikit, lepas tu masukkan daun limau.

Rasa-rasa and adjust gula and garam (jika perlu).



Ta-da! Siap!

Paprik Ayam Hensem!




Selamat menchoba!

NUke







Bila tiba masanya,
Adakah engkau sudah bersedia?

Takrifkan hidupku dalam senada.

Yang kanan datang, khabarnya syurga.
Yang kiri berlari, neraka menanti?

Andai terbuka mataku, pohon dirapati.
Andai terbuka auratku, mohon diselimuti.

Biar jasamu dikenang sampai abadi
Biar jasamu disimpan, terkunci dalam hati





Sekadar nota daripada diri.
Untuk ditatapi.



NUke

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.